Peranakan Jatuh Jangan Dibuat Main! Ada Punca, Simptom & Rawatan Anda Perlu Tahu

Peranakan Jatuh Jangan Dibuat Main! Ada Punca, Simptom & Rawatan Anda Perlu Tahu

Pernah tak anda alami simptom ini? jangan berlengah, segera dapatkan rawatan doktor untuk kepastian!

Pernah tak anda dengar tentang istilah “peranakan jatuh” atau “rahim kembang”? Biasanya, mereka yang alami masalah ini akan berjumpa tukang urut sebagai salah satu cara menaikkan peranakan yang turun itu.

Tapi kenapa jumpa tukang urut, bukan doktor? Hal ini boleh terjadi atas pelbagai faktor.

Ramai yang menderita peranakan jatuh atau peranakan turun ini enggan bertemu doktor atau bidan terlatih kerana malu atau takut dengan prosedur rawatan yang mungkin menyakitkan.

 Apa itu peranakan turun?

cara menaikkan peranakan yang turun, peranakan jatuh, rahim jatuh, cara menaikkan rahim yang jatuh, cara menaikkan rahim jatuh, cara merawat peranakan jatuh, cara merawat peranakan turun, simptom rahim jatuh, punca rahim jatuh, gejala rahim jatuh, punca peranakan turun, masalah peranakan, masalah peranakan turu, peranakan wanita turun,

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam tentang cara menaikkan peranakan yang turun, anda harus tahu, peranakan turun atau rahim jatuh ini biasa terjadi dalam kalangan wanita.

Bahkan, hampir separuh wanita yang pernah melahirkan anak mengalaminya atas pelbagai sebab!

Peranakan turun ini bukan terjadi pada ibu yang melahirkan anak sahaja, wanita yang belum berkahwin juga berisiko untuk mengalami masalah ini jika sering melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

Menurut Dr Asiah Abdullah, masalah itu berlaku apabila ligamen dan otot bahagian pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak. Ia sekaligus tidak dapat menampung organ pada bahagian berkenaan.

“Apabila masalah ini muncul, ia boleh membuatkan rahim jatuh atau keluar faraj, pundi kencing menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj.

“Memang ia tidak mengancam nyawa tapi pesakit akan rasa tidak selesa dan kemungkinan berlakunya sengsara emosi,” ujarnya.

3 jenis peranakan jatuh atau peranakan turun
1 – Bahagian atas/ bumbung faraj

cara menaikkan peranakan yang turun, peranakan jatuh, rahim jatuh, cara menaikkan rahim yang jatuh, cara menaikkan rahim jatuh, cara merawat peranakan jatuh, cara merawat peranakan turun, simptom rahim jatuh, punca rahim jatuh, gejala rahim jatuh, punca peranakan turun, masalah peranakan, masalah peranakan turu, peranakan wanita turun,

Jika peranakan jatuh membabitkan bahagian atas, rahim akan jatuh pada bahagian faraj (uterine prolapsed)

  • Ramai wanita tidak sedar keadaan ini. Biasanya, ia hanya diketahui apabila pemeriksaan doktor dilakukan seperti pap smear
  • Jika jatuh lebih bawah dan hingga ke pangkal rahim, ia boleh dilihat pada muka pintu faraj.
  • Keseluruhan rahim jatuh terkeluar daripada faraj
2 – Bahagian hadapan
3 – Bahagian belakang faraj
  • Sebahagian usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan akhir usus besar (rectum).
  • Jika rectum jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj yang berhampiran dengan dubur yang dipanggil rektosele.
  • Satu lagi keadaan ialah vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa saja masalah.

Menurutnya lagi, ia mungkin mengambil masa untuk berlaku selepas sokongan oleh otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.

Biasanya terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan peranakan turun dan hanya satu peratus atas sebab lain seperti fibroid.

Punca peranakan turun: Apa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen lemah?

cara menaikkan peranakan yang turun, peranakan jatuh, rahim jatuh, cara menaikkan rahim yang jatuh, cara menaikkan rahim jatuh, cara merawat peranakan jatuh, cara merawat peranakan turun, simptom rahim jatuh, punca rahim jatuh, gejala rahim jatuh, punca peranakan turun, masalah peranakan, masalah peranakan turu, peranakan wanita turun,

  • Kehamilan
  • Bersalin ketika usia tua
  • Menopaus
  • Obesiti
  • Ketumbuhan seperti fibroid besar
  • Batuk
  • Sembelit yang kronik
  • Selalu angkat benda berat
  • Keturunan
  • Menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing
  • Kerosakan atau kecederaan saraf tunjang
Simptom yang boleh dilihat jika peranakan turun
  • Jika pundi kencing jatuh, ia mungkin akan mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing dan kencing tak puas.
  • Ssus kecil atau besar yang jatuh boleh menyebabkan sembelit, rasa tak puas buang air besar hingga ada ketikanya perlu masukkan jari untuk keluarkan najis.
  • Organ rahim jatuh, wanita akan merasakan ada sesuatu yang berat di celah alat sulit.
  • Jika rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman
Cara menaikkan peranakan yang turun

Image result for urutan pada wanita

  • Jangan berdiri dalam masa yang lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan lunjurkan kaki atas bangku.
  • Lakukan senaman pelvik. Ia menguatkan otot dalaman, membantu percepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, dapat rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
  • Ambil makanan yang baik supaya elak sembelit kronik.
  • Banyakkan makan sayur, buah-buahan dan bijirin.
  • Elakkan meneran di bilik air lebih 15 minit.
  • Pakai sut pelangsingan badan tapi bukan korset yang terlalu ketat.
  • Jangan merokok dan jauh daripada perokok untuk hindari batuk kronik
  • Elak hamil dalam jarak yang rapat.
Cara menaikkan peranakan yang turun –  rawatan

Dr Asiah turut menambah, pesakit yang masih di peringkat awal juga boleh dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk diajar teknik senaman pelvik.

“Selain menggunakan pesari faraj iaitu alat berupa gelang yang digunakan untuk mengekang rahim daripada jatuh.

Ia sesuai digunakan oleh wanita dalam pelbagai peringkat usia reproduktif atau wanita menopaus yang tidak memilih pembedahan.

Ia mungkin disebabkan wanita itu masih muda atau masih mahu hamil serta wanita lewat usia,”. Katanya.

Walau bagaimanapun, alat tersebut perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit perlu berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya. Selain rawatan pembedahan adalah jalan terakhir.

Cara menaikkan peranakan yang turun –  urutan

Urutan untuk menaikkan peranakan yang turun ini dikongsikan oleh Nur Qamarul Ahmad Rashidi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidnag perbidanan Melayu.

“Antara punca masalah ini adalah disebabkan mengangkat barang berat atau mendukung anak.

Sedangkan penjagaan rahim amat penting kerana apabila ia tidak sihat boleh mempengaruhi emosi dirinya,” katanya.

Antara kaedah yang boleh dilakukan seperti

  • Urutan dan bertangas
  • Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi menjalani rawatan tradisional supaya rahim dalam keadaan baik. 
  • Jika masih di peringkat awal, teknik urutan yang betul mampu mengawalnya tapi kalau sudah teruk harus terus berjumpa doktor.
  • Jalan terakhir adalah pembedahan dan buang rahim. Bahkan rahim adalah lebih penting daripada penjagaan wajah kerana memberi kesan pada seluruh tubuh wanita.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: HMetro

Baca juga:

Minuman berais BUKAN punca rahim kembang selepas bersalin, kata doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner