11 sebab kenapa ibu garang TIADA anak yang nakal & tak dengar cakap

lead image

Setiap ibu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Sebab itu, walaupun digelar seorang ibu yang garang tapi sebenarnya mereka ini berjiwa penyayang

Pernah satu hari, anak memanggil anda “ibu garang”! Err… mesti terkedu sekejap, kan? Tapi dalam karakter garang itu sebenarnya adalah salah satu cara mendidik anak dengan betul.

Apabila orang lain memuji cara mendidik dan mendisiplinkan anak, tentunya anda ‘dapat nama’ kerana pandai jaga anak. 

Biasanya kita sering mendengar sikap anak rosak akibat pengaruh rakan sebaya dan tidak terdidik dengan baik. Tentunya sebagai ibu bapa, kita merasa takut.

Jadi untuk membentuk peribadi mereka, anda memerlukan cara mendidik anak dengan betul. Apa cara yang paling betul? Anda perlu menjiwai karakter tegas dan garang.  

Oleh itu, jangan pernah rasa tersinggung sekiranya anak gelarkan anda dengan ‘ibu garang’. Ini antara 11 sebab kenapa ibu garang akan mendidik anak jadi lebih berdisiplin dan tidak nakal.

Cara mendidik anak dengan betul – 11 ciri-ciri ibu yang garang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/09/scolding young child.jpg.653x0 q80 crop smart.jpg 11 sebab kenapa ibu garang TIADA anak yang nakal & tak dengar cakap

1 – Menyuruh anak tidur lebih awal  

Cara mendidik anak dengan betul yang pertama adalah menyuruh anak masuk ke dalam bilik untuk tidur dengan lebih awal. Dalam nada tegas dan garang, pastinya anak-anak akan mengikut apa yang disuruh ibunya.

Bahkan, ia dapat merehatkan tubuh dan otak anak selepas seharian berada di sekolah dan bermain.

2 – Anak dilarang ambil makanan manis setiap hari

Seterusnya, seorang ibu yang garang dan tegas akan melarang anak-anak mengambil gula atau makanan manis setiap hari kerana bimbang akan menyebabkan kerosakan gigi dan masalah kesihatan lain.

Nampak saja anak terlebih minum air sirap atau sedang mengunyah coklat dalam peti sejuk, pasti anda cekak pinggang! 

Tapi bukanlah tak bagi langsung makanan manis cuma ada hari-hari tertentu saja yang dibolehkan.

3 – Ajar anak membayar barang mereka sendiri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/09/babab.net .jpg 11 sebab kenapa ibu garang TIADA anak yang nakal & tak dengar cakap

Kredit: Babab.net

Sentiasa berpesan pada anak, jika mahukan sesuatu mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Jadi, cara mendidik anak yang betul adalah berpesan pada anak untuk menabung dan berbelanja secara berhemah. Pastinya mereka akan sentiasa ingat pesanan itu hingga dewasa.

4 – Biarkan anak berusaha melakukan kerja yang sukar

Apabila anak sedang melakukan perkara-perkara yang sukar, jangan segera membantu mereka. Tapi anda perhatikan bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Dari situ mereka dapat belajar sesuatu dengan usaha mereka sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapanya.

Contohnya, jika anak sukar selesaikan soalan matematik. Biarkan dia mencari jalan penyelesaian sendiri dengan melihat buku nota atau buku jalan kerja bagi membantu selesaikan kerja sekolahnya itu.

5 – Berikan jam tangan atau jam loceng pada anak

Dengan memberikan anak jam, mereka dapat belajar bagaimana cara memanfaatkan masa setiap hari.

Malah ia juga dapat meningkatkan keyakinan dan membantu mereka untuk rasa lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

6 – Tidak membeli ‘barang’ yang terbaik dan terkini

Cara mendidik anak yang betul sebagai ibu yang tegas dan garang adalah anda tidak memberi peluang untuk anak menikmati sesuatu benda yang terkini.

Mereka harus tahu, memiliki sesuatu yang terkini dan terbaik bukanlah perkara yang penting dalam hidup. Tapi mereka harus belajar menghargai dan bersyukur bila memiliki sesuatu.

7 – Biarkan mereka merasa kehilangan dan kegagalan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/09/kitai kini.jpg 11 sebab kenapa ibu garang TIADA anak yang nakal & tak dengar cakap

Kredit: Kitai Kini

Sekiranya anak memecahkan sesuatu yang dimiliki, anda tidak perlu mengantikannya.

Tapi mereka perlu belajar menghargai sesuatu yang diberikan bukan sewenangnya merosakkan apa yang telah dimiliki.

Biarkan anak merasa gagal juga adalah penting supaya mereka sedar dan bekerja lebih keras dalam mencapai sesuatu yang diidamkan. Sekaligus dapat mengajar anak untuk lebih bertanggungjawab.

8 – Mengawal penggunaan media, internet dan telefon bimbit

Penggunaan media perlu dikawal pada kanak-kanak dan tidak terus membiarkan anak ’gila’ menggunakan gadjet seperti telefon.

Jadi tak ada salahnya jika anda menjadi garang dan tegas ketika melarang anak yang terlalu obses bermain telefon bimbit.

9 – Minta anak memohon maaf jika buat salah

Jika anda tidak mengajar anak memohon maaf bagaimana kehidupannya nanti bila besar?

Jadi cara mendidik anak yang betul adalah mengajar mereka memohon maaf apabila melakukan kesalahan tertentu tak kira pada kedua ibu bapa, sahabat, keluarga atau jiran tetangga.

Selain, biarkan anak menyedari apa yang dilakukan itu salah dan jangan mengulanginya semula.

10 – Ajar anak cara beradab sejak usia kecil

Kanak-kanak perlu diajar cara beradab supaya tingkah laku kasar dikikis sedari awal lagi.

Sikap sopan santun dan budi pekerti harus ditanam seawalnya pada jiwa anak supaya mereka membesar menjadi anak yang berguna dan membawa mereka lebih jauh ke hadapan.

11 – Membuat kerja secara sukarela

Terakhir cara mendidik anak dengan betul adalah ajarkan mereka nilai kerja sukarela sama ada membersihkan rumah atau membantu ibu masak di dapur. Ia dapat mengajar mereka tentang bermurah hati dan belas kasihan.

Bahkan, ia mengajar anak meletakkan diri mereka pada keperluan orang lain yang lebih memerlukan bantuan.

Oleh yang demikian, jangan bimbang, tersinggung atau berjauh hati sekiranya anak menggelarkan anda seorang ibu yang garang.

Sebabnya, disebalik perwatakan yang garang itu sebenarnya anda sedang mendidik mereka menjadi manusia yang berguna.

Dalam pada garang itu juga, beritahu anak bahawa anda begitu sayang dan inginkan mereka berjaya menjadi individu yang lebih baik.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Paul. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Bagaimana Saya Menjadi Seorang Ibu Yang Tenang