5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya

lead image

Cara membesarkan zakar yang sedia ada perlu menggunakan ubat atau teknik yang bahaya. Tapi 5 teknik kami ini lebih selamat dan berkesan untuk anda.

5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat-ubatan

Banyak lelaki yang berasa rendah diri dan tidak berpuas hati dengan saiz zakar mereka. Rasa tidak puas hati dan risau ini kadang-kadang membuatkan mereka mencari apa cara membesarkan zakar yang mereka boleh cuba.

Di internet, pelbagai cara membesarkan zakar dengan ubat-ubatan tersiar. Tapi, ia tidak semestinya berfungsi! Malah, ada kes lelaki tersangkut “cincin zakar” gara-gara ingin mencuba cara membesarkan zakar.

Oleh sebab itu, hari ini, kami akan membawakan 5 cara membesarkan zakar yang terbukti berkesan dan telah diamalkan sejak turun temurun. Cara-cara ini tidak berbahaya untuk kesihatan anda.

Tapi sebelum kami mendedahkan tentang 5 cara tersebut, mari ketahui apakah saiz normal zakar dan adakah zakar boleh memanjang dan semakin besar.

Berapa saiz normal zakar?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/banana 316649 960 720.jpg 5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya

Sebenarnya, tiada saiz yang standard. Namun, saiz zakar lelaki dewasa yang menegak haruslah melebihi 3″. Tapi, jangan tertipu dengan saiz zakar anda sendiri!

Sebenarnya, ramai lelaki yang “tersalah” mentafsir saiz zakar mereka. Sedangkan kadang-kadang, zakar tersebut tidak mengeras atau menegak dengan sehabisnya.

Cara membesarkan zakar sebenarnya berkesan ke?

Jawapannya, ya! Selain teknik-teknik yang boleh dibantu oleh isteri ini, cara membesarkan zakar tanpa ubat-ubatan sebenarnya memang berkesan.

Kuncinya di sini adalah pengaliran darah. Zakar ialah organ yang sungguh sensitif dan untuk membesar atau memanjangkan zakar, lebih banyak pengaliran darah harus berlaku. 

Namun, saiz zakar juga ditentukan oleh umur, tekanan, pemakanan, hormon, penyalahgunaan nikotin dan alkohol.

Jadi, 5 cara yang kami sediakan di bawah ini mampu membantu anda dalam isu cara membesarkan zakar. 

Cara membesarkan zakar #1: Rendam dengan air panas

Ini merupakan langkah pertama cara membesarkan zakar yang anda perlu cuba. Caranya adalah dengan merendamkan kain ke dalam air panas.

Selepas itu, balut kain terbabit menutupi zakar. Ia dijalankan sebagai warm up untuk menggalakkan pengaliran darah. 

Cara urut zakar #2: Teknik urutan Jelqing

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/Wet Jelq Step 1.png 5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya

Kredit: The Stallion Style

Teknik cara urut zakar melalui Jelqing adalah satu gerakan yang dilakukan di bahagian zakar seolah-olah memeras susu. Teknik kuno ini sudah lama dilakukan oleh bangsa Arab. 

Untuk melakukan cara besarkan zakar ini mudah saja. Anda perlu:

  1. Merangsang zakar dahulu. Pastikan anda mencapai semi-ereksi (antara 1/2 atau 3/4) ereksi saja)
  2. Ambil masa untuk perlahan-lahan warm-up.
  3. Letak minyak pelincir pada kedua-dua tangan
  4. Buat grip tangan kanan dalam bentuk “Okay” dan letakkan ia di hujung zakar (berdekatan perut)
  5. Ketatkan grip tangan dan anda akan merasa darah semakin mengalir
  6. Perlahan-lahan gerakkan grip tangan anda tadi ke bahagian atas kepala zakar. Pastikan anda memberi tekanan yang mencukupi untuk melancarkan pengaliran darah.
  7. Sebelum sampai kepala zakar, berhenti. Ini dikira sebagai satu Jelq. 
  8. Sementara grip tangan kanan masih di zakar, buat grip tangan kiri dan letakkan ia dipangkal zakar sama macam langkah 4.
  9. Lepaskan tangan kanan anda, dan mula teknik urutan jelqing dengan tangan kiri pula.
  10. Ulang langkah 6.
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/Wet Jelq Step 2.png 5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya

Kredit: The Stallion Style

Jangan sesekali mengurut kepala zakar. Ia cara urut zakar yang salah kerana ia mampu hilang sensitiviti. Jangan urut zakar yang sudah 100% mencapai ereksi kerana ia mampu merosakkan tisu dan urat saraf.

Cara membesarkan zakar #3: Makan lebih banyak makanan ini

Apa yang ramai orang tidak sedar adalah zakar juga boleh membesar jika anda menjaga diet pemakanan anda. Makan kuaci dikatakan mampu meningkatkan pengaliran darah.

Malah, makanan yang banyak benda ini juga dikatakan bagus untuk kesihatan anda. Antaranya ialah:

  • Phosphorous – Nutrien ini mampu meningkatkan keinginan syahwat anda. 
  • Zink – Nutrien ini membolehkan pengeluaran sperma dan ejakulasi yang lebih sihat. 
  • Magnesium – Nutrien ini mampu meningkatkan pengaliran dan peredaran darah. 
  • Selenium – Selenium mampu meningkatkan pengeluaran dan kualiti sperma. 

Jom memperbanyakkan makanan-makanan dengan nutrien ini dalam diet anda, ya!

Cara urut zakar #4: Urutan regangan dengan ibu jari

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/Thumb Stretch Step 1.png 5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya

Kredit: The Stallion Style

Cara urut zakar ini berbeza daripada cara urut zakar teknik jelqing, tapi ia sangat ideal sebagai cara memanjangkan zakar. Caranya mudah saja. Anda perlu:

  1. Ambil masa untuk warm up.
  2. Cuba capai ereksi hanya pada kadar tidak melebihi 30%
  3. Tarik kulit zakar anda perlahan-lahan dan genggam zakar anda (jangan genggam kepala penis)
  4. Tekan ibu jari tangan kiri anda pada pangkal zakar yang berhampiran buah zakar.
  5. Sambil tekan ibu jari, tangan kanan anda harus menarik dan merenggang zakar ke hadapan

Cara membesarkan zakar #5: Makan herba tradisional seperti Tongkat Ali dan ginseng

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/tongkat ali.jpg 5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya

Terdapat beberapa herba di luar sana yang mampu meningkatkan pengaliran darah ke zakar anda. Sambil melakukan urutan yang kami sediakan di atas, anda boleh cuba amalkan herba tradisional ini.

Antara herba yang terbukti bagus ialah:

  • Tongkat ali (long jack) – mampu meningkatkan hormon testosterone dan membebaskan hormon ini. 
  • Ginseng merah Korea – mampu meningkatkan pengaliran darah dan fungsi seksual (ia mungkin berbahaya jika diambil dengan ubat tertentu)
  • Herba entengo – mampu meningkatkan pengaliran darah di penis khususnya
  • Ginkgo biloba – boleh meningkatkan nafsu seks
  • Beri Hawthorn – mengandungi agen penguat saluran darah iaitu bioflavonoids

Ha… bagaimana? Ada kaedah dan cara membesarkan zakar yang anda ingin cuba? Kami mengharapkan agar maklumat yang tersedia ini berguna buat anda.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber rujukan: The Stallion Style

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Seks dengan zakar suami yang kecil juga boleh "the bomb" jika anda buat ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!