5 cara mudah dan kreatif untuk ajar anak cara tulis abjad dengan berkesan, ibu wajib cuba!

lead image

Ajar anak untuk menulis abjad semudah A, B, C!

Anak prasekolah pasti pandai menyanyi lagu ABC tapi apabila tiba masa cara mengajar anak menulis abjad, tahukah ibu bapa terdapat banyak tips kreatif yang anda boleh cuba?

Selain membeli buku kerja tulisan abjad supaya anak boleh menjalani latihan, ada banyak lagi cara yang lebih interaktif dan seronok.

Oleh itu, di sini kita kongsikan cara mengajar anak menulis abjad yang mudah lagi berkesan yang diilhamkan oleh ibu blogger, Anna Geiger dari  The Measured Mom!

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Cara mengajar anak menulis abjad yang kreatif terbukti lebih seronok dan berkesan

Menurut Anna, apabila baru mengajar anak menulis abjad, ibu bapa patut mula dulu dengan aktiviti yang menyeronokkan, kemudian tingkatkan cabaran secara beransur-ansur.

Tidak semua kanak-kanak suka melakukan latihan hingga berpuluh-puluh muka surat. Jadi ikutlah langkah-langkah dibawah dan cuba cara mengajar anak menulis abjad yang kreatif ini!

Langkah 1 cara mengajar anak menulis abjad

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

  • Pilih abjad yang ingin diajar kemudian lukiskan huruf besar abjad tersebut dengan pen penanda. Untuk ibu bapa yang ada printer di rumah, anda boleh juga cari template-template free di internet kemudian printkan. 
  • Minta anak isikan abjad itu dengan objek yang bermula dengan abjad yang sama. Contohnya: A: sticker ayam, B: butang, C: coklat, dan sebagainya.

Langkah 2 cara mengajar anak menulis abjad

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Satu lagi cara mengajar anak menulis abjad yang kreatif ialah untuk menyuruh anak membentukkan abjad itu dengan menggunakan objek-objek harian.

Mula dulu dengan abjad dengan garis lurus seperti ‘A’, ‘L’ ataupun H kemudian tukar ke huruf-huruf yang lebih susah seperti ‘S’ ataupun ‘C’.

Terpulanglah kepada ibu bapa objek-objek yang anda ingin gunakan. Di bawah adalah beberapa contoh barang-barang yang sudah sedia ada di rumah:

  • penyepit
  • mi spageti yang belum dimasak
  • penyedut minuman

Untuk abjad yang bentuknya bengkang bengkok pula:

  • mi spageti yang masak
  • playdoh
  • reben
  • tali ataupun tali kasut

Langkah 3 cara mengajar anak menulis abjad

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Galakkan anak anda membentuk huruf dengan objek-objek kecil seperti butang, batu, buah saga atau bijirin. Pantau kegiatan anak dan jangan tinggalkan mereka bersendirian tanpa pengawasan untuk mengurangkan risiko tercekik.

Langkah 4 cara mengajar anak menulis abjad

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Walaupun latihan menulis dengan tangan mungkin cara mengajar anak menulis abjad yang agak boring, ini tidak bermakna ia tidak boleh dijadikan aktiviti yang seronok! 

Terdapat banyak cara lain apabila ingin menggalakkan anak untuk menulis. Selain buku latihan ibu bapa boleh menggunakan cat jari, garam, tepung ataupun pasir berwarna dalam sebuah bekas leper ataupun dulang. 

Kalau ibu bapa jenis yang chilax dan berani gunalah coklat cair Hershey’s ataupun krim yang telah dipukul. Pasti anak menjilat jari.

Langkah 5 cara mengajar anak menulis abjad

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Walaupun kebanyakkan langkah-langkah ini seronok dan berkesan, ini tidak bermakna ibu bapa patut abaikan cara mengajar anak menulis abjad yang tradisional ya? Anak masih perlu melatih cara betul untuk memegang pensil dan menulis di atas kertas. 

Klik di sini jika ingin memuat turun huruf-huruf dalam pelbagai saiz untuk membantu anak belajar menulis abjad.

Tips lain cara mengajar anak menulis abjad

cara mengajar anak menulis abjad, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

  • Ibu bapa tidak perlu mengikuti susunan abjad sebenar. Mulailah dari huruf-huruf yang senang contohnya seperti ini :  E, F, H, I, L, T, V, W, X, K, M, N, Y, A, Z, C, O, G, Q, B, D, J, P, U, R, S 
  • Apabila ingin otot tangan anak menjadi lebih kuat, kurangkan tablet dan galakkan mereka untuk melakukan aktiviti lain seperti menconteng, melukis ataupun mewarna. Ini supaya mereka boleh belajar untuk memegang pensil dengan cara yang betul lebih cepat.
  • Sediakan meja dan kerusi khusus untuk semua aktiviti penulisannya.
  • Blok abjad, mainan susun suai gambar abjad dan buku abjad, semuanya boleh membantu juga.

Ibu bapa ada tips lain cara mengajar anak menulis abjad yang seronok dan berkesan? Kongsilah bersama kami, kaedah pilihan anda dengan meninggalkan komen di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hands On Home Schooler, ParentsThe Measured Mom

Baca juga:

12 cara mudah untuk buat anak kecil anda faham matematik

12 cara mudah untuk buat anak kecil anda faham matematik