5 Tips Atasi Masalah Miss V Sering Basah - Ada Tahu Apa Puncanya?

lead image

Jika faraj sering basah dan lembap, ia buat kita rasa tak selesa untuk melakukan aktiviti harian. Ketahui cara mengatasi faraj berair untuk keselesaan anda.

Adakah faraj anda sering lembap dan berair? Bila perkara ini berlaku, memang tak selesa dibuatnya, kan? Sebab itu, jom ketahui apa punca dan cara mengatasi faraj berair ini.

3 punca mengapa Miss V anda sering basah

1. Ovulasi atau sedang subur

Ketika sedang subur, faraj akan jadi lebih basah dari biasa. Keadaan ini berlaku kerana banyak cairan yang keluar dari faraj. Jika anda merancang untuk hamil, waktu ini adalah waktu yang tepat untuk berhubungan intim.

Tapi, jika anda belum mahukan anak, lendir serviks yang keluar semasa ovulasi ini berfungsi sebagai pencegah kehamilan semula jadi.

2. Terangsang

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/02/menghitung waktu subur wanita 1.jpg 5 Tips Atasi Masalah Miss V Sering Basah   Ada Tahu Apa Puncanya?

Untuk lelaki, jika mereka terangsang, zakar mereka akan tegang. Manakala untuk wanita pula, cairan yang keluar lebih banyak adalah tanda anda sedang terangsang.

Cairan yang keluar ini menjadi peluncir untuk memudahkan penetrasi dan mencegah rasa sakit ketika anda berhubungan intim.

3. Keputihan

Faraj basah juga boleh terjadi kerana keputihan. Walaupun ramai wanita yang tak suka dengan keadaan ini, tapi sebenarnya keputihan berfungsi sebagai pembersih faraj dan melindungi anda dari jangkitan.

Keputihan yang normal biasanya hanya akan mengeluarkan cecair. Tapi, jika faraj anda basah dan disertai rasa gatal dan sakit, segera berjumpa doktor.

Punca faraj mudah berpeluh

src=https://id 5 Tips Atasi Masalah Miss V Sering Basah   Ada Tahu Apa Puncanya?

Peluh adalah mekanisme semula jadi unntuk menyejukkan badan anda ketika suhu badan meningkat kerana bersenam, cuaca panas atau ketika anda memakai pakaian terlalu tebal.

Bahagian badan yang tertutup seperti ketiak, faraj, lipatan paha dan bawah payudara cenderung untuk berpeluh lebih banyak dari bahagian lain.

Kawasan faraj mempunyai kelenjar peluh yang banyak dan penuh dengan bakteria. Kerana ini, faraj anda sangat mudah berpeluh.

5 cara mengatasi faraj berair

Jika anda tak selesa dengan faraj yang sering basah, anda boleh ikuti cara mengatasi faraj berair ini:

1. Pakai seluar dalam serap peluh

Kerana kawasan kemaluan sering tertutup dan berada di celah paha, ia buatkannya mudah berpeluh.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memakai seluar dalam cotton atau yang menggunakan bahan serap peluh untuk memberikan faraj anda ruang untuk bernafas.

2. Elak memakai pakaian ketat

src=https://id 5 Tips Atasi Masalah Miss V Sering Basah   Ada Tahu Apa Puncanya?

Walaupun anda dah pakai seluar dalam serap peluh, tapi jika anda memakai seluar yang terlalu ketat dan menghalang pengaliran udara, ia tetap akan membuatkan faraj berpeluh dan berair.

Jadi, pakai seluar yang longgar untuk membenarkan pengaliran udara pada kawasan kemaluan dan mengurangkan gesekan pada bahagian tersebut.

3. Sering tukar seluar dalam

Salah satu cara mengatasi faraj berair adalah dengan sering menukar seluar dalam supaya anda tak memakai seluar dalam yang basah terlalu lama.

Jika anda biarkan seluar dalam dalam keadaan basah, ia boleh menyebabkan bakteria berkembang dan anda boleh mendapat jangkitan.

4. Mencukur

src=https://id 5 Tips Atasi Masalah Miss V Sering Basah   Ada Tahu Apa Puncanya?

Bulu kemaluan berfungsi untuk mengurangkan gesekan pakaian ke kawasan faraj serta berfungsi sebagai “bantal” semasa melakukan hubungan intim.

Tapi, bulu kemaluan juga boleh menahan kelembapan faraj dengan lebih lama dan boleh menjadi sarang bakteria yang menyebabkan faraj berbau.

Jika anda mengalami masalah faraj berair, biasanya pakar ginekologi akan menyarankan anda untuk mencukur bulu faraj.

5. Elak guna pantyliner

Fungsi pantyliner adalah untuk menampung hari-hari terakhir haid anda yang tinggal sedikit.

Tapi, jika faraj anda berair, anda tak disarankan untuk memakai pantyliner kerana ia boleh menyebabkan suhu pada kawasan tersebut meningkat dan menyebabkan peluh.

Faraj berair bukan perkara yang membimbangkan. Ini adalah perkara biasa dialami oleh wanita. Ia boleh diatasi dengan cara mengatasi farah berair di atas.

Tapi, jika faraj anda berair dan disertai dengan rasa gatal dan sakit, segera berjumpa dengan doktor untuk diperiksa.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!