Teknik breast compression atau "perah susu" bagi melancarkan susu badan

Teknik breast compression atau "perah susu" bagi melancarkan susu badan

Dengan cara memerah susu ibu yang betul, anda tak akan mengalami masalah penyusuan lagi. Susu badan pun kembali lancar dan anak cukup makan.

Perah susu badan untuk melancarkan pengeluaran susu

Apabila kurang susu badan atau menghadapi masalah penyusuan, salah satu cara untuk melancarkan susu ialah dengan cara memerah susu ibu atau lebih dikenali sebagai teknik breast compression

Ia adalah kaedah di mana payudara ibu diperah dengan lembut untuk memberi tekanan tambahan kepada kelenjar susu.

Hasil kaedah ini ialah susu badan lebih lancar serta pelepasan susu yang lebih banyak. Pendek kata, fungsi teknik breast compression ialah untuk merangsangkan payudara supaya susu badan si ibu akan turun (let down).

Kebaikan cara memerah susu ibu ini
cara memerah susu ibu

Kredit: Youtube

Kaedah ini banyak kebaikkannya. Bayi akan lebih aktif menghisap dan mendapatkan lebih banyak susu. Faedah lain termasuklah:

  • Peningkatan pengeluaran susu. Kalau ibu selalu amalkan breast compression, kelenjar payudaranya akan menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Meningkatkan berat badan bayi kerana dia cukup makan.
  • Susu ibu yang cukup lebih senang dihadam oleh bayi dengan masalah Colic.
  • Amalan ini mengurangkan masalah mastitis atau saluran yang tersekat.
  • Menggalakkan bayi terus menghisap dan tidak tertidur semasa penyusuan.
  • Apabila bayi kenyang dari susu badan yang cukup, dia akan lebih tenang.
Bagaimana cara memerah susu ibu yang betul?   
cara memerah susu ibu

Ibu boleh menggunakan tangan kiri yang bebas untuk melakukan teknik breast compression (sumber imej: Youtube)

  1. Tengok bila bayi berhenti menghisap. 
  2. Dengan guna tangan seperti gambar di atas, urut dan perah tepi payudara anda.  
  3. Pastikan tangan tidak menghalang bayi dari menyusu. Jangan perah terlalu dekat dengan puting payudara dan cuma beri tekanan pada kelenjar susu. 
  4. Kemudian lepaskan tekanan itu. 
  5. Pusat Penyusuan Susu Antarabangsa menyarankan ibu- ibu : “kekalkan tekanan sehingga bayi mengisap, kemudian lepaskan. Bayi akan berhenti menghisap apabila tekanan dilepaskan, tapi dia akan bermula menghisap lagi apabila susu mengalir semula. Jika bayi tidak berhenti menghisap apabila tekanan dilepaskan, tunggu sebentar sebelum mencuba lagi.”
  6. Teknik ini tidak memerlukan perahan yang kuat dan tidak patut rasa sakit. Anda tidak perlu menyakitkan diri sendiri. Tekanan yang sedikit sudah cukup untuk melancar dan merangsangkan kelenjar susu.  
  7. Apabila susu keluar dengan lancar, bayi anda mula menghisap dan menelan. Ibu boleh terus memberi tekanan dan berhenti apabila bayi berhenti untuk rehat.
  8. Ulang proses ini sehingga bayi berhenti menghisap. Lakukan yang sama dengan payudara yang satu lagi. 
Tips doktor tentang cara memerah susu ibu yang betul 

breast compression

Dr. Saha menyarankan:

  • anda memberi sokongan pada payudara semasa menyusu bayi
  • Guna posisi menyusu yang selesa untuk mengelak sakit belakang. 
  • Pastikan bayi selesa juga. Dia tidak akan menyusu sekiranya rasa kurang selesa. 
  • Rajin mencuba posisi menyusu yang lain kecuali menyusu sambil baring untuk mengelak puting yang sakit. Posisi lain sambil menggunakan teknik breast compression mungkin akan memberi kesan yang berlainan. 
  • Guna bra yang sesuai dan bersaiz betul. Susu badan selalu tersekat akibat bra yang salah.

Caranya untuk mengenalpasti tekanan yang betul ialah dengan melakukan banyak latihan. Anda akan tahu jumlah tekanan yang perlu diberi selepas mencuba teknik ini beberapa hari. 

Dengan cara memerah susu ibu yang betul, payudara anda tidak akan merasa sakit dan bayi mendapatkan susu badan yang cukup.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik ini dan caranya, tontonlah video ini:

 

Sumber: breastfeedingsupportinternational breastfeeding centre

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

10 Tips Untuk Ibu Dengan Saluran Susu Badan Yang Tersumbat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner