Wahai Suami, Berilah Isteri Anda Manjakan Diri Sekali Sekala, Mereka Perlukannya
Apabila isteri yang perlu menguruskan rumah tangga dari sekecil-kecil benda menjadi tugasnya. Baik mencari stoking yang salah pasangan, mencari pensel warna anak yang hilang dan macam-macam lagi. Boleh stress dibuatnya, jadi apa cara hilangkan stress untuk isteri ni?
Apabila isteri yang perlu menguruskan rumah tangga dari sekecil-kecil benda menjadi tugasnya. Baik mencari stoking yang salah pasangan, mencari pensel warna anak yang hilang, mencari dompet suami yang selalu salah letak, dan macam-macam lagi. Boleh stress dibuatnya, jadi apa cara hilangkan stress untuk isteri ni?
Wahai suami, berilah si isteri berehat, ada pula isteri yang berkerja, tidakkah anda kesian dengan keletihan mereka? Bagi mereka memanjakan diri adalah antara cara hilangkan stress isteri.
Antara reward yang anda boleh berikan adalah ‘Me Time’ untuk minda si isteri berehat. Biar dia pergi ke pusat membeli-belah seorang diri atau dengan teman-teman, biar dia pergi menikmati sarapan bersama kawan-kawan tanpa ‘dikacau’ anak-anak, atau biarlah mereka buat rawatan kuku atau rambut di salon!
Tak susah pun sebenarnya nak beri isteri berehat cukuplah satu hari dalam sebulan, dan anda sendiri boleh perasan mood mereka yang bakal berubah nanti!
Cara hilangkan stress isteri
#1. Beri dia waktu untuk manjakan diri
Isteri-isteri anda yang asyik dilihat comot dan tak terurus tu, sebenarnya anda ingat mereka suka ke berpenampilan begitu? Mereka tak mempunyai masa yang cukup sebenarnya. Jika ada masa terluang pun mereka lebih ‘prefer’ untuk merancang apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Sebenarnya dalam hati mereka meronta-ronta untuk merias diri, kalau bukan untuk kepuasan diri sendiri, untuk suami tercintalah siapa lagi.
Jadi beri mereka masa untuk pergi ke salon potong rambut yang asyik gugur akibat rambut panjang sangat tu, rias kuku yang makin lama makin bercalar balar, buat ‘waxing’, yang ini habuan untuk suami juga! Percayalah mereka akan rasa berterima kasih kepada anda!
#2. Bawa dia sarapan di tempat yang ‘fancy’ bersama rakan-rakannya
Anda dan anak-anak ikut serta tapi duduklah di meja berlainan. Biar mommy dapat peluang makan dengan aman, bukan senang tau nak dapat peluang begini.
Selalunya bila makan di luar isterilah yang pelru melayan kerenah anak. Lagi-lagi anak yang tak boleh berenggang dengan ibunya.
#3. Beri ‘lampu hijau’ untuk mereka pergi bercuti
Apa? Nak beri isteri pergi bercuti? Bermakna suami kena uruskan keluarga seorang diri. Dari penjagaan anak hinggalah menguruskan rumah. Oh! Apalah sangat wahai suami semua, kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka melahirkan anak-anak kan?
Selalunya perempuan ini mesti ada rancang percutian bersama teman-teman rapat mereka, memang aktif betullah ‘group’ dalam whatsapp tu rancak bincang pasal destinasi percutian.
Tapi kesian mereka, tak pernahnya menjadi, ada saja yang menghalang mereka dan halangan paling besar adalah ‘mom’s guilt’. Percayalah kalau anda bagi lampu hijau nanti mereka masih akan ada rasa bersalah tu, jadi yakinkan mereka ini masa terbaik untuk mereka pergi bercuti dan tenangkan minda!
#4. Bawa tukang urut ke rumah
Ada tau isteri-isteri yang sebenarnya memang malas nak keluar rumah, bagi mereka jiwa mereka lebih tenang di rumah tapi tanpa anak-anaklah.
Kalau dah tahu isteri jenis yang suka duduk rumah begini, suami pandai-pandailah hantar anak-anak ke rumah pengasuh ke, dan book tukan urut datang ke rumah. Siapa yang tak suka diurut dibelai kan? Buat kejutan untuk isteri, tentu dia seronok!
#5. Bawa dia ke pusat membeli belah dan biar dia shopping!
Ini mesti suami jarang-jarang buat kan? Kalau bawa isteri ke mall mesti heret anak-anak sekali, si isteri nak shopping pun tak menang tangan. Anak mahu itulah inilah.
Cuba satu masa anda jaga anak-anak, dan beri dia peluang berjalan seorang diri, dan cari apa yang dia mahukan. Kalau mampu berilah duit poket sedikit.
Walaupun isteri ni berkerja, dan mampu untuk membeli apa yang mereka mahu dengan duit sendiri, kadang-kadanga kalau guna duit suami ni buat mereka rasa dihargai, dan percayalah lagi berkat tau belanja untuk isteri!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Surat Seorang Suami Tentang Isteri Yang Mahu Me Time, "Pergilah Sayang, Bahagiakan Dirimu."