Cara mendisiplinkan anak yang suka buat perangai - banyakkan ayat ini, kata pakar

lead image

Cara mendisiplinkan anak ada pelbagai gaya. Tapi pakar mendapati ayat-ayat ini lebih berkesan kerana ia mendorong anak yang suka buat perangai berubah.

Cara mendisiplinkan anak atau mendidik mereka

Smart Parenting telah berkongsi saranan pakar tentang cara mendisiplinkan anak yang satu ini. Ia mengenai bagaimana ibu bapa boleh memberi respon terhadap perangai tidak baik anak. Perangai anak yang tidak baik adalah seperti menjawab kata ibu bapa, tantrum atau memukul ibu bapa.

Antara langkah yang disarankan ialah:

  1. Yang pertamanya ialah ibu bapa harus menerima dan mengakui perasaan anak. Contohnya seperti

    "Ibu faham adik tengah marah.."

  2. Kemudian, terangkan tentang perilaku anak itu.

    "Kalau adik pukul ibu, ibu sakit."

  3. Beritahu bagaimana cara yang betul untuk menunjukkan perasaan.

"Jika adik marah, cari kerusi dan ajak ibu duduk" atau "Kalau adik marah, minta ibu air dan minum

4. Tetapkan had untuk mereka

"Tetapi jangan memukul atau menendang"

Kemudian, bahagian terakhir yang paling penting menurut pakar psikologi pertumbuhan kanak-kanak, Ashley Soderlund adalah dengan sentiasa ingat untuk mengakhiri sesi atau cara mendisiplinkan anak dengan ayat

"Adik akan ingat hal ini nanti"

Ayat yang sungguh ringkas bukan, "adik akan ingat hal ini nanti". Tetapi sebenarnya penuh makna. Secara ringkasnya:

  • ia menggalakkan perilaku yang baik untuk jangka masa yang panjang.
  • ayat tersebut akan membuatkan si anak tahu yang ibu bapanya sedar dia boleh melaku yang lebih baik nanti.

Cara mendisiplinkan anak - galakkan perbuatan mengubah perangai!

Kanak-kanak akan menganggap melakukan kesalahan adalah bermaksud kesalahan itu kekal selamanya. Jadi dengan melakukan langkah atau cara mendisiplinkan anak ini, mereka akan berubah dan tahu yang mereka boleh berubah.

Ajarkan mereka cara yang lebih baik, bukan dengan mengkritik mereka. Para pakar juga menyarankan ibu bapa untuk lebih bersabar kerana tidak semua cara berkesan. 

Tanamkan di dalam pemikiran mereka kata-kata pujian dan dorongan seperti "ibu suka bila adik menyanyi di atas tadi". Puji langkah kecil yang diambil mereka. Tunjukkan yang anda juga teruja dan menghargai usahanya membetulkan kesalahan kecilnya. 

Jadi sebelum terlalu cepat menyifatkan anak sebagai degil atau nakal, bertenang dulu kerana mendisiplinkan anak memerlukan masa dan usaha. Untuk kedua pihak, ibu bapa dan anak.

 

Sumber: Smart Parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

Kajian: Anak Akan Lebih Berkelakuan Baik Jika Ibu Ajar Disiplin Dengan Tegas