5 cara berasmara untuk bantu suami tahan lebih lama di ranjang!

lead image

Kalau suami tidak tahan lebih dari 12 minit, mungkin anda patut cuba 5 cara main tahan lama yang kami sediakan ini ;)

Setelah berumah tangga, anda pasti sudah pakar dalam posisi seks tertentu yang anda gemari. Ada posisi seks yang buat isteri kelihatan lebih seksi, posisi seks untuk wanita hamil, posisi seks kegemaran suami dan sebagainya. Tapi tahukah anda tentang bagaimana cara main tahan lama?

Walau apapun cara bersetubuh yang anda cuba, tapi apa yang pasti: hubungan intim dengan pasangan akan merapatkan hubungan kalian, lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan puas dengan hubungan itu.

Bercakap tentang puas, ramai para isteri yang tidak puas ketika di ranjang kerana kurang mendapat rangsangan klitoris dan suami tidak tahan lama. 

Jadi, apa cara main tahan lama yang patut suami cuba? Kami ada 5 posisi seks khas untuk anda tahan lebih lama!

Secara amnya, purata berapa lama suami normal bertahan ketika beraksi di ranjang adalah selama 12 minit saja. Suami anda tahan berapa lama?

Untuk membantu suami yang kurang keyakinan diri kerana tidak tahu cara main tahan lama, di sini kami ingin membantu anda dengan 5 posisi seks di bawah. 

Bolehlah anda cuba malam ini!

5 cara main tahan lama

Cara main tahan lama #1 Gaya missionary

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/02/hot sex positions 5.jpg 5 cara berasmara untuk bantu suami tahan lebih lama di ranjang!

Gaya ini bukan saja kurang menyusahkan, malah ia juga merupakan cara main tahan lama yang paling senang sebab ia tak memenatkan!

Menurut pakar seks, Carol Queen, untuk tahu cara main tahan lama, suami harus memilih posisi seks di mana dia duduk di atas. Ini bermaksud penis akan menuju ke arah bawah.

Penis tersebut akan membekalkan lebih banyak pengaliran darah, maka suami mampu tahan lebih lama.

Cara main tahan lama #2 Bersandar di dinding

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/02/hot sex positions 7.jpg 5 cara berasmara untuk bantu suami tahan lebih lama di ranjang!

Berintiman sambil berdiri dan bersandar di dinding (atau dalam bilik air) dikatakan mampu memanjangkan tempoh permainan. 

Suami mungkin akan lebih mudah tergoda jika isteri yang memulakan permainan kali ini. Anda boleh menggoda pasangan dan mengemudi pelayaran sementara suami menyokong berat badan anda.

Dengan gaya ini, isteri mampu menentukan rentak permainan, maka jika suami seakan-akan ingin terlepas, hentikan permainan dan mulakan ia semula.

Cara main tahan lama #3 Dalam mana-mana posisi, tapi dengan perlahan-LAHAN

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/02/hot sex positions 2.jpg 5 cara berasmara untuk bantu suami tahan lebih lama di ranjang!

Contohnya posisi isteri duduk di atas. Selepas duduk di atas, jangan terus rakus memulakan dayungan. Itu bukan cara main tahan lama.

Untuk cara main tahan lama, isteri kena mengawal permainan dan boleh menolak penis seakan-akan handjob perlahan-lahan bagi mengurangkan rasa ingin terpancut.

Cara main tahan lama #4 Spooning

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/02/hot sex positions 3.jpg 5 cara berasmara untuk bantu suami tahan lebih lama di ranjang!

Baring dengan muka tidak menghadap masing-masing. Dengan gaya ini, pasangan perlu memulakan dayungan dari belakang.

Spooning bukan saja mendalamkan penetrasi, malah ia juga boleh merangsang kenikmatan, tapi tanpa berlebihan. Inilah cara main tahan lama yang sesuai sekali untuk anda!

Cara main tahan lama #5 Bersebelahan

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/02/hot sex positions 4.jpg 5 cara berasmara untuk bantu suami tahan lebih lama di ranjang!

Selain spooning, anda juga boleh menghadap antara satu sama lain. Tapi pastikan punggung suami lebih bawah daripada isteri.

Peluk kaki ke pinggang suami dan tarik suami menghampiri diri anda. 

Cara main tahan lama: Tips bonus untuk petua tahan lama

Selain mencuba 5 posisi seks seperti yang dinyatakan di atas, anda juga boleh melakukan beberapa perkara ini:

  1. Picit kepala zakar - jika suami rasa seakan ingin ejakulasi, anda boleh memicit kepala zakar perlahan-lahan untuk menghentikan sensasi ingin terpancut
  2. Jangan masuk terlalu dalam - Penetrasi yang tidak terlalu dalam - contohnya dalam 2 atau 3 inci saja - merupakan cara main tahan lama paling berkesan. 
  3. Jangan terlalu excited dan terangsang - Untuk bermain dengan lebih lama, suami perlu bijak mengawal rangsangan yang diterima. Jangan terlalu excited atau terlalu terangsang. Kekal pada tahap 7/10 saja.
  4. Jangan fikir tentang ejakulasi - Lagi banyak anda fikir tentang klimaks atau ejakulasi, lagi cepat anda akan terpancut! Cuba fokus pada kepuasan isteri pula. Perlahan-lahan berdayung sambil merangsang isteri. Anda pasti akan tahan lebih lama!

 

 

 

Sumber rujukan: YourtangoCosmopolitanMen’s Health

Kredit gambar: Sara K Blanco Photography

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

(Video) 6 Posisi Bermadu Kasih Terbaik Untuk Suami Dengan "Ehem" Saiz Biasa

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!