Cara Memohon Pasport Malaysia Untuk Bayi Anda

Cara Memohon Pasport Malaysia Untuk Bayi Anda

Masalah permohonan pasport Malaysia adalah sama: beratur pada seawal terbit matahari, barisan panjang, menunggu lama, kuota harian, sistem luar talian, dan sentiasa berubah proses.

Hanya dengan menyebut sahaja perkataan PASPORT pasti rakyat Malaysia akan terus merintih. Sama ada pembaharuan atau mendaftar untuk yang baru, rintihan adalah sama: beratur pada pagi subuh, barisan panjang, menunggu lama, kuota harian, sistem luar talian, dan sentiasa perubahan proses.

Kiosk pasport yang sepatutnya digunakan untuk memudahkan perkhidmatan tidak berada dalam perkhidmatan sejak dua tahun lalu. Tetapi, ini mungkin boleh menyenangkan hati anda di mana beberapa cawangan Jabatan Imigresen dan pusat UTC mempunyai laluan khas bagi bayi di bawah usia dua tahun dan juga warga emas.

sumber imej: copykate

sumber imej: copykate

Sebagai salah seorang ahli kumpulan ibu-ibu di Facebook, saya sering kali melihat ibu baharu menimbulkan persoalan ini berulang-ulang kali. Tiada siapa yang boleh menyalahkan mereka; tiada siapa yang mahu menghadapi risiko melepaskan giliran mereka hanya kerana satu perkara yang hilang. Rakyat Malaysia perlu sentiasa menyemak dengan Jabatan Imigresen mengenai prosedur dan syarat terkini.

Sehingga 2015, semua rakyat Malaysia boleh menikmati pengurangan bayaran pasport seperti berikut:

sumber imej: Jabatan Imigresen Malaysia

sumber imej: Jabatan Imigresen Malaysia

Namun, dengan pengurangan bayaran untuk pasport lima tahun, ini bermaksud bahawa pasport dua tahun sudah tiada lagi.

Perkara yang perlu dibawa apabila memohon Pasport Malaysia untuk bayi anda:

  1. Surat Beranak Asal
  2. Kad Pengenalan Ibu / Bapa (asal)
  3. Pen mata bulat (sekiranya perlu)
  4. RM 100 (Sah 5 tahun)
  5. Perkara yang boleh menghiburkan bayi anda
  6. Susu yang mencukupi atau ‘nursing cover’ jika bayi anda menyusu badan
  7. Jika anda akan bersendirian tanpa pasangan anda, saya menasihati anda supaya tidak membawa stroller yang besar kerana, ia boleh menjadi begitu sesak – Saya sangat gembira kerana saya Babywear!
Imej menunjukan penulis sedang makan tengah hari di Pejabat Imigresen cawangan Kelana Jaya sementara menunggu giliran

Imej menunjukan penulis sedang makan tengah hari di Pejabat Imigresen cawangan Kelana Jaya sementara menunggu giliran

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bahawa adalah betul sewaktu penerbitan (walaupun tertakluk kepada lebih banyak perubahan pada masa depan):

  • Tidak perlu membawa gambar
  • Tidak perlu membuat apa-apa salinan dokumen.

Langkah mudah untuk memohon pasport Malaysia bagi bayi anda:

  1. Pergi ke mana-mana pejabat imigresen di Malaysia dengan bayi anda. Hanya seorang ibu atau bapa perlu hadir untuk menandatangani borang di hadapan pegawai tersebut. Pastikan anda sampai ke sana seawal mungkin kerana biasanya barisannya panjang.
  2. Pastikan pakaian bayi anda gelap atau bawa bersama selendang berwarna gelap untuk membalut di sekitar bahu bayi anda untuk sesi fotografi.
  3. Tunjukkan dokumen anda kepada pegawai di kaunter barisan dan anda akan diberi ‘nombor istimewa’ kerana keutamaan diberikan kepada bayi / kurang upaya dan warga emas.
  4. Tunggu nombor anda dipanggil.
  5. Tunjuk semua dokumen anda (Sijil Lahir, MyKad Ibu / Bapa dan Borang) kepada Pegawai. Pegawai akan mengambil gambar bayi anda. Saya terpaksa naikkan anak perempuan saya ke dalam posisi duduk sambil mengelakkan dimasukkan dalam gambar. Jika bayi anda  baru lahir anda mungkin perlu mendukung bayi anda.
  6. Tunggu untuk nombor anda untuk dipanggil sekali lagi untuk membuat pembayaran RM100 di kaunter pembayaran.
  7. Pasport bayi anda perlu siap dalam 1 jam (jari bersilang). Anda boleh bertanya kepada pegawai bila pasport bayi anda siap.
  8. Untuk mengambil pasport bayi, anda perlu tunjukkan Mykad ibu/bapa dan sijil lahir bayi anda.

Saya berharap agar semua ibu bapa dimudahkan urusan dan semoga berjaya. Nasib baik kita hanya lakukan ini sekali dalam 5 tahun! Berita baru-baru ini memberitahu tentang kekurangan bekalan pasport dan boleh menyebabkan menunggu dengan lebih lama, jadi sentiasa semak tarikh luput pasport anda dan cuba untuk memperbaharui pasport adna 6 bulan sebelum ia tamat.

Dan sudah tentu, pegawai imigresen adalah orang biasa yang mengendalikan sejumlah besar permohonan, jadi marilah kita semua cuba untuk bersabar dan menunjukkan adab yang baik sesama kita.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner