Cara Mengatasi 4 Jenis Kebimbangan Yang Sering Menghantui Semua Ibu Bapa

Ibu bapa mana yang tak pernah risau atau takut tentang sesuatu bila melibatkan anak-anak mereka? Mereka hanya inginkan yang terbaik! Tapi kerisauan dan kebimbangan itu sebenarnya boleh diatasi. Bagaimana?

Semua ibu bapa akan dihantui pelbagai kebimbangan tentang anak-anak mereka. Kadang-kadang hingga mereka tak boleh tidur!

Tinjauan yang dibuat oleh Baby Center cuba merungkai adakah kebimbangan ini perkara yang boleh mengundang bahaya pada kanak-kanak, atau ia cuma sebahagian dari DNA dalam darah semua ibu bapa?

Alfred Sacchetti, doktor wad kecemasan di Camden menjelaskan ramai ibu bapa lebih bimbang tentang perkara yang tak berkemungkinan terjadi, daripada risau tentang ancaman sebenar. Semuanya berpunca daripada paparan televisyen dan media!

Mari semak apakah antara 4 jenis kebimbangan yang sering menghantui semua ibu bapa dan cara mengatasinya.

1. Kemalangan atau kecederaan

Kebimbangan semua ibu bapa: Saya takut anak saya cedera dalam kemalangan, seperti kemalangan kereta.

Kerisauan ini tak boleh dipandang ringan. Di Amerika Syarikat, 968 kanak-kanak bawah usia 14 tahun maut dalam akibat kemalangan kereta. Hampir 40% daripada jumlah maut itu adalah kerana kanak-kanak terbabit tidak memakai tali pinggang keledar atau tidak duduk dalam tempat duduk kereta khas.

Cara mengatasi kebimbangan ini: Tanya lagi apa anda boleh buat? Ajar mereka untuk pakai tali pinggang keledar! Tambahan lagi, doktor Sacchetti menjelaskan 

Kecederaan kanak-kanak sering terjadi. Apa yang bahaya ialah kecederaan di bahagian leher hingga ke atas (kepala). Kecederaan seperti ini boleh membawa maut!

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu lebih tegas. Minta anak-anak kalian pakai helmet untuk melindungi kepala. Tak kiralah mereka ingin naik basikal, skuter atau papan luncur. 

2. Bahaya dari orang yang tak dikenali

Kebimbangan semua ibu bapa: Saya takut ada orang akan menyerang dan mencederakan anak saya.

Naluri keibubapaan yang paling asas adalah melindungi anak sendiri. Sebab itu ramai ibu bapa risau tentang hal ini. 

Tapi jangan risau lagi. Data dari Crimes Against Children Research Center (CCRC) menunjukkan kadar jenayah melibatkan kanak-kanak semakin menurun. Yang penting sekarang adalah anda ajar mereka tentang cara-cara mencegah bahaya dari orang tak dikenali!

Cara mengatasi kebimbangan ini: Kekalkan komunikasi terbuka dengan anak-anak. Biar mereka selesa untuk menceritakan sebarang perkara. Ajar tentang badan mereka, dan pelbagai perkara yang tak harus terjadi pada mereka.

Pastikan anda kenal bahaya dan tanda-tanda penderaan seksual mahupun fizikal. Kelak anda boleh kesan masalah ini sendiri, jika anak anda mengambil tindakan untuk berdiam diri!

3. Memiliki jangkaan yang terlalu tinggi

Kebimbangan semua ibu bapa: Saya takut anak saya tak dapat peluang pendidikan dan peluang lain yang secukupnya apabila dia besar.

Pamela Paul, pakar keibubapaan menjelaskan ketakutan ini adalah tindak balas daripada industri pengeluaran. Contohnya pasaran mendakwa "sesetengah permainan berpendidikan mampu mencepatkan proses tumbesaran anak-anak".

Jadi, ibu bapa menganggap anak mereka tak mencapai sesuatu pencapaian kerana tidak diberi permainan berpendidikan. Satu lagi, kebimbangan ini didorong oleh faktor ekonomi yang tak menentu kini. Memang ekonomi kita sekarang semakin goyah, tapi tak bermaksud anda perlu menekan si comel!

Cara mengatasi kebimbangan ini: Kajian mendapati adalah lebih baik anda kurang membeli sesuatu pada kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih kreatif jika barang permainan mereka lebih sedikit. 

Malah, masalah ibu bapa terlalu takut anak mereka tidak setanding anak orang lain kerana pencapaian adalah berbahaya! Kanak-kanak akan sukar membangunkan sifat berdiri atas kaki sendiri, kepintaran, imaginasi dan lain-lain. 

Jadi berhenti risau sangat, semua ibu bapa!

4. Kes buli

Kebimbangan semua ibu bapa: Saya takut anak saya tak boleh bergaul dengan masyarakat dan akan dibuli.

Kerisauan ini wajar. Lambakan kes buli yang memenuhi dada akhbar menyesakkan fikiran. Buli harus diberi perhatian yang lebih serius. 

Minne Fekkes, pakar buli menjalankan kajian untuk mengurangkan kes buli. Menurut beliau, program anti-buli mampu mengurangkan jumlah kes. Oleh itu, beliau menggesa semua sekolah menjalankan program anti-buli.

Cara mengatasi kebimbangan ini: Sekali lagi - komunikasi yang terbuka. Ibu bapa diminta untuk menegur anak yang nakal dan menggalakkan perbuatan baik. Biasanya, pembuli adalah kanak-kanak yang sudah biasa membuli atau dibuli di rumah.

Anda juga boleh mengajar anak-anak anda kemahiran melindungi diri. Ia agar mereka tak menjadi mangsa buli. Apa yang penting, sentiasa bersembang dengan mereka untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Sekarang selepas anda tahu tentang bagaimana cara mengatasi segala kebimbangan yang sering menghantui anda, saya harap anda sudi berkongsi artikel ini untuk ibu bapa lain.

Terima kasih, dan selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa yang terbaik untuk anak anda!

Sumber rujukan: Baby Center