Dr. Temple Grandin buktikan anak autisme juga boleh GENIUS seperti ini!

lead image

Jangan sesekali anda mengeluh mahupun mempersoalkan ketentuan Tuhan dalam memberikan cahaya mata istimewa dalam keluarga kalian kerana anak autisme juga punya keistimewaan untuk berjaya suatu hari nanti...

Sebut saja tentang anak autistik, tentu kita membayangkan bagaimanakah cara mendidik anak autisme ini. Tentu ia sukar bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan cabaran ini. 

Namun, anda percaya tak jika terdapat tokoh autisme yang berjaya dalam kerjaya mereka? Ini sekaligus menepis segala cabaran dan rintangan yang dihadapinya bermula dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. 

Cara mendidik anak autisme adalah sedikit berbeza dalam proses pembelajarannya. Tapi, tidak mustahil dengan pendidikan, ia mampu mengubah dan melahirkan anak autistik yang genius dalam pelbagai bidang!

Cara mendidik anak autisme yang genius dibuktikan pakar

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/Amy Poehlers Smart Girls.jpg Dr. Temple Grandin buktikan anak autisme juga boleh GENIUS seperti ini!

Kredit: Amy Poehlers Smart Girls

Seorang tokoh ternama dalam bidang penternakan haiwan di Amerika Syarikat iaitu Dr Temple Grandin yang berasal dari Broston Massachusetts merupakan seorang penghidap autisme.

Semasa kecil, beliau mempunyai masalah percakapan dan tidak suka disentuh

Walaupun doktor menyarankan beliau berada di institusi jagaan autisme. Namun, ibunya nekad membesarkan Grandin supaya mendapat pendidikan seperti kanak-kanak yang lain. 

Dengan sokongan ibu dan mentor di sekolah, beliau berjaya menamatkan persekolahannya dan mencipta kerjaya sebagai pakar haiwan dan pakar keibubapaan untuk kanak-kanak autistik.

Sewaktu di kolej, beliau mengalami pelbagai tekanan. Beliau akhirnya mencipta ‘mesin peluk’ yang membantu menenangkan individu yang menghidap autisme terutama mereka yang sensitif kepada ransangan deria. 

Idea tersebut muncul selepas beliau melihat bagaimana lembu menjadi lebih tenang setelah masuk ke dalam kandangnya. 

Pengenalan beliau terhadap haiwan ternakan bermula ketika beliau habiskan cuti musim panas di ladang ternakan kepunyaan ibu saudaranya. 

Kemudian, di kawasan itu juga beliau mula menunjukkan minat pada perkembangan lembu. Dari sudut pemerhatiannya, beliau dapati caranya berfikir secara visual sama seperti haiwan ternakan tersebut. 

Bagaimana cara mendidik anak autisme melihat dunia? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/tribunews.jpg Dr. Temple Grandin buktikan anak autisme juga boleh GENIUS seperti ini!

Kredit: Tribunews

Menurut Dr Temple Grandin, beliau melihat dunia seperti kebanyakan haiwan. Mempunyai tempat yang menakutkan tanpa dapat membaca emosi orang lain. Manakala fikiran hanya dalam bentuk visual dan bukan butir bicara. 

Persamaan antara caranya dan haiwan memahami persekitaran membantu beliau memahami keadaan binatang tersebut. 

Menurutnya lagi, beliau tidak berfikir dalam bentuk perkataan dan bahasa tapi lebih kepada deria rangsangan. Segala sentuhan, bau, visual menjadi memori yang diutamakan. 

Contohnya, beliau mendapati sewaktu lembu diberikan vaksin, ada sesetengahnya meronta manakala ada yang tenang. Setelah diselidik, beliau dapati lembu yang panik menjadi takut disebabkan melihat bayang-bayang. 

Tambahnya lagi, haiwan mempunyai emosi dan perasaan takut. Bahkan, beliau juga percaya haiwan mempunyai bakat tertentu seperti burung yang berhijrah mengingati semula laluannya kerana memori deria.

Segala yang dilihat dan dihidu sepanjang perjalanan membentuk daya ingatan mereka. 

Kajian tentang penternakan haiwan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/46.jpg Dr. Temple Grandin buktikan anak autisme juga boleh GENIUS seperti ini!

  • Setelah melakukan pemerhatian dan kajian teliti akhirnya beliau berjaya menambah baik dalam industri ternakan. 
  • Pada tahun 1975, selepas mendapat ijazah sarjana beliau menubuhkan syarikat Grandin Livestock Handling Systems. 
  • Sepanjang kariernya, Dr Grandin membuat perubahan besar dalam industri ternakan. 
  • Atas jasa beliau itu, industri penternakan haiwan di Amerika Syarikat semakin membangun dan berjaya. Tidaklah seperti cowboy yang melayan haiwan dengan kasar tanpa bersimpati dengan keadaan haiwan tersebut. 
  • Kisah hidupnya menjadi inspirasi dalam filem Temple Grandin. 

Sekaligus, kisah ini membuktikan bahawa walaupun ada perbezaan namun itu bukan bermakna kekurangan.

Setiap manusia mempunyai kebolehan tertentu yang boleh memberikan kehidupan yang lebih baik. Di harap perkongsian ini memberi teladan dan harus dicontohi bersama. 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit gambar: Okezone Lifestyle

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

src=http://images.says.com/uploads/story source/source image/620251/1d2f.png Dr. Temple Grandin buktikan anak autisme juga boleh GENIUS seperti ini!

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook 

Baca juga:

9 ciri ciri autisme yang boleh dilihat pada anak – No #6 paling tak sangka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!