Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

lead image

Pernah tak anda menyebut ayat yang sama seperti disenaraikan ini? Kalau ada, semoga dapat dielakkan pada masa mendatang. Biarkan si kecil membesar secara semulajadi tanpa rasa bimbang dengan perkara tertentu

Kini, menjadi lumrah apabila ada sebilangan ibu bapa bimbang tersalah cara mendidik anak lelaki  dan takut anak tersasar jauh dari sifat kelakian.

Hinggakan mereka tak sedar lalu menyebut lima perkara ini pada anak lelaki hampir setiap hari. Sedangkan, tahukah anda ia boleh mempengaruhi sikap mereka apabila dewasa kelak?

Sebaiknya, ibu bapa haruslah mengelak dari menyebut lima perkara ini supaya ia tak ganggu sikap dan tingkah laku mereka. Biarkan anak-anak membesar secara semula jadi mengikut peredaran masa. 

Sekiranya anda ingin melihat anak lelaki membesar dengan sepenuh kasih sayang dan kebaikan terhadap semua orang, sepatutnya anda mengelak sebut lima perkara ini iaitu…

Cara mendidik anak lelaki : 5 perkara parents harus berhenti sebut 

1. “Anak lelaki perlu kuat dan berani!” 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/hysenbelliugroup.com .jpg Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

Kredit: Hysen Belliu Group

Cara mendidik anak lelaki yang tepat adalah dengan berhenti fikir lelaki perlu kuat dan berani. Manakala wanita, lebih emosi dan lemah lembut. 

Padahal, rasanya normal bila lelaki juga turut ada sikap sensitif dan ada ketikanya wanita juga terlihat berani dan kuat. 

Secara jujurnya, tak semua lelaki kuat dan berani. Ia bergantung pada gen mereka.

Ibu bapa sepatutnya rasa bertuah memiliki anak lelaki, bukannya memaksa atau mempengaruhi mereka menjadi apa yang “dianggap sebagai” patut seorang lelaki buat. Ia adalah cara mendidik anak lelaki yang salah. 

2. “Lelaki, tak boleh lembut macam perempuan”

Kenapa nak cakap seperti itu dalam cara mendidik anak lelaki? Apa yang anda ingin maksudkan, sebenarnya?

Jika difikirkan semula, sukar nak melihat perbezaan sikap anak ketika kecil. Tak kira lelaki mahupun perempuan kerana mereka sama saja. 

Jadi, elakkan dengan kata-kata jika anak lelaki menangis, mereka seolah-olah macam perempuan, sedangkan anak itu masih kecil.

Sebagai bapa, anda sepatutnya mendidik anak supaya tidak membuat perbandingan sikap wanita dan lelaki kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka nanti. 

3. “Lelaki mesti dilihat sebagai hero!”  

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/iStock.jpg Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

Kredit: iStock

Apa maksud anda sebenarnya bila menyatakan kata-kata ini? Adakah ia bermaksud anak harus hidup dengan streotype seperti lelaki dewasa?

Yang perlu nampak gagah dengan muscle di lengan? Tapi anda harus ingat, mereka itu masih kanak-kanak.  Apatah lagi ini cara mendidik anak lelaki yang salah.

Sebab itu orang lelaki ini unik dan berbeza personaliti. Sebaiknya anda sematkan dalam hati anak untuk jadi seorang yang terbaik dan kagum dengan diri sendiri. Itu lebih bagus. 

4. “Lelaki tak boleh bermain permainan perempuan!” 

Pasti anda pernah dengar ada ibu bapa yang melarang bila lihat anak lelaki mereka bermain dengan permainan budak perempuan. Kenapa perlu larang kerana ia tak ada yang salah?

Permainan merupakan barang mainan yang anak-anak suka. Tak kira permainan apa sekalipun, anak tetap gembira bermain dan belajar sesuatu daripada itu. 

Sama juga dengan pakaian dan warna. Siapa kata kalau pakai baju pink, ia tunjuk keperempuanan dan feminin? Hal ini kerana, ada ibu bapa melarang bila anak lelaki pilih pakaian dengan warna tersebut.

Sedangkan, sedikit sentuhan pink tak ada salahnya. Bahkan, tak ada pun kajian mana-mana cakap pink untuk perempuan dan biru untuk lelaki. Itu hanya psikologi kita saja. 

5. “Anak lelaki tak boleh menangis…” 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/mormon.org .jpg Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

Kredit: Mormon.org

Sebenarnya boleh saja anak lelaki nak menangis. Jika mereka rasa sedih tentang sesuatu perkara, rasanya okay saja kalau mereka nak tunjukkannya dengan cara menangis.

Ia adalah normal bagi seorang manusia dan tak ada yang salah.  

Sebab itu ibu bapa perlu peka terhadap perasaan anak supaya mereka tak menangis atau merajuk tentang sesuatu perkara atau benda yang mereka tak dapat. 

Justeru, berhenti sebut perkara di atas supaya anak membesar dengan baik dan sempurna. Sebagai ibu bapa, anda merupakan orang penting dalam mencorak dan membentuk sikap anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Okulistik.com

Sumber: ditulis oleh Alywn Batara dan mendapat kebenaran terjemahan dari theAsianparent Singapore

Baca juga

Elak 6 Kesalahan Ini Apabila Membesarkan Anak Lelaki Anda