Cara Menjaga Faraj Selepas Bersalin Yang Wanita Patut Buat

lead image

Semua wanita harus lebih teliti dalam menjaga luka dan faraj selepas bersalin. Tapi, bagaimana cara menjaga faraj selepas bersalin agar ia cepat sembuh?

Penjagaan badan selepas bersalin

Selepas bersalin, tubuh badan anda akan kembali ke keadaan asal. Biasanya, proses ini mengambil tempat ketika anda berpantang.

Sepertimana pengalaman mengandung mengubah pelbagai benda pada badan wanita, proses selepas bersalin juga tidak kurang pentingnya.

Terdapat pelbagai perubahan fizikal yang akan berlaku selepas anda bersalin. Ini termasuklah sakit otot dan pendarahan.

cara jaga faraj selepas bersalin

Kredit: What to Expect When You’re Expecting

Antara perubahan fizikal lain yang akan anda alami selepas bersalin dan dalam proses berpantang adalah:

  • Kontraksi kesakitan selepas bersalin yang dikenali sebagai afterpain. Biasanya, anda akan mengalami rasa sakit di bahagian bawah perut atau di pangkal rahim. Ia disebabkan proses pengecutan rahim.
  • Sakit otot (tangan, leher dan rahang)
  • Pendarahan dan keluar lendiran dari faraj (lochia). Ia boleh hilang selepas 2 bulan
  • Faraj rasa tidak selesa, termasuklah rasa sakit atau kebas. Rasa tidak selesa ini akan lebih teruk jika anda menjalani episiotomi.
  • Jika anda bersalin secara pembedahan caesarean (c-section), anda pasti akan mengalami rasa sakit di bawah perut
  • Payudara membengkak

Cara jaga faraj selepas bersalin yang penting

Semua wanita memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sediakala selepas bersalin. 

Apa yang paling penting adalah dengan menjaga tubuh badan anda sehabis baik ketika dalam proses berpantang ini.

Faraj adalah anggota badan yang paling penting untuk dijaga masa ini. Ikuti beberapa cara menjaga faraj ini yang dikongsikan oleh WebMD:

1) Jangan masukkan benda dalam faraj

cara jaga faraj selepas bersalin

Kredit: vice.cn

Walaupun darah nifas atau pendarahan anda masih belum berhenti, jangan sesekali cuba untuk menggunakan tampon.

Sebaliknya, anda perlu memakai pad.

Anda juga tidak dibenarkan untuk melakukan seks (sehingga 4 atau 6 minggu) selepas bersalin. 

Tanya doktor pakar bila waktu yang paling sesuai untuk anda kembali berhubungan intim dengan pasangan.

Selain seks dan tampon, wanita selepas bersalin juga tidak boleh memasukkan sesuatu seperti cecair untuk meruang dan “mencuci” faraj. Ia adalah tindakan yang salah!

2) Kurangkan kesakitan pada faraj

cara jaga faraj selepas bersalin

Anda boleh mengurangkan rasa afterpain atau cramp dengan mengambil ubat ibuprofen atau sebarang ubat yang diberi oleh doktor.

Bagi faraj yang mungkin terluka dan membengkak pada bahagian pembukaannya, cuba guna pek ais. Tuamkan ia di sekitar kawasan faraj selama 10 hingga 20 minit.

Jangan lupa untuk menggunakan kain bersih bagi pek ais tersebut.

Anda juga boleh menggunakan pad witch hazel atau semburan pain relieving yang boleh meredakan kesakitan

3) Jangan guna tisu

cara jaga faraj selepas bersalin

Bagaimana cara jaga faraj selepas bersalin?

Kesakitan selepas bersalin semakin menjadi-jadi ketika anda ingin ke tandas. Selepas membuang air, jangan guna tisu.

Sebaliknya, anda boleh perlahan-lahan membasuh faraj dengan air dari botol. Jangan tiba-tiba sembur air pada faraj pula!

Anda juga digalakkan untuk flush jamban selepas berdiri, terutamanya jika anda guna tandas awam. 

Ini untuk mengelak air dari jamban tersebut kena luka perineum anda dan memberi risiko terkena jangkitan. 

4) Guna sitz bath yang diberi hospital

cara jaga faraj selepas bersalin

Jika anda mempunyai kesan jahitan atau episiotomi ketika bersalin, University of Pittsburgh Medical Center menasihati anda untuk menggunakan sitz bath.

Sitz bath adalah bekas mandian untuk air suam yang boleh mencuci dan memberi keselesaan pada luka perineum anda. Biasanya, hospital akan beri bekas ini.

Anda juga tidak digalakkan untuk mengangkat benda berat (selain bayi anda) dan pergi melancong sehinggalah 5 atau 6 minggu seterusnya. 

Jika anda menaiki kenderaan dalam jangka masa lama, sila pastikan anda kerap berhenti untuk berjalan dan meregangkan kaki.

Penjagaan selepas pembedahan c-section

Jika anda menjalani pembedahan c-section ketika bersalin, proses pemulihan dan penjagaan selepas bersalin anda akan lebih rumit. 

Ikuti tip penjagaan dari artikel ini untuk ibu yang bersalin cara pembedahan.

 Anda memerlukan masa untuk kembali pulih. Beri peluang kepada badan dan faraj anda untuk kembali seperti sediakala.

Tapi, dalam masa yang sama, jangan lupa dengan segala penjagaan yang harus anda amalkan ini!

Jika anda terdapat sebarang kerisauan dan persoalan, sila ajukan ia pada doktor pakar dengan segera.

Semoga proses pemulihan selepas bersalin ini berjalan lancar untuk anda. Selamat mencuba!

Sumber rujukan: WebMD dan Romper

Kredit gambar: startsat60.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Semua Yang Anda Patut Tahu Tentang Penjagaan Lepas C-Section

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner