X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

5 min bacaan
Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Semua suami isteri wajib mengetahui 16 cara mencegah kehamilan yang dikongsi ini. Tidaklah terjadi kehamilan mengejut lagi selepas ini!

Anak itu memang kurnian rezeki dari Tuhan. Kehadirannya sentiasa akan dinanti-nantikan setiap pasangan suami isteri. Namun, pada masa yang sama pasangan suami isteri pula harus tahu cara-cara untuk mencegah kehamilan dan jenis perancang keluarga yang ada di pasaran.

Bukan apa, kehamilan yang terlalu rapat boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan masalah kekeluargaan. Bahkan, ada yang sampai menjadi punca keruntuhan rumah tangga dan ketegangan dalam keluarga!

Jadi, seelok-eloknya, pasangan suami isteri bijak merancang dan tahu cara mencegah kehamilan demi kestabilan dan kekuatan psikologi keluarga. 

Tapi perlu diingat, kadang-kadang, kita hanya mampu berikhtiar, Tuhan juga yang menentukan segala-galanya.

Apapun, hari ini kami menyediakan panduan lengkap cara mencegah kehamilan yang suami isteri boleh amalkan:

Jenis perancang keluarga yang boleh pasangan cuba

1. Cara semulajadi – mengira waktu subur wanita

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Kredit: parents.com

Mengira dan mengenali waktu subur adalah 76-88% berkesan sebagai cara mencegah kehamilan. 

Namun, cara ini tidak mampu melindungi anda dari penyakit STD. Dalam cara ini, anda perlu mengelak berhubungan seksual ketika waktu subur.

Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid biasa seperti 28 hari adalah pada hari ke-8 hingga ke-24. Selain itu, cara lain untuk mengesan waktu subur adalah melihat cecair yang keluar dari faraj.

Ketika subur, cecair biasalah lebih jernih seperti putih telur.

Baca juga: Perancangan Keluarga: Fakta Tentang Jarak Kehamilan

2. Perancang keluarga jenis implan

jenis perancang keluarga

Perancang keluarga jenis implan mengandungi progesterone. Progesterone ini akan menebalkan mukus servik dan menghalang sperma dari berenang masuk.

Ia akan dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan. Kaedah perancang keluarga ini 99% berkesan dan boleh bertahan sehingga 4 tahun.

3. Perancang keluarga jenis tampal

jenis perancang keluarga

Kredit: contraceptionchoices.org

Perancang jenis ini antara yang paling mudah dan murah untuk didapatkan. Ia mampu menghalang sperma bersenyawa dengan telur.

Sama seperti perancang keluarga yang lain, cara mencegah kehamilan ini berfungsi dengan merembeskan hormon estrogen dan progestin yang akan menghentikan penghasilan telur. 

Anda boleh menampal ia di perut, lengan, punggung atau bahagian belakang. Ia terbukti 91% berkesan.

4. Kaedah pil perancang keluarga

jenis perancang keluarga

Kredit: self.com

Cara mencegah kehamilan ini pula paling popular. Pil perlu dimakan setiap hari bermula pada hari pertama kitaran haid, hinggalah ke hari-21. 

Kemudian, anda tidak perlu makan pil tersebut selama 7 hari (rehat). Jika dimakan dengan betul, tahap keberkesannya adalah 99%.

Ramai wanita memilih untuk menggunakan reminder bagi memakan pil ini agar tidak lupa.

5. Cara mencegah kehamilan dengan suntikan

jenis perancang keluarga

Kredit: netdoctor.co.uk

Kaedah suntikan pula menggunakan hormon progesterone. Anda perlu disuntik selama 2 bulan sekali dan perlu mendapatkan suntikan baru selepas 2 bulan.

Suntikan ini akan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat agar sperma tidak berjaya berenang.

Namun, ramai wanita yang mengadu mereka mengalami pendarahan yang tidak menentu gara-gara kaedah perancang ini.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

6. Perancang keluarga jenis span

jenis perancang keluarga

Kredit: sdvariations.com

Di Malaysia, kaedah perancang ini mungkin tidak terlalu popular. Ia adalah sejenis perancang keluarga yang menggunakan span untuk dimasukkan ke dalam vagina sebelum seks.

Span ini akan menjaga serviks dan mengandungi pembunuh sperma untuk mengelak kehamilan. Ia disertakan dengan tali untuk mudah ditarik selepas itu. ia hanya 76-88% berkesan

7. Perancang keluarga jenis cincin

jenis perancang keluarga

Kredit: healthdirect.gov.au

 

Perancang keluarga jenis cincin atau NuvaRing adalah sejenis perancang yang perlu dimasukkan ke dalam vagina juga. Ia kecil dan mampu menghalang kehamilan dengan merembeskan hormon.

NuvaRing mampu menghentikan sperma dari bertemu dengan telur. 

8. Menyusu sebagai cara mencegah kehamilan

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Kredit: Shutterstock

Memang menyusu mampu mencegah kehamilan selama 6 bulan, namun anda perlu melakukannya dengan betul.

Cara yang betul ialah dengan menyusu badan secara eksklusif tanpa susu formula langsung, tidak datang haid dan mengambil pil mini dari klinik kesihatan.

9. Cervical cap

cara mencegah kehamilan, cara cegah kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara elak mengandung, kaedah perancang keluarga, perancang, perancang keluarga, kesan perancang keluarga

Cervical cap adalah sejenis mangkuk kecil yang dibuat dari silikon lembut dan berbentuk topi. Ia harus dimasukkan ke dalam vagina untuk melindungi serviks.

Perlindungan akan diberi pada serviks agar tidak disertai sperma. Untuk lebih berkesan, anda juga diminta untuk menggunakan pembunuh sperma atau spermisida.

10. Kondom

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Kredit: Unsplash

Kondom antara pilihan yang paling mudah dan paling murah juga. Namun, kaedah ini tidak terlalu efisyen kerana keberkesannya hanya sebanyak 60 – 80% sahaja, itupun jika diguna dengan betul.

11. Diafram

cara mencegah kehamilan, cara cegah kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara elak mengandung, kaedah perancang keluarga, perancang, perancang keluarga, kesan perancang keluarga

Seakan sama seperti perancang keluarga jenis span, cincin dan cervical cap, diafram adalah sejenis bekas kecil yang perlu dimasukkan ke dalam vagina.

Ia melindungi serviks. 

12. IUD

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Kredit: uhs.umich.edu

IUD telah digunakan sejak abad 60-an lagi. Alat ini akan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih. Ia boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis.

Kaedah ini mampu menghalang kehamilan sebanyak 98%.

13. Kondom wanita

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Jangan terkejut kalau anda baru tahu tentang kondom wanita. Ya, kondom ini khas untuk wanita.

14. Spermisida

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Kredit: verywellhealth.com

Spermisida atau pembunuh sperma dijual dalam bentuk krim, aerosol, atau tablet. Ia memiliki bahan kimia yang boleh membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur.

Spermisida perlu dibiar dalam faraj selama 6 hingga 8 jam tanpa dibasuh selepas seks. Ini agar memastikan sperma mati. 

15. Sterelisasi

Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Kredit: familydoctor.org

Sterelisasi adalah satu kaedah kekal bagi wanita dan lelaki. Untuk wanita, saluran fallopio akan diikat atau dipotong bagi mengelak perjalanan ovum.

Bagi lelaki pula vasektomi akan dilakukan di mana saluran vas deferens yang membawa sperma akan dipotong dan diikat.

16. Pancut luar

Pancut luar antara pilihan ramai pasangan suami isteri. Namun, cara mencegah kehamilan ini tidak terlalu berkesan. Ramai wanita yang mengadu “termengandung” walaupun selepas tembak luar.

Sebenarnya, pancut luar memerlukan plan B untuk berjaya. 

Berikut antara perkongsian dan panduan penuh untuk cara mencegah kehamilan yang boleh diamalkan oleh semua pasangan di Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Untuk sebarang maklumat dan perkongsian lain tentang kehamilan dan keibubapaan, jangan lupa follow kami di page theAsianparent Malaysia 🙂

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: Planned Parenthood

Baca juga: Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!
Kongsikan:
  • 7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

    7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

  • Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

    Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

    7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

  • Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

    Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.