Berat janin dalam kandungan rendah? Ibu cuba makan 11 makanan ini!

undefined

Selepas anda buat ultrasound doktor beritahu yang berat janin anda kurang? Jangan risau! Ikut cara menambahkan berat janin dalam kandungan ini.

Doktor kata berat janin anda kurang? Ada ke cara menambahkan berat janin dalam kandungan?

Antara parameter utama untuk menilai kehamilan yang sihat adalah ukuran berat badan janin. Setiap kali imbasan ultrabunyi dilakukan, perkembangan berat janin diukur dan direkodkan untuk rujukan. 

11 cara menambahkan berat janin dalam kandungan

Namun, jika anda diberitahu bahawa berat janin anda kurang daripada apa yang sepatutnya semasa trimester terakhir kehamilan, ini adalah 11 cara menambahkan berat janin dalam kandungan.

Makanan berikut seharusnya diamalkan ibu hamil agar ia membantu anda menambahkan berat janin.

1. Produk tenusu

cara menambahkan berat janin dalam kandungan, tambah berat janin, berat janin kurang, kandungan kurang berat, berat janin, tambahkan berat bayi dalam kandungan

Kajian mendapati pengambilan minimum 200-500 ml susu sehari mempunyai kesan positif pada berat janin.

Susu bukan saja menyediakan protein berkualiti, tetapi merupakan sumber kalsium yang baik; nutrien yang penting untuk bayi anda.

Jika anda tidak gemar meminum susu, anda boleh mengambilnya sebagai milkshake atau makan bersama bijirin atau oat.

Pengambilan 40-50 gram keju juga boleh dikira seperti mengambil segelas susu. Pun begitu, elakkan keju jika anda mengalami tekanan darah tinggi semasa kehamilan.

2. Kekacang

Satu lagi kumpulan makanan penting adalah kekacang yang bukan sahaja kaya dengan protein (terutamanya jika anda seorang vegetarian atau vegan) tetapi turut juga menyediakan zat besi yang diperlukan, asid folik dan nutrien lain seperti serat.

Masukkan dua hidangan ini dalam diet harian anda untuk menjaga pengambilan protein anda.

Anda boleh mengambil kacang soya dalam bentuk tauhu, susu soya atau tepung kacang soya. Kacang soya kaya dengan zat besi dan jika dimakan dalam bentuk tauhu membekalkan sumber kalsium yang baik juga. Ini kerana susu soya ditambah dengan garam kalsium.

Kacang peas hijau menyediakan protein, vitamin B kompleks, asid folik dan mineral seperti zat Besi, Magnesium, Fosforus dan Kalium.

Semua ini sesuai untuk ibu mengandung untuk mengekalkan diet seimbang. Selain itu ia mempunyai serat yang membantu masalah sembelit yang biasa berlaku semasa kehamilan.

3. Kacang

Kacang seperti badam boleh ditambah kepada diet anda untuk menyediakan mikronutrien seperti zink, besi, tembaga, asid folik.

Anda boleh menjadikan kacang sebagai makanan ringan yang sangat sesuai untuk dikunyah.

4. Ayam

cara menambahkan berat janin dalam kandungan, tambah berat janin, berat janin kurang, kandungan kurang berat, berat janin, tambahkan berat bayi dalam kandungan

Jika anda bukan vegetarian, pengambilan daging kurang lemak seperti ayam atau ikan rendah lemak pastilah tidak bermasalah buat anda.

Daging ayam membekalkan protein yang diperlukan untuk perkembangan sel dan otot bayi. Selain protein, makanan ini juga menyediakan zat besi yang membantu ibu hamil yang mengalami anemia.

5. Ikan

Ikan juga mempunyai kelebihan menyediakan lemak penting dalam bentuk asid lemak omega-3 yang diperlukan perkembangan otak dan keseluruhan bayi.

Ayam dan ikan adalah sumber protein tinggi dan rendah lemak berbanding daging lembu.

6. Telur

Bagi ibu vegetarian, pilihan lain untuk sumber protein yang sama baik daripada ayam dan ikan adalah telur. Telur adalah sumber protein yang baik dan kaya vitamin A, D dan mineral seperti zat besi, asid folik dan kolin.

Malah telur mempunyai profil asid amino yang terbaik yang dianggap sebagai protein rujukan. Ini bermakna kualiti protein makanan lain dibandingkan dengan protein telur.

Mineral di dalam telur membantu memastikan membran amniotik kuat dan membantu dalam mencegah kecacatan kelahiran pada janin

7. Sayuran Berdaun Hijau

cara menambahkan berat janin dalam kandungan, tambah berat janin, berat janin kurang, kandungan kurang berat, berat janin, tambahkan berat bayi dalam kandungan

Sayuran berdaun hijau membantu membekalkan keperluan zat besi yang tinggi semasa kehamilan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan janin & tisu ibu.

Bayam pula selain menyediakan zat besi turut menjadi sumber asid folik yang baik. Asid folik adalah penting untuk perkembangan otak janin. Ia melindungi bayi daripada masalah dalam perkembangan sistem saraf bayi.

Pastikan anda mengambil sayur-sayuran berdaun hijau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan banyak vitamin, mineral & antioksidan.

8. Brokoli

Jika sayuran berdaun hijau biasa bukanlah kegemaran anda, anda boleh mencuba brokoli.

Dianggap sangat terkait dengan sayuran berdaun hijau, brokoli juga turut menyediakan zat besi, di samping beta karotena, vitamin E dan Vitamin K.

9. Lobak, Labu, Keledek

Ini adalah satu lagi set sayur-sayuran untuk dimasukkan ke dalam diet anda. Sayuran ini kaya dengan beta-karotena; satu bentuk vitamin A.

Vitamin A adalah penting untuk perkembangan mata, paru-paru dan kulit bayi yang sihat.

10. Buah-buahan sitrus

cara menambahkan berat janin dalam kandungan, tambah berat janin, berat janin kurang, kandungan kurang berat, berat janin, tambahkan berat bayi dalam kandungan

Terutamanya oren kaya dengan vitamin C dan asid folik. Ini juga merupakan sumber yang baik untuk Thiamin dan Potassium, dan sumber serat makanan yang sangat baik, yang membantu menghindari sembelit yang biasa terjadi pada kehamilan.

Satu lagi peranan penting vitamin C adalah untuk membantu penyerapan zat besi terutama dari diet vegetarian.

Selain buah sitrus, anda juga boleh memasukkan amla, sayur-sayuran seperti kapsikum merah, hijau dan kuning, untuk mendapatkan sumber vitamin C.

11. Makanan Tambahan

Suplemen zat besi dan asid folik yang biasa diberikan kepada wanita hamil juga boleh meningkatkan berat janin dalam kandungan.

Mudah betulkan cara menambahkan berat janin dalam kandungan ini?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

sistem sokongan ibu bapa bekerja, support system, ibu bapa yang bekerja, rapat dengan anak-anak, tips untuk ibu bapa bekerja

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

Menakjubkan! Ternyata begini caranya janin menerima makanan dari ibu [Video]

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!