6 panduan dan tips untuk ibu meneran dengan betul ketika bersalin

lead image

Sebelum melahirkan anak, kita mesti mahu mempersiapkan fizikal dan mental kita. Jadi ini adalah panduan bagaimana cara meneran ketika bersalin nanti.

Selepas mengharungi kesakitan sambil menunggu bukaan servik mencecah 10cm, kini tiba masanya untuk anda meneran bagi membantu si kecil keluar dari rahim anda. Adakah anda tahu cara meneran ketika bersalin yang betul?

Biasanya, proses ini mengambil masa 30 minit hingga satu jam dan lebih cepat jika ia merupakan bayi kedua ataupun seterusnya.

Tapi ada juga yang mengambil masa beberapa minit atau beberapa jam saja jika anda melakukan cara meneran ketika bersalin yang betul. 

Ini ada beberapa tip atau cara meneran ketika bersalin yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Lebih-lebih lagi jika ini kali pertama anda bersalin normal.

Cara meneran ketika bersalin: Apa yang anda rasa?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Labour 660x660 v1.jpg 6 panduan dan tips untuk ibu meneran dengan betul ketika bersalin

Sebelum kita mengetahui cara meneran ketika bersalin, jom ketahui apa yang akan anda rasa apabila tiba masa untuk meneran dulu.

Di peringkat ini, kontraksi anda akan menjadi lebih teratur berbanding kontraksi semasa bukaan hampir penuh (7cm-10cm).

Setiap kontraksi masih sekitar 60-90 saat tetapi masa rehat lebih lama (sekitar 2-5 minit) dan mungkin sakit juga akan kurang sedikit.

Ini adalah perkara yang akan anda rasa (atau mungkin tak rasa apa-apa jika anda ambil epidural)

  • Sakit kontraksi walaupun sakit berkurang
  • Rasa hendak meneran (tak semua akan merasakan perkara ini)
  • Tekanan rektum yang kuat
  • Mendapat tenaga yang baru atau keletihan
  • Kontraksi yang sangat ketara
  • Darah keluar semakin banyak
  • Rasa kebas, renggang, terbakar atau menyengat di faraj semasa kepala bayi keluar
  • Rasa licin dan basah apabila anak keluar

Bagaimana cara meneran ketika bersalin?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/yper kata fisiologikou toketou.jpg 6 panduan dan tips untuk ibu meneran dengan betul ketika bersalin

Anda mungkin rasa lega apabila anda sudah boleh mula meneran. Sudah tiba masanya untuk anda melihat si kecil itu.

Untuk meneruskan proses bersalin, anda perlu mengikut arahan doktor atau bidan dan akan meneran mengikut masa yang ditetapkan, biasanya tiga kali untuk setiap kontraksi atau ketika anda rasa untuk meneran.

Anda mungkin perlu berehat untuk kontraksi jika anda penat.

Tip atau cara meneran ketika bersalin:

  • Teran seperti buang air besar. Rehatkan badan dan paha dan teran seperti anda perlu membuang air yang paling besar dalam hidup. Fokus untuk teran bayi anda keluar dan bukan risau sama ada anda akan betul-betul terbuang air besar atau terkencing (jika anda terbuang air besar atau terkencing, ia adalah normal dan sesiapa yang terlibat dalam proses bersalin akan memahami perkara ini).
  • Tundukkan dagu ke dada. Jika anda bersalin sambil baring terlentang, pastikan anda letak dagu ke dada untuk meneran. Ini akan bantu anda untuk fokus pada teranan.
  • Berikan segala yang anda ada. Lebih efisien anda meneran dan lebih banyak tenaga yang anda gunakan, lebih cepat bayi akan keluar.
  • Kekal fokus. Kekalkan kawalan anda dan elak dari meneran secara terburu-buru. Jangan meneran menggunakan bahagian atas tubuh atau muka (ini boleh membuatkan anda mendapat lebam di muka atau mata)
  • Tukar posisi. Kadang-kadang, jika anda meneran tak menolak bayi ke bawah, tukar posisi dapat membantu anda.
  • Percayakan naluri anda. Ambil beberapa nafas dalam ketika kontraksi bermula untuk meningkatkan tenaga untuk meneran. Apabila kontraksi memuncak, tarik nafas dan teran dengan kuat.
  • Rehat sebelum kontraksi bermula. Anda perlukan rehat sebelum mula untuk meneran semula. Meneran semasa bersalin sangat memenatkan.
  • Berhenti meneran bila diarahkan. Doktor mungkin akan menyuruh anda untuk berhenti meneran pada beberapa kontraksi untuk memberikan anda tenaga atau untuk menghalang kepala bayi  keluar dengan cepat. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, bernafas dengan laju atau hembus nafas.
  • Zikir. Semasa berehat, baca zikir juga akan membantu untuk tenangkan anda dan mendapatkan kekuatan serta memudahkan proses untuk meneran.

Apa yang doktor lakukan semasa anda meneran?

Semasa anda meneran, doktor atau bidan akan memberi sokongan dan tunjuk ajar sambil memerhatikan degupan jantung bayi.

Apabila kepala bayi keluar:

  • Doktor akan menyedut lendir dari hidung dan mulut, dan bantu mengeluarkan bahu dan badan keluar.
  • Tali pusat akan dipotong.
  • Doktor akan berikan bayi pada anda atau letakkan di dada untuk sentuhan kulit ke kulit.
  • Anda perlu bersedia untuk meneran kali terakhir untuk keluarkan uri bayi.

Kami berharap tip dan cara meneran ketika bersalin ini akan memudahkan lagi urusan anda untuk bersalin. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga

Panduan 9 doa mudah bersalin dan zikir yang boleh diamalkan oleh bakal-bakal ibu