4 cara mengajar bayi cepat bercakap, ibu bapa patut cuba

lead image

Dengan 4 cara mengajar anak cepat bercakap ini, anak anda pasti akan lebih mudah bercakap dan memberi respon sejak mereka bayi lagi. Jom cuba!

4 cara mengajar anak bercakap dengan cepat

Kajian membuktikan bayi sudah mengenali maksud perkataan sebelum mereka bercakap lagi. Para penyelidik juga mengenalpasti bagaimana ia terjadi. Kajian ini memberi kelebihan untuk ibu bapa mengetahui tentang cara mengajar anak cepat bercakap.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong anak anda untuk faham maksud sesuatu perkataan, antaranya adalah:

  • mereka mengenali maksud perkataan apabila mereka dapat melihat objek secara visual semasa ia disebut. Contohnya semasa menyebut ‘ini sudu, adik‘ tunjukkan sudu di hadapannya.
  • kekerapan perkataan tersebut diguna juga memberi kesan kepada pemahaman mereka . Contohnya lapar, perbuatan untuk makan yang memang diguna setiap hari.

Laman sesawang Parenting telah mengongsikan bagaimana 4 cara mengajar anak cepat bercakap yang boleh dibuat oleh anda. 4 cara yang telah disarankan tersebut adalah:

Cara mengajar anak bercakap dengan cepat #1 Mulakan perbualan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/ajar anak bercakap 2.jpg 4 cara mengajar bayi cepat bercakap, ibu bapa patut cuba

Tiada umur yang terlalu awal untuk anda mulakan cara mengajar anak cepat bercakap. Sama ada mereka dapat menjawab atau tidak, mereka sentiasa dapat mendengar apa yang kita cakap.

Awalnya memang anda terasa seperti bercakap dengan diri sendiri. Tapi, lama-kelamaan mereka akan memberi respon. Anda pasti teruja apabila mereka lebih cepat faham.

Cara mengajar anak bercakap dengan cepat #2 Pendedahan secara menyeluruh

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/ajar bercakap 1.jpg 4 cara mengajar bayi cepat bercakap, ibu bapa patut cuba

Salah satu cara mengajar anak cepat bercakap adalah dengan sentiasa bersembang dengannya

Teruskan bercakap dengan bayi anda. Anggap saja umpama anda adalah jurucakap di radio, tidak dapat melihat pendengar tapi anda perlu terus bercakap. Jika anda rasa bosan atau takut bayi anda bosan (percayalah mereka tidak akan bosan dengan anda), jadilah lebih kreatif.

Salah satu cara mengajar anak cepat bercakap adalah dengan menyanyi, berlakon atau bermain dengan perkataan. Akan sampai masa tiba-tiba ada suara kecil yang mengikut butir kata anda.

Cara mengajar anak bercakap dengan cepat #3 Jadikan sesuatu perkataan sebagai perbualan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/ajar anak bercakap 3.jpg 4 cara mengajar bayi cepat bercakap, ibu bapa patut cuba

Buat perkataan yang anda cuba untuk beritahu anak sebagai satu ayat. Perkataan saja mungkin sukar untuk difahami oleh si manja anda. Jadi, cara mengajar anak cepat bercakap adalah dengan membina ayat dan menjadikan ia sebagai perbualan. 

Sesuatu perkataan lebih nampak maksudnya dengan ayat perbualan. Contohnya ‘ibu minum guna cawan ungu‘ sambil minum air menggunakan cawan ungu. Selain dapat berbual dengan mereka, anda juga dapat membantu mereka mengenali warna.

Cara mengajar anak bercakap dengan cepat #4 Meraikan anak anda

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/baby 20607 960 720.jpg 4 cara mengajar bayi cepat bercakap, ibu bapa patut cuba

Bukan mudah untuk anak anda belajar perkataan baru. Jadi, apabila dia dapat mengenali satu-satu perkataan dengan tepat, contohnya menyebut ‘papa’, raikan dengan tepukan atau pujian. Ini akan mendorong mereka untuk mencuba perkataan lain pula.

Pakar telah menyarankan ibu bapa untuk melayan bayi anda sebagai rakan bual. Tiada perbualan yang sia-sia. Semuanya didengari dengan teliti oleh bayi anda cuma mereka belum boleh memberi respon seperti yang anda mahukan.

Jadi tunggu apa lagi ibu-ibu, ayah-ayah, mari berbual dengan anak-anak kita. Moga dengan 4 cara ini, mereka boleh belajar bercakap dengan lebih cepat! 😉

 

 

 

Sumber: Deccan Chronicle, Parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tahap Perkembangan (Milestone) Bayi 0-12 Bulan Dalam Jadual

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!