Cara Mengatasi Alergi Pada Bayi, Ketahui Puncanya & Ini Cara Untuk Anda Tahu!

undefined

Risau hendak perkenalkan makanan baru kepada bayi kerana takut mempunyai alahan? Cara mengatasi alergi pada bayi adalah cari puncanya!

Risau hendak perkenalkan makanan baru kepada si manja kerana tidak tahu jika bayi mempunyai alahan? Cara mengatasi alergi pada bayi adalah anda perlu tahu apa puncanya terlebih dahulu. Ini cara untuk anda mengetahuinya! 

Semakin si manja membesar dan sudah mencapai tahap umur yang mereka boleh mencuba makanan-makanan baru, itu mungkin adalah salah satu saat yang paling menerujakan bagi para ibu bapa kerana mereka sudah boleh mula mencuba resepi-resepi baru untuk diperkenalkan kepada si manja. Lagi seronok jika bayi mempunyai selera yang besar!

Tetapi, ada juga ibu bapa yang risau hendak memperkenalkan makanan baru oleh sebab mereka tidak tahu jika bayi mereka mempunyai alahan. Dikhuatiri jika si manja mencuba makanan baru dan mereka mempunyai alahan, teruk pula implikasinya.

Sebelum itu, mari kita ketahui apakah antara makanan-makanan yang sering mencetuskan alahan pada bayi.

Cara Mengatasi Alergi Pada Bayi : Ketahui Punca Alahan

cara mengatasi alergi pada bayi

Sumber gambar: Washington Hospitality Association

Walaupun terdapat banyak pilihan makanan di luar sana (lebih 160, secara spesifik), sesetengah makanan mungkin boleh mencetuskan alahan yang teruk. Jadi, kami senaraikan kepada anda beberapa makanan yang mampu memberikan reaksi alahan dengan kadar melebihi 90%.

  • Susu lembu
  • Telur
  • Kekacang
  • Kekacang pokok
  • Ikan
  • Kerang (atau apa-apa makanan laut)
  • Soya
  • Gandum

Sekiranya anda bercadang hendak memberikan si manja mencuba makanan ini, teruskan saja! Mula dengan perlahan-lahan. Jangan terus suapkan bayi dengan 3 jenis makanan berlainan dalam masa sehari, malah cubalah hanya satu makanan setiap tiga ke lima hari supaya anda boleh tahu makanan apa yang memberi alahan atau tidak.

Jika anda dapati makanan yang anda berikan tidak memberi reaksi alahan, bagus! Anda boleh terus memberi si manja makan makanan tersebut.

Tetapi, bagaimana hendak tahu si manja mempunyai alahan terhadap makanan tersebut? Tidak mengapa, kami bakal kongsikan bersama anda bagaimana anda boleh mengetahui bahawa bayi anda mempunyai alahan atau tidak!

Bagaimana Hendak Mengetahui Si Manja Mempunyai Alahan?

cara mengatasi alergi pada bayi

Sumber gambar: The Bump

Jika si manja alah terhadap sesuatu makanan, ia akan menunjukkan reaksi dalam jangka masa pendek; mungkin dalam beberapa minit atau beberapa jam. Jadi, apakah reaksi alahan yang dapat dilihat pada si manja jika badan mereka tidak dapat menerima makanan tersebut?

  • Biji gatal yang kemerahan-merahan
  • Ruam merah pada muka
  • Muka, lidah dan/atau bibir yang bengkak
  • Muntah-muntah dan cirit-birit
  • Batuk-batuk dan sesak nafas
  • Pengsan

Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin boleh membawa implikasi yang lebih berat, seperti kematian, jadi jika anda dapati si manja menunjukkan simptom yang serius seperti muka yang membengkak, muntah dan cirit birit atau sesak nafas serta pengsan, maka segeralah membawa si manja ke bahagian kecemasan dan berbincang dengan pakar kanak-kanak anda selepas itu.

Cara mengatasi alergi pada bayi

cara mengatasi alergi pada bayi, alahan in english

Sumber gambar: Lil Mixins

  • Melakukan ujian pada kulit si manja

Cara mengatasi alergi pada bayi adalah anda boleh meletakkan puri (puree) makanan ke atas kulit bayi, sama ada di lipatan kulit si manja atau di belakang badan mereka. Tujuannya adalah supaya anda dapat melihat jika terdapat ruam-ruam merah yang naik pada badan si manja, menandakan bayi anda alah terhadap makanan tersebut.

  • Ujian darah

Tentulah cara ini antara cara yang paling bagus untuk anda mengetahui jika si bayi mempunyai alahan terhadap sesuatu, kerana keputusan ujian tersebut akan menunjukkan dengan tepat apakah yang mencetuskan alahan pada si manja. Cara mengatasi alergi pada bayi perlulah ketahui dengan ujian ini!

Tetapi, ingat! Walaupun bayi anda mungkin tidak menunjukkan alahan kepada sesetengah makanan atau hanya menunjukkan reaksi yang sederhana, ia masih boleh menjadi lebih teruk dengan pertambahan usia si manja.

Walau bagaimanapun, ada juga alahan makanan yang mula hilang semakin usia bayi meningkat seperti alahan pada telur dan susu, manakala makanan seperti makanan laut, kekacang dan kacang pokok akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Jika anda perasan akan reaksi alahan pada si manja anda, teruslah berbincang dengan pakar kanak-kanak anda tentang langkah seterusnya untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

All the best, parents!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Grow by WebMd

Baca juga: Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Diberi Perhatian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!