Bukti Kuasa Sembuh Demam Isteri Bukan Pada Ubat, Tapi Pada Suami Tercinta...

lead image

Bila sakit, isteri bukan nak ubat tapi nak dimanja dan perhatian dari suami tercinta saja. Ini 5 buktinya...

Isteri ini memang licik bab nak ambil perhatian suami. Terutama bila demam, inilah masanya cara menarik perhatian suami yang paling berkesan! 

Lepas itu mulalah buat ayat romantik minta perhatian suami “Abang, ayang demam ni, tolong suap ubat” atau nak berkepit dengan suami memanjang minta macam-macam.

Begitulah juga kalau suami yang demam, mengada dia kalah anak

Sebenarnya, isteri bila demam bukan nak ubat sangat. Dia cuma mengharapkan suami tersayang ambil berat seperti teman makan, tolong picit dahi, tolong urut badan atau apa-apa saja.

Ini juga adalah salah satu cara menarik perhatian suami yang terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga kadang-kadang isteri rasa tersisih dan tak dipedulikan. Alahai, janganlah macam itu suami sekalian. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/islamikinfo.jpg Bukti Kuasa Sembuh Demam Isteri Bukan Pada Ubat, Tapi Pada Suami Tercinta...

Kredit : Islamik info

Sebab itu bila isteri demam, kuasa sembuhkannya adalah dengan tangan seorang suami itu sendiri, bukan dengan panadol atau ubat-ubat lain.

Tapi kalau nampak keadaan isteri yang teruk sangat segera bawa dia ke hospital. Itu pun sudah dapat menunjukkan yang suami prihatin dan penyayang.

Cara menarik perhatian suami bila isteri demam atau jatuh sakit 

#1. Pegang kepala isteri dan baca niat 

Pertamanya, suami pegang kepala isteri dan baca Al-Fatihah. Kemudian, niatkan dalam hati supaya Allah SWT buang bisa dan panas di dalam badannya supaya dia kembali sihat dan pulih dari sakit. 

#2. Minta Allah SWT ampunkan segala dosa isteri 

Selain itu, pasang niat supaya Allah SWT mengampunkan dosanya supaya demam dan sakit yang dialami surut dengan sempurna. 

Masa ini anda harus tunjukkan kasih sayang sepenuhnya pada isteri tercinta.

#3. Masak bubur nasi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/isteri demamm.jpg Bukti Kuasa Sembuh Demam Isteri Bukan Pada Ubat, Tapi Pada Suami Tercinta...

Sebelum itu nak tanya, suami anda pandai masak tak? Sebab poin yang seterusnya ini adalah masak bubur nasi untuk isteri tercinta. Tapi kalau tak pandai masak pun tak mengapa sebab mudah saja nak buat. 

Caranya basuh beras dan masukkan air. Setelah itu buka api perlahan dan tunggu sampai beras tadi menjadi bubur. Kalau nak lagi sedap tambah isi ayam, daging, lobak merah dan daun sup. Mudah, kan? 

#4. Petua hilangkan panas dalam badan, buat air penyejuk tubuh 

Air penyejuk badan paling mujarab adalah air barli.

Caranya rebus barli dengan air. Lepas itu ambil airnya dan tambah sikit gula atau lemon. Nak lagi sedap letak gula batu, kurma atau buah kembang semangkuk. 

Kemudian, minta isteri minum suam-suam, insyAllah segala panas badan boleh keluar. 

#5. Usaha sembuhkan isteri dengan perhatian dan kasih sayang 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/produk wish.jpg Bukti Kuasa Sembuh Demam Isteri Bukan Pada Ubat, Tapi Pada Suami Tercinta...

Kredit : Produk Wish

Suami kena faham kadang-kadang isteri itu minta di manja dan dibelai terutama bila tengah sakit jadi anda haruslah ikhlas menjaganya dengan baik. 

Sebab, bukan hari-hari isteri jatuh sakit, jadi tak salahkan anda luangkan sedikit masa untuknya? 

Jangan lupa share dan tag artikel ini pada suami atau isteri anda ya! 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia


Kredit gambar: Riaricis.asia 

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Baca juga 

Suami nampak tak ghairah? Ini 3 cara untuk goda dan pancing suami anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!