7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

undefined

Insiden lemas boleh berlaku pada bila-bila masa. Jom pelajari tips mudah yang dikongsi pakar ini tentang bagaimana cara memandikan bayi anda dengan selamat.

Cara memandikan bayi anda

Memang biasa bagi mereka yang pertama kali jadi ibu bapa untuk rasa gelabah dengan penjagaan bayi baru lahir mereka.

Memandikan bayi adalah salah satu penyumbang kepada rasa ini. Bayi yang baru lahir sangat kecil dan kita harus berhati-hati terutamanya dalam air.

Disebabkan ini, penting untuk ibu bapa faham bagaimana untuk memandikan bayi dengan betul.

Ini akan memastikan keselamatan si kecil dan membuatkan ibu bapa lebih tenang kerana tahu bayi mereka selamat.

Cuba ingat tip-tip yang dikongsikan oleh pakar ketika memandikan bayi anda ini. 

1. Tangguh mandian pertama

7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Tunggu sehinga tali pusat tertanggal. Foto ehsan: wikimedia commons

Pakar paediatrik menyarankan ibu bapa tunggu hingga tali pusat bayi gugur sebelum mandian pertamanya.

Ini kerana bahagian di keliling tali pusat perlu sentiasa dibersih dan dikeringkan bagi mengelak jangkitan. Merendam bayi akan meningkatkan risiko jangkitan.

Malah bayi baru lahir bukanlah kotor atau busuk, cukup sekadar lap badan bayi anda dengan tuala basah. Jangan lupa untuk keringkan bayi selepas itu.

2. Jangan sesekali tinggal bayi sendirian ketika mandi

Peringatan: awasi bayi dari pandangan saja tidak cukup untuk menghalangnya dari lemas.

Pastikan bayi anda sentiasa berada di tangan anda setiap masa. Untuk mengelak dari terpaksa meninggalkan bayi bagi mencapai kain lap, sabun atau apa-apa barang, sediakan semua bahan berdekatan anda sebelum memandikan bayi.

Jika terlupa sesuatu, panggil pembantu atau bawa bayi anda untuk pergi ambil barang tersebut.

3. Guna tab bayi sehingga bayi anda mampu duduk sendiri

7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Mandi menggunakan tub mandi khas. Foto ehsan flickr

Lebih mudah untuk memandikan bayi anda di dalam sinki atau dalam tab mandi bersama anda.

Tapi para pakar menyarankan untuk menggunakan tab bayi yang di alas dengan tikar agar mereka tidak mudah tergelincir di dalamnya.

Hanya beberapa inci air dan setitik dua sabun saja yang diperlukan untuk membersihkan bayi anda.

4. Latihan CPR dan asas bantuan keselamatan bayi

Sesiapa yang menjaga bayi anda, termasuklah anda, harus dilatih untuk tahu asas CPR dan bantuan keselamatan sebagai persediaan sekiranya terjadi kecemasan.

5. Si kecil harus sentiasa panas dan lembab

7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Balut bayi anda dengan tuala lembut. Foto ehsan flickr

Sejurus selepas mandi, pastikan si kecil tidak kesejukan. Balut badannya dengan tuala lembut. 

Sebelum memakaikan baju, pastikan bayi anda dalam keadaan yang betul-betul kering.

Terutamanya di bahagian pelipat, juga di bahagian tapak tangannya. Gunakan pelembap seperti minyak kelapa dara bagi memastikan kulit bayi tidak terlalu kering sebelum memakaikannya baju.

6. Kosongkan air mandian

Ini penting, terutamanya bagi mereka yang ada bayi yang sudah pandai merangkak.

Bagi mengelakkan terjadinya kemalangan lemas, kosongkan air mandian sejurus selepas mandi.

Anda mungkin terlupa untuk mengosongkan tab mandian, kemudian tidak perasan bayi anda bermain dengan air tersebut! Lemas boleh terjadi bila-bila masa.

7. Tandas dan tab mesra bayi

Bagi mengelakkan terjadinya kecederaan, letakkan tikar penghalang tergelincir di tandas atau bilik mandi anda.

Pastikan tandas dalam keadaan yang bersih dari kulat, pasir atau apa-apa kekotoran. Kulat dan kekotoran boleh menyebabkan insiden tergelincir.

7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Mainan yang sesuatu untuk di bawa mandi. Foto ehsan flickr

Gunakan air panas dengan suhu yang sesuai untuk bayi anda. Pastikan mainan yang digunakan adalah maianan yang tidak merbahaya.

Semoga tip-tip ini berguna buat anda. Jika anda mempunyai tip lain, kongsikan dengan kami diruangan komen.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-untuk-mandikan-bayi-baru-lahir/

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!