Hampir Tiba Waktu Bersalin? Jom Cuba 7 Cara Cepatkan Bukaan Mulut Rahim Ini!

Semasa kontraksi, pintu rahim juga berisiko untuk tidak mengalami sebarang pembukaan. Sebaiknya ibu melakukan beberapa aktiviti untuk merangsang pembukaan rahim semasa proses bersalin.

Menjelang tarikh jangkaan bersalin, wanita mengandung pastinya berdebar menantikan saat-saat bayi bersedia untuk keluar melihat dunia. Sebaiknya anda mengetahui cara mempercepat pembukaan mulut rahim bagi mengelakkan dari ada menahan sakit kontraksi yang terlalu lama semasa hendak bersalin.

cara mempercepat pembukaan mulut rahim, agar cepat kontraksi asli, tips agar cepat kontraksi asli, cara cepat bersalin sebelum due, cara merangsang agar cepat kontraksi, cara mempercepat bukaan rahim, induce, cara cepatkan bersalin,

sumber: beingtheparent.com

Sesetengah wanita akan mengalami waktu pembukaan rahim yang singkat, namun ada yang akan mengalami proses yang mengambil masa terutamanya semasa kelahiran cahaya mata yang pertama.

Namun, anda boleh berusaha menjadikan proses bersalin lebih mudah dengan tips cara mempercepat bukaan rahim yang kami sediakan ini.

Cara Mempercepat Pembukaan Mulut Rahim: Pembukaan Rahim Secara Semula Jadi Boleh Mengelakkan Risiko Induce

Sekiranya pintu rahim tidak mempunyai sebarang bukaan, atau bukaan pintu rahim terlalu lambat sehingga membahayakan bayi, anda mungkin perlu melalui proses induce.

Proses ini merupakan salah satu cara pembukaan rahim yang normal, namun ia hanya digunapakai sekiranya tidak berlaku sebarang pembukaan rahim pada si ibu, terutanya semasa sudah ada kontraksi.

7 Cara Mempercepat Pembukaan Mulut Rahim

1. Banyakkan Berjalan Kaki

cara mempercepat pembukaan mulut rahim, agar cepat kontraksi asli, tips agar cepat kontraksi asli, cara cepat bersalin sebelum due,  cara merangsang agar cepat kontraksi, cara mempercepat bukaan rahim, induce, cara cepatkan bersalin,

Aktiviti fizikal ringan boleh merangsang kontraksi rahim dengan memberikan tekanan pada leher rahim sehingga akan melebarkan leher rahim. Proses tekanan yang sama juga berlaku ketika anda melakukan aktiviti berjalan kerana bayi akan mula turun ke bawah apabila berlaku tekanan yang sama.

2. Kerapkan Buang Air Kecil

Pundi air kencing penuh boleh mengganggu proses kontraksi dan memberi kurang tekanan kepada leher rahim. Buang air secara teratur bagi mempercepatkan proses pelebaran pintu rahim.

3. Duduk Atas Birth Ball

cara mempercepat pembukaan mulut rahim, agar cepat kontraksi asli, tips agar cepat kontraksi asli, cara cepat bersalin sebelum due,  cara merangsang agar cepat kontraksi, cara mempercepat bukaan rahim, induce, cara cepatkan bersalin,

Ball birth dapat membantu anda mengurangkan rasa ngilu di punggung semasa kontraksi berlaku, selain menyediakan otot tubuh untuk proses bersalin. 

Cara menggunakan ball birth adalah dengan duduk atau mencangkung di atasnya. Ibu akan rasa otot punggung lebih releks.

Cara lain dia duduk atas ball birth dengan posisi kaki terkangkang, sambil ibu bersandar di dinding atau kerusi. Apabila melakukan perkara ini, otot akan lebih berehat sambil leher rahim melebar dengan lebih cepat.

4. Stimulasi Puting Susu

Salah satu cara berkesan untuk melebarkan mulut rahim adalah stimulasi puting susu. Cara semula jadi ini terbukti berkesan untuk membantu proses bersalin menjadi lebih cepat.

Ransang puting secara manual dengan melakukan sendiri atau dengan bantuan pasangan, tubuh akan melepas hormon yang dipanggil oksitosin yang akan membantu membuka pintu rahim.

Lakukan stimulasi setiap 5 minit dan tidak perlu lakukan secara berlebihan.

5. Melakukan Hubungan Intim

Bagi sebahagian wanita, melakukan hubungan seksual adalah cara mempercepat perbukaan mulut rahim secara semuajadi yang paling mudah dan berkesan.

Orgasme yang berlaku semasa berhubungan seks membuatkan berlaku pelepasan hormon oksitosin yang membantu pembukaan rahim dengan lebih mudah.

Malah, prostaglandin yang terkandung dalam air mani juga membantu meluaskan pembukaan rahim dengan pantas. Lakukan hubungan intim dengan kerap semasa hampir tarikh bersalin untuk mempercepatkan berlakunya pembukaan rahim.

6. Mandi Air Panas

Mandi dengan air panas dapat membantu membuat tubuh dan fikiran menjadi tenang.

Malah ibu juga dapat mengurangkan keadaan stress semasa menghadapi kontraksi dengan duduk dalam tub atau melayan kontraksi di bawah shower.

Ibu juga boleh mendapatkan ketenangan dengan mendengar muzik yang menenangkan, atau meminta bantuan suami untuk memberikan urutan lembut.

cara mempercepat pembukaan mulut rahim, agar cepat kontraksi asli, tips agar cepat kontraksi asli, cara cepat bersalin sebelum due, cara merangsang agar cepat kontraksi, cara mempercepat bukaan rahim, induce, cara cepatkan bersalin,

7. Induce

Sekiranya proses pembukaan rahim mengambil masa yang terlalu lama, walaupun setelah anda mengalami kontraksi, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mengambil ubat untuk membuka pintu rahim.

Antara ubat yang disarankan adalah:

  • Misoprostol merupakan prostaglandin yang mampu membuat leher rahim menjadi lembut. 
  • Dinoprostone dan juga prostaglandin. Ubat ini akan dimasukkan ke lubang rahim dalam bentuk pil.
  • Enzim hyaluronidase. Ia akan disuntik ke ke dalam rahim untuk melembuatkan rahim sekaligus dalam mempercepatkan bukaan rahim.

Jadi ibu, anda bolehlah mencuba cara mempercepat pembukaan mulut rahim yang disebutkan di sini bagi merangsang pembukaan rahim semasa bersalin kelak. Ingat ya, lakukan aktiviti ringan beberapa minggu sebelum bersalin bagi melembutkan pintu rahim sebelum kontraksi sebenar berlaku. 

Ini bertujuan bagi menyediakan otot anda untuk bekerja keras semasa proses bersalin nanti. Semoga proses bersalin anda dipermudahkan!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: id.wikihow.com

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!