Pelakon Hollywod, Drew Barrymore kongsi 5 tips bijak tangani anak tantrum
Mudah saja bila nak tangani anak yang selalu tantrum. Apapun, mummy daddy haruslah tahu trik untuk anak cepat reda dari tantrum. Jom kita teliti tips yang dikongsi oleh Drew Barrymore ini. Mana tahu anda boleh praktis pada anak nanti, kan?
Pelakon popular Hollywood Drew Barrymore baru-baru ini telah berkongsi cara mengatasi anak tantrum yang sangat berkesan. Ini kerana dia selalu mengalaminya sendiri dalam menjaga dua anaknya.
Menurutnya, sebelum anak mula tunjuk perangai sama ada di khalayak ramai atau tidak, ibu dan ayah perlu lebih peka dan seterusnya anak tak jadi nak mengamuk.
Sambil anda baca cara mengatasi anak tantrum ini, jom lihat juga gambar anak-anak perempuan Drew Barrymore. Wajah mereka persis kecantikan ibunya. Comel, kan?
Drew Barrymore berkongsi cara mengatasi anak tantrum dengan bijak
Menurut pelakon cantik ini, cara mengatasi anak tantrum boleh dimulakan dengan ini:
“Pertamanya, ketika anak tantrum, anda jangan ikut sama mengamuk. Tapi tarik nafas, bertenang dan senyum.
“Anak kecil ini suka bermain dengan buih sabun dan mengejar buih-buih yang berterbangan di udara.
Siapa tahu ini merupakan cara mengatasi anak tantrum yang terbaik dan saya selalu melakukannya,” katanya.
5 cara mengatasi anak tantrum, tips hebat dari Drew Barrymore
Benar, cara mengatasi anak tantrum tidak mudah kerana setiap anak mempunyai sikap dan perangai yang berbeza-beza. Jika cara ini berkesan untuk kanak-kanak A, tak semestinya ia boleh dilakukan pada kanak-kanak B.
Namun, sebelum tangani anak tantrum, ibu dan ayah perlu tambah ilmu keibubapaan ini supaya tak sukar untuk tangani sikap anak yang selalu mengamuk.
Dengan tips ini anak juga tak mengamuk dalam masa yang terlalu lama hingga pening ibu ayah nak redakan ketika mereka sedang mengamuk.
Di sini ada beberapa cara mengatasi anak tantrum yang berguna:
1. Ketahui punca kenapa anak mengamuk?
Pertama ada perlu tahu kenapa anak tantrum kerana ia berlaku bersebab. Jika anda tahu punca anak tantrum, pasti mudah untuk tangani.
2. Bertenang
Ketika menghadapi anak tantrum, anda perlu bertenang dan jangan marah anak.
Bila tangani dengan cara ini, fikiran anda dalam fasa yang lebih baik. Jika sebaliknya, anak tantrum akan jadi lebih parah.
3. Berkomunikasi secara berhemah
Cara mengatasi anak tantrum boleh juga dilakukan dengan berkomunikasi secara berhemah. Tanya pada anak apa yang dia inginkan hingga dia memberontak.
Biasanya, anak ada masalah komunikasi dan sukar untuk beritahu apa yang mereka mahu. Kemudian, bila kehendak tak dipenuhi, mereka mula tunjuk perasaan dengan tantrum. Jadi, anda perlu bertanya apa yang mereka nak.
Sebab itu penting, anda perlu ajar anak bercakap berterus terang. Ini merupakan salah satu cara mengatasi anak tantrum yang berkesan.
Beritahu mereka menjerit dan mengamuk adalah tindakan yang kurang baik. Selepas itu,pasti mereka beransur-ansur pulih dari tantrum.
4. Dapatkan anak rehat yang cukup
Apabila anak dapat rehat yang cukup, pasti mereka tak akan mengamuk. Bila cukup tidur dan perut kenyang, anak jarang tantrum.
Kemudian sediakan makanan kegemaran anak dan pastikan si kecil tidur dalam waktu yang betul. Jika tengah bermain, rehatkan anak seketika atau tidurkannya. Dengan cara ini, mood anak sentiasa dalam keadaan baik
5. Cari perhatian anak
Selain itu, cara mengatasi anak tantrum juga boleh dilakukan dengan cara mencari perhatian anak dengan beri si kecil permainan yang disukai.
Ini yang dilakukan Drew Barrymore dalam menangani anak tantrum tiap kali anaknya mengamuk.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat, jangan lupa kongsi di laman Facebook anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Live Journal
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtiada-siapa-beritahu-tantrum-anak-buat-perangai