Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

lead image

Anda ada anak yang selalu takut tak? Suruh ke dapur, dia ajak teman. Suruh mandi, dia minta kita diri depan pintu. Jom tahu cara mengatasi anak penakut!

Waktu kecil, kita selalu takut pada perkara yang sebenarnya hanya dalam imaginasi kita saja. Anak kita pun sama. Dia melayan perasaan dan pemikiran sampai jadi seorang penakut. Tak bagus tu! Ibu tahu tak cara mengatasi anak penakut?

Situasi anak penakut ini tidak patut dibiarkan sahaja. Jika diabaikan dan tidak diatasi sebaik mungkin, anak kita boleh mengalami trauma dan ketakutan itu akan dibawa sehingga dia dewasa.

8 cara mengatasi anak penakut, moga membesar jadi orang dewasa yang berani!

Oleh sebab itu, kita perlu tahu cara mengatasi anak penakut. Jom tengok tip-tip terbaik di bawah ini dan amalkan di rumah.

1. Anak takut gelap

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/cara mengatasi anak penakut gelap.jpg Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

Kredit: theAsianparent Indonesia

Ya, ramai anak kecil memang takut akan gelap. Mereka tak dapat melihat dengan mudah dan berasa cemas dengan keadaan itu.

Cara menanganinya mudah sahaja. Anda hanya perlu menerangkan pada anak yang dia tidak perlu berasa takut dengan gelap. Bantu dia untuk mencari suis lampu sehingga dia boleh menyalakan lampu sendiri pada bila-bila masa tanpa rasa takut.

Untuk menggalakkan anak tidur dalam bilik sendiri, biarkan dia tidur dengan lampu menyala hingga dia berjaya menghilangkan rasa takutnya.

Anda juga boleh memasang bintang-bintang atau hiasan glow-in-the-dark pada dinding bilik. Ia akan menyala dalam gelap. Anak mesti suka!

2. Takut monster/hantu 

Ketakutan ini juga berpunca daripada khayalan dan imaginasi si kecil yang berlebihan. Dia selalu berasa takut untuk tidur bersendirian kerana dalam fikirannya, ada hantu di balik pintu atau bawah katil.

Sebagai cara mengatasi anak penakut hantu, jangan biarkannya menonton filem seram. Dan, jika dia rasa takut, jangan memperlekehkan rasa itu.

Sebelum tidur, ajak dia lihat bawah katil bersama-sama. Buktikan padanya yang tiada apa di situ. Ajar juga doa-doa pembenteng diri. Pasti hilang rasa takut!

3. Anak takut mimpi buruk

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/cara mengatasi anak penakut mimpi buruk.jpg Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

Kredit: theAsianparent Indonesia

Selalunya, anak rasa takut untuk tidur sendiri kerana mungkin dia pernah mimpi buruk. Dia masih belum boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi.

Tenangkan anak anda selepas dia mimpi buruk, jangan memarahinya. Jika dia ingin tidur dengan anda, izinkannya. Menyanyi, belai tubuh dan rambutnya hingga dia tenang dan boleh lena kembali.

4. Takut hujan

Tidak semua anak suka bermain hujan, ada kalanya anak-anak takut dengan hujan. Terutama jika kilat dan guruh berdentum di langit.

Jika anak merasa takut dengan perkara ini, ajar si kecil untuk membaca doa keselamatan sesuai mengikut kepercayaan agama masing-masing. Dan yakinkan anak yang guruh dan kilat adalah benda semulajadi yang biasa ketika hujan.

Beritahunya yang selagi dia berlindung di dalam rumah atau kereta, dia akan selamat.

5. Anak takut berpisah dengan ibu ayah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/cara mengatasi anak penakut jauh ibu ayah.jpg Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

Kredit: theAsianparent Indonesia

Anak anda takut nak berjauhan dengan anda dan pasangan? Memang susah kalau begini. Macam mana dia nak pergi taska atau sekolah nanti?

Cara mengatasi anak penakut adalah dengan ingatkan diri untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak ketika anda nak keluar. Jangan sembunyi-sembunyi keluar dari rumah. Ia hanya akan menambah ketakutan anak.

Rutin perpisahan dengan mengucap selamat tinggal akan beri keyakinan pada anak yang anda akan pulang kembali ke rumah. Lambat-laun, dia pasti dapat faham dan hilang rasa takut untuk berpisah.

6. Takut sendirian

Selain takut ditinggalkan, anak kita juga mungkin takut untuk bersendirian. Kita nak masuk bilik air pun dia nak ikut. Sampai begitu sekali penakutnya.

Untuk menghilangkan rasa takut ini, anda perlu cuba melatihnya dari awal. Misalnya, suruh dia duduk di ruang tamu dan anda pula di dapur.

Ajak dia bersembang sehingga dia tahu yang ibunya sentiasa ada dekat walaupun dia tidak nampak anda. Ulang latihan ini sehingga dia benar-benar tidak takut lagi untuk ditinggalkan bersendirian.

7. Takut topeng, kostum dan maskot (contohnya badut)

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/cara mengatasi anak penakut badut.jpg Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

Kredit: Youtube.com

Bila anak kecil melihat maskot berkostum, mereka selalunya merasakan yang benda itu adalah raksasa sebenar. Ini membuatkan anak kita berasa takut. Sebab itulah, jangan paksa anak untuk tangkap gambar dengan maskot jika ia membuatnya takut.

Bantu atasi ketakutan tersebut dengan memujuknya dan terangkan bahawa maskot itu tidak berbahaya. Selain itu, galakkan dia melihat maskot yang digemarinya. Mungkin dia suka Boboiboy atau Upin Ipin.

Dengan membiasakan si kecil dengan maskot kegemarannya, rasa takut terhadap maskot akan semakin berkurangan.

8. Anak takut doktor

Biasanya, anak takut dengan doktor kerana dia fikir yang dia akan disuntik dan suntik itu sakit. Sebab itulah kunjungan ke doktor selalu berakhir dengan drama anak yang meragam dan meraung tak mahu bertemu doktor.

Untuk mengatasinya, anda boleh membacakan buku cerita atau biarkan dia bermain dengan toy kegemaran sambil menunggu giliran.

Duduk dekat dengan anak waktu dia diperiksa dan disuntik oleh doktor. Setelah semuanya selesai, berikan pujian kerana telah menjadi seorang anak yang berani!

Galakkan anak kita untuk atasi rasa takut yang ada dalam diri

Diharapkan perkongsian di atas telah memberi manfaat dan sedikit jalan penyelesaian tentang cara mengatasi anak penakut.

Jom cuba dan semoga ia dapat mengubah si kecil anda menjadi seorang yang kuat semangat dan berani!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia, Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 Makanan Yang Boleh Anda Beri Pada Si Kecil Untuk IQ Mereka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!