4 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

lead image

Cara jaga bayi baru lahir bukan perkara yang mudah kerana mereka masih rapuh dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari anda. Ini 4 perkara anda perlu elak!

Kelahiran bayi memang memberikan kebahagiaan dan kegembiran pada rumah kita. Tapi selain cara penjagaan bayi baru lahir yang betul, anda juga perlu tahu cara jaga bayi baru lahir yang salah dan apa yang perlu anda elakkan!

Jom kita semak 4 cara jaga bayi baru lahir yang tidak patut anda lakukan ini. Setiap penjagaan yang salah mampu mengundang padah!

4 cara jaga bayi baru lahir yang perlu anda elak

Cara jaga bayi baru lahir yang salah #1 Biarkan mereka tidur meniarap

src=https://i0.wp.com/res.cloudinary.com/aleteia/image/fetch/c fill,g auto,w 620,h 310/https://aleteiaen.files.wordpress.com/2018/05/web3 baby newborn sleeping asleep sleep bum up butt in air frog legs back is best shutterstock.jpg%3Fw%3D1200?quality=100&strip=all&ssl=1 4 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Ramai bayi yang meninggal semasa tidur kerana persekitaran tidur yang tak selamat. Beberapa kematian ini terjadi kerana bayi terperangkap, lemas dan tercekik. Ada yang maut kerana sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).

Tapi ada cara untuk ibu bapa pastikan bayi mereka tidur dengan selamat. Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika menyarankan bayi perlu diletakkan pada kedudukan terlentang.

Buat “tummy time” semasa mereka berjaga. Ini akan berikan kekuatan pada otot leher dan mengelakkan masalah kepala rata atau cukur bantal. Pastikan anda sentiasa bersama dengan dengan bayi  semasa tummy time.

Cara jaga bayi baru lahir yang salah #2 Biar orang cium bayi anda

src=https://www.handinhandparenting.org/wp content/uploads/2018/05/bond with baby.png 4 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Fikir tentang bakteria dan kuman yang akan bayi anda dapat bila bersentuhan. Semasa minggu pertama kehidupan bayi, ini akan menjadi masalah serius untuk si kecil.

Ciuman dan tangan yang tak dibasuh boleh menyebabkan bayi anda mendapat penyakit yang tak diingini. Sistem imunisasi mereka masih belum kuat lagi ketika ini untuk melindungi diri dari sakit.

Minta dengan sopan pada pelawat untuk tak cium bayi anda dan basuh tangan sebelum memegang mereka. Jika mereka sakit, lawat pada hari lain.

Anda mungkin rasa anda cerewet, tapi jangan ambil risiko!

Cara jaga bayi baru lahir yang salah #3 Tak tukar lampin bayi dalam jangka masa yang lama

src=http://www.bestchinanews.com/1ydzximg/0IwalN2Q0A 4 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Ini mungkin kedengaran seperti tak masuk akal, tapi ia perlu ditekankan.

Bayi anda mungkin masih kecil tapi mereka buang air kecil dan besar lebih dari bayi berusia enam bulan. Periksa lampin bayi anda selalu dan pastikan ia tak kotor dan berat. Ini juga boleh mengelakkan ruam lampin.

Cara jaga bayi baru lahir yang salah #4 Pakaikan pakaian tebal

src=https://wisebread killeracesmedia.netdna ssl.com/files/fruganomics/imagecache/605x340/blog images/iStock 520237993.jpg 4 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Bayi mungkin kelihatan sejuk, tapi jagan terlalu ekstrem bila pakaikan mereka baju. Baju yang terlalu banyak boleh menyebabkan mereka demam dan dehidrasi jika anda tak hati-hati.

Pakaikan baju yang berlapis supaya mudah untuk anda tambah dan kurangkan baju mengikut suhu.

Bayi yang memakai baju atau selimut terlalu tebal atau banyak lapisan lebih berisiko untuk mendapat panas berlebihan dan SIDS.

Jika anda buat empat perkara ini pada bayi anda, berhenti sekarang. Semoga ini menjadi panduan bermanfaat untuk ibu-ibu semua. 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Pavin Chopra dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

10 Kesilapan Patut Dielak Semasa 1 Tahun Pertama Dalam Hidup Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!