X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu

5 min bacaan
Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih DahuluUsah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu

Cara mengajar anak puasa jangan sampai memaksa mereka. Dalam Islam syarat wajib puasa ialah akil baligh, lebih baik ajarkan anak solat dahulu

Setiap ibu ayah pastinya mengimpikan anak menjadi seorang yang terbaik dan berjaya. Memasuki sahaja bulan Ramadhan ini, ramai yang mempraktikkan cara mengajar anak kecil berpuasa meskipun baru sahaja berumur 5 tahun.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara mengajar anak kecil berpuasa
  • Keperluan melatih anak menjalani ibadah puasa
  • Syarat wajib puasa ialah akil baligh
  • Kes maut melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpuasa
  • Tips untuk melatih anak berpuasa tanpa memaksa mereka

Bagi anak yang berjaya puasa sepenuh hari, mungkin anda menjanjikan ganjaran duit raya atau memberikan hadiah yang diminta oleh mereka. Namun, hal membimbangkan adalah terdapat segelintir ibu ayah memaksa anak-anak agar tidak berbuka puasa pada separuh hari biarpun mereka sudah tidak tahan lapar.

Cara mengajar anak kecil berpuasa

cara mengajar anak berpuasa

Memandangkan pada tahun ini berdepan dengan wabak Covid-19 dan pergerakan keluar rumah agak terhad, anak-anak mungkin hanya akan berada dalam kediaman sahaja.

Walau bagaimanapun, janganlah anda menggunakan alasan ini untuk mewajibkan setiap anak-anak berpuasa penuh. Cuaca panas di Malaysia akan menyebabkan keadaan tubuh badan kehilangan banyak air. Kesannya, ia boleh mengakibatkan strok haba.

Bagi anak yang sudah mencapai tahap akil baligh, memang patutlah ibu ayah bersikap lebih tegas. Bagi anak 4- 7 tahun pula, anda perlu melatih mereka perbetulkan cara solat terlebih dahulu sebelum mengajar mereka berpuasa.

Keperluan melatih anak menjalani ibadah puasa

Menurut perkongsian oleh seorang doktor, Dr. Khairul Faizie, pada 3 tahun yang lalu, beliau pernah berhadapan dengan situasi seorang pesakit kanak-kanak yang mengadu sakit perut.

Dia berusia 5 tahun berkenaan telah datang bersama dengan ibunya untuk mendapatkan rawatan.

”Budak kecil tu sudah kelihatan tidak larat untuk berpuasa. Penat ke sekolah dan ibunya tetap memaksa anak meneruskan puasa sehinggalah mengalami sakit perut melampau seperti gastrik,” jelasnya.

Dr. Khairul mengatakan bahawa beliau teringat akan pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang melatih puasa untuk anak-anak kecil iaitu:

cara mendidik anak berpuasa

#1. Kebanyakan ibu ayah bersungguh-sungguh menekankan latihan puasa kepada anak-anak kecil. Ia adalah baik untuk pendedahan awal. Cuma tidak ramai mampu menekankan latihan solat.

#2. Ramai yang bangga dan siap menceritakan pada orang lain bahawa anaknya umur 6-7 tahun berjaya puasa penuh sepanjang bulan Ramadhan. Namun, adakah anda menyuruh anak menunaikan solat? Anak puasa penuh, tapi solat 5 waktu gagal dilakukan?

#3. Di mana anda mahu memperoleh pahala puasa jika tidak menunaikan solat? Tidak salah untuk melatih mereka berpuasa, tapi amat salah jika tidak melatih anak solat. Usia 7 tahun sememangnya perlu disuruh secara perlahan. Sekiranya enggan, ibu ayah boleh menghukum mereka.

Syarat wajib puasa ialah akil baligh

Dalam mendidik anak-anak, ibu ayah sepatutnya sedar bahawa kanak-kanak yang bawah 5 tahun tidak diwajibkan berpuasa. 

”Usahlah sampai memaksa anak sekiranya mereka tidak larat. Golongan dewasa yang tidak mampu meneruskan puasa juga dibenarkan berbuka, ini kan pula anak yang baru berumur 10 tahun,” tegas Dr. Khairul.

Tambahnya lagi, anda tidak perlu berasa risau jika anak tidak puasa. Yang perlu ditekankan secara lebih adalah tentang solat 5 waktu. Datuk Seri Hassan Din juga ada berkata:

”Kalau anak kita dah terbiasa dengan solat (jaga solatnya), maka Insyaaallah dia juga akan menjaga puasanya.”

Bagi individu yang menjaga solat, amat jarang sekali dirinya tidak berpuasa. Namun bagi yang berpuasa, belum tentu dia mampu menunaikan solat dengan baik.

Kes maut melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpuasa

kesan memaksa anak berpuasa

gambar sekadar hiasan

Pada tahun 2017 yang lalu, sebuah kes yang cukup tragis tular dalam media sosial. Kejadian yang berlaku di Putrajaya melibatkan seorang kanak-kanak 7 tahun telah meninggal dunia kerana dipaksa meneruskan puasa oleh ibunya.

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan sudah meminta izin daripada ibunya untuk minum air kerana sudah tidak tahan. Namun, ibunya hanya menyuruhnya tidur dahulu sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Akibat tubuhnya yang sangat lemah dan ditambah pula dengan cuaca tidak menentu, kanak-kanak berkenaan telah ”tidur” untuk selama-lamanya.

Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa terkena strok haba kerana cecair di dalam badan sangat kurang dan haba tinggi telah naik ke bahagian kepalanya.

Tidak dinafikan bahawa malang tidak berbau. Dalam mengajar anak-anak ibu ayah perlu mengamalkan sikap toleransi berbanding autokratik. Ketahui bahawa mereka perlu dididik secara berperingkat agar tidak berasa terbeban.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Tips untuk melatih anak berpuasa tanpa memaksa mereka

#1. Jelaskan kepada anak mengenai konsep puasa

Ibu ayah hendaklah menjelaskan kepada anak-anak bahawa berpuasa tidak sekadar menahan lapar dan dahaga, malah perlu berbuat baik dengan orang tua serta adik-beradik

Bukan itu sahaja mereka juga hendaklah menunaikan solat fardhu 5 waktu setiap hari agak pahala puasa tidak berkurangan

#2. Berikan kebebasan untuk anak melakukan aktiviti

Ketika mengajar anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu membiarkan anak-nak melakukan aktiviti yang biasa dilakukan termasuk bermain dengan rakan-rakannya.

Jangan melarang mereka hanya kerana bimbang mereka akan berasa lapar. Jika terlalu banyak larangan, mereka mungkin akan salah faham tentang konsep berpuasa.

#3. Jangan mengumpan anak dengan duit

Kebanyakan ibu ayah akan berasa bangga jika anak yang masih kecil sudah boleh berpuasa penuh untuk 30 hari. Lebih menyedihkan, mereka mengumpan anak dengan memberikan duit ‘upah puasa’ sebanyak RM10 sehari.

Kesannya, anak berpuasa semata-mata ingin memperoleh duit dan bukannya niat kerana Allah.

#4. Jangan paksa dan berikan motivasi kepada anak-anak

Sebaiknya ibu ayah tidak memaksa anak untuk berpuasa penuh memandangkan mereka masih kecil. Sebagai permulaan anda boleh galakkan mereka bangun sahur bersama-sama dan puasa separuh hari mengikut kemampuan diri.

Usah memalukan anak yang tidak dapat berpuasa di hadapan rakan-rakan mereka. Anda boleh menjelaskan kepada anak kelebihan bulan Ramadhan dalam Islam dan pahala yang diperoleh sekiranya melakukan kebaikan di bulan ini.

Khairul Faizie, Kisah Dunia, mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Baca juga: 3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa

Baca juga: Anak Berpuasa Buat Kali Pertama? Cuba Resepi Sahur Berkhasiat Ini Untuk Tambah Semangat Si Cilik!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu
Kongsikan:
  • Anak Nak Berpuasa Juga? Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Mereka Berpuasa Penuh!

    Anak Nak Berpuasa Juga? Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Mereka Berpuasa Penuh!

  • 3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa

    3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Anak Nak Berpuasa Juga? Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Mereka Berpuasa Penuh!

    Anak Nak Berpuasa Juga? Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Mereka Berpuasa Penuh!

  • 3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa

    3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.