Kendali tantrum anak anda seperti teknik klasik dari Kate Middleton ini

undefined

Cara menangani anak tantrum yang digunakan Kate Middleton ini sungguh bijak dan teknik yang berkesan. Kerabat diraja atau tak, anak tetap akan tantrum juga.

Cara menangani anak tantrum ikut gaya bijak Kate Middleton

Mengendalikan anak yang sedang tantrum (mengamuk atau buat perangai) memang sangat menguji kesabaran. Sebab itu ramai ibu bapa nak tahu apa cara menangani anak tantrum yang berkesan.

Ibu bapa harus bijak menangani perangai anak ini, jika tidak ia boleh jadi satu benda yang mengundang stress pada ibu bapa dan anak.

Tapi bagaimana Kate Middleton mengendalikan tantrum anaknya di tempat awam ini sungguh menarik dan wajar anda cuba!

Kate Middleton memang terkenal dengan kebijaksanaannya. Beliau bukan saja seorang yang merendah diri, tapi beliau juga seorang yang mengambil berat akan orang lain serta tidak kekok bergaul dengan masyarakat.

cara menangani anak tantrum

Walaubagaimanapun, satu perkara yang menjadikan Kate sungguh mengkagumkan ialah, caranya mengendali anak-anak. Mereka sering kali dilihat memakai pakaian ayah dan pakcik mereka, dan tidak dimanjakan dengan pakaian mahal.

Namun, ujian paling utama seseorang ibu bapa ialah bila anak tantrum. Kerabat diraja atau tidak, kanak-kanak tetaplah kanak-kanak. Mereka akan penat, lapar, marah dengan semua perjalanan yang memenatkan. Ini memang terjadi kepada semua orang.

Kejadian cara menangani anak tantrum yang dialami Kate  

Menurut laporan, semasa keluarga diraja itu sedang berada dalam lawatan rasmi ke Jerman dan Belanda, salah seorang anak Kate menguji kesabarannya. Pengakhiran lawatan itu ialah keluarga tersebut menaiki helikopter di lapangan terbang Hamburg, Jerman.

Sama ada penat atau tiada mood, Puteri Charlotte enggan menaiki helikopter. Laporan juga menyatakan Puteri Charlotte baring di sebelah helikopter, menghentak kaki dan enggan menaiki helikopter.

Tidak tahu apa yang tidak kena, dia hanya enggan menaiki helikopter itu.

Ia berlaku sungguh pantas, namun seorang jurugambar sempat mengambil gamber tersebut. Dari presektif seorang ibu, ini adalah keadaan yang memalukan.

Walaubagaimanapun, Kate Middleton telah melakukan sesuatu yang wajar dipelajari.

cara mengatasi tantrum anak

Beliau telah menggunakan teknik klasik dalam menenangkan kanak-kanak dan ia merupakan cara mengatasi tantrum anak yang sungguh berkesan. Caranya dengan:

  • Tidak marah, tapi mula bersembang dengan puteri itu untuk mengalih perhatiannya
  • Melulut supaya mudah mendekati anaknya yang sedang marah
  • Tidak menggesa mereka untuk tenang. Dia bercakap, ubah fikirannya dan dengan bantuan suaminya, mengangkat puteri itu ke dalam helikopter.

cara mengatasi tantrum anak

Semasa berdepan dengan situasi ini, lakukan cara mengatasi tantrum anak secara klasik

Kanak-kanak akan tantrum dan mengamuk di mana sahaja. Cara yang terbaik ialah tidak mengendahkan tantrum ini. Ini kerana anak-anak boleh rasa perasaan tidak tenang ibu bapa.

Malah bayi juga akan mula menangis sekiranya seseorang itu tidak tahu memegang bayi. Bayi dapat mengesan rasa tidak yakin. Dia dapat mengesan yang orang itu berkemungkinan boleh menyebabkannya jatuh.

Di dalam keadaan yang lebih kurang sama, kanak-kanak enggan dipujuk oleh orang yang dia tidak suka.

Berikut adalah 3 perkara yang anda boleh ikut sekiranya anak tantrum, sepertimana yang Kate Middleton buat;

  1. Kekal tenang walaupun dalam keadaan huru hara, ia akan memukau orang keliling termasuklah anak yang sedang mengamuk.
  2. Duduk supaya mata sama laras dengan si anak
  3. Bercakap dengan lembut dan suara lunak, cuba alih perhatian anak

Selepas tantrum reda, cuba berikan snek atau tidurkan dia. Kemungkinnan moodnya akan kembali baik.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtiada-siapa-beritahu-tantrum-anak-buat-perangai/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!