Polis Dituduh Rogol Gadis, Ini 5 Teknik Ajar Anak Anda Pertahankan Diri Mereka

lead image

Ini bukan kejadian pertama polis dikaitkan dengan kes rogol. Bahaya ada di merata tempat. Sebab itu, anda harus ajar anak anda 5 cara mempertahankan diri ini!

Ibu bapa perlu ajar anak-anak tentang cara mempertahankan diri, terutamanya jika anda ada anak perempuan sebab sekarang pelbagai risiko bahaya boleh berlaku!

Apabila anda membaca headlinemerogol gadis artikel ini, pasti anda terkejut mengetahui ada polis yang .  

Penguatkuasa undang-undang seperti polis merupakan orang penting untuk melindungi masyarakat umum. 

Seorang anggota polis ‘berani’ rogol gadis bawah umur! 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/KOSMO.jpg Polis Dituduh Rogol Gadis, Ini 5 Teknik Ajar Anak Anda Pertahankan Diri Mereka

Kredit: KOSMO

Malangnya, ada polis yang menyalahgunakan jawatan dan kuasa mereka seperti yang terjadi baru-baru ini di mana seorang anggota polis Filipina telah merogol gadis bawah umur!

Malah, kejadian ini bukan pertama kali terjadi di kalangan anggota polis di sana. Semuanya bermula apabila ibu bapa gadis berusia 15 tahun itu ditangkap kerana mengedar dadah.

Semasa kejadian, pegawai polis tersebut membawa bersama anak perempuan mereka ke balai polis berkenaan. 

Ibu tersebut berkata, seorang anggota polis yang dikenali sebagai Eduardo Valencia memberitahu anak perempuan mereka, jika dia bersetuju untuk ‘digunakan’, pertuduhan terhadap ibu bapanya akan digugurkan

Kemudian, gadis tersebut dibawa pulang ke rumah oleh dua anggota polis. Tapi sebaliknya, mereka telah memaksa gadis itu minum arak dan bawa ke sebuah motel lalu merogolnya. 

Namun, semuanya terbongkar setelah saudara perempuan gadis itu buat laporan ke Ibu Pejabat Polis Nasional dan kedua-dua polis itu ditangkap serta disoal siasat. 

Jangan mudah percaya dengan orang luar! 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Suara TV.jpg Polis Dituduh Rogol Gadis, Ini 5 Teknik Ajar Anak Anda Pertahankan Diri Mereka

Kredit : Suara TV

Tidak semua orang boleh dipercayai tak kira siapapun dia. 

Jadi, adalah lebih baik untuk ibu bapa sendiri ajar anak-anak tentang cara mempertahankan diri dan berhati-hati dengan orang sekeliling. 

Walaupun tiada jaminan anak kita akan sentiasa selamat, namun ini beberapa cara mempertahankan diri yang boleh anda ajar kepada anak-anak. 

Teknik dan cara mempertahankan diri untuk anak anda

  • Ketahui hak anda 

Jika anak anda berada dalam keadaan di mana polis atau individu tertentu minta dia ikut pulang, mereka harus ada alasan yang baik untuknya. 

Jika mereka tidak melakukan sebarang jenayah, minta nama dan nombor pengenalan individu berkenaan. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/ebook bela diri.jpg Polis Dituduh Rogol Gadis, Ini 5 Teknik Ajar Anak Anda Pertahankan Diri Mereka

Kredit: Ebook bela diri

  • Jangan keluar berseorangan 

Ingatkan anak remaja anda supaya tidak berkeliaran secara bersendirian terutama di waktu malam. Jika anda tidak dapat teman mereka, minta dia keluar dengan rakan-rakannya yang lain. 

  • Elakkan tempat gelap dan sunyi 

Beritahu anak supaya tidak lalu di lorong-lorong gelap atau jalan yang terlalu sunyi. Sebaliknya, guna jalan sibuk dan terang yang ada pemantauan CCTV di sekitarnya. 

  • Lari atau minta pertolongan 

Jika mereka berada dalam situasi yang berpotensi bahaya, minta dia menjerit bagi mendapatkan bantuan orang sekeliling atau melarikan diri terlebih dahulu.

  • Pelajari teknik mempertahankan diri bagi remaja

Ya, pelajari teknik asas pertahanan diri amat berguna di masa hadapan anak-anak. 

Tidaklah sampai masuk kelas seni mempertahankan diri seperti silat dan taekwando tapi memadai belajar teknik menendang, menumbuk, pukulan dan gigit.

Ini adalah cara pantas menyelamatkan diri ketika dalam situasi cengkaman bahaya. Kanak-kanak boleh belajar cara mempertahankan diri ini sejak usia 10 ke 11 tahun. 

Justeru, ambil berat dan pantau aktiviti anak setiap hari, jangan sampai anda menyesal nanti! 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga 

Langkah-langkah mempertahankan diri untuk kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!