Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur

lead image

Ramai ibu menyusu berpendapat penyusuan bayi adalah sebab utama payudara kendur tetapi sebenarnya, perubahan kepada payudara bermula apabila ibu mengandung.

Hadiah paling indah seorang ibukepada anak adalah untuk menyusukan mereka. Disamping memberi khasiat dan nutrisi yang terbaik, ia juga boleh menjalin hubungan dan ikatan istimewa antara ibu dan anak.

Tetapi ramai ibu menyusu yang menyalahkan penyusuan bayi sebagai punca utama mengapa payudara mereka kendur.  Sebenarnya anggapan ini tidak tepat, dan perubahan kepada payudara bermula semasa ibu sedang mengandung.

Saiz payudara mereka akan membesar dalam persediaan untuk menghasilkan susu badan. Rasa berat ini akan memberi tekanan tambahan kepada ligamen dalam payu dara dan menyebabkan payudara kendur dan terjatuh.

Nasib baik terdapat beberapa cara penyelesaian bukan pembedahan yang boleh membantu mencegah kendur dan memastikan payudara anda kembali tegang apabila anak berhenti menyusu.

Pakailah bra dengan sokongan yang baik

payudara kendur

Sumber gambar : MAMAWAY Malaysia

Kaedah pencegahan yang paling berkesan adalah untuk memakai bra yang berkualiti sepanjang masa, terutamanya semasa hamil. 

Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tentang saiz dan berat payudara anda kecuali untuk memastikan mereka sentiasa disokong untuk mengurangkan regangan pada ligamen.

Di samping itu, pastikan anda memakai bra dengan saiz yang betul dan yang boleh menawarkan sokongan secukupnya. Pilihlah bra dengan tali yang lebih luas dan jika anda kurang pasti lagi, minta pertolongan profesional untuk mendapatkan ukuran bra yang betul. 

Postur penyusuan yang baik

payudara kendur

Sumber gambar: Lelong.com.my

Gunakan bantal khas untuk ibu menyusu, supaya bantal itu boleh memberi sokongan dan menaikkan bayi ke paras payudara anda.

Elakkan dari bersandar ke depan atau membengkokkan badan apabila menyusukan bayi. Dengan memperbaiki postur dan kedudukan badan semasa menyusukan anak, ini akan membantu mencegah payudara kendur.

Buatlah senaman ringan untuk mengatasi masalah payudara kendur

payudara kendur

Mula dengan senaman ringgan seperti berjalan, berjoging, berenang ataupun yoga. Bersenam boleh mengurangkan berat badan selepas hamil dan membantu membina otot yang lebih kuat. 

Walaupun lemak, kelenjar, ligamen dan kulit payudara tidak boleh diperketatkan melalui senaman, otot-otot di bawah payudara anda, yang dipanggil pectorals, boleh diperkukuhkan.
 
Senaman seperti tekan tubi, serta senaman-senaman lain yang boleh membina otot-otot ini, tidak akan menjejaskan bentuk payudara anda. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan payudara anda nampak lebih tegang.

Makan makanan yang seimbang

Dengan mengawal berat badan anda, anda boleh mengelak dari kerosakan lanjut pada tisu payudara yang disebabkan oleh turun naik berat badan yang terlampau banyak.

Bagi ibu-ibu yang kurus, langkah menambahkan berat badan dengan kaedah sihat boleh membantu untuk mengisi kulit longgar dengan lemak. Sesungguhnya ia tidak akan membaiki ligamen dalam payudara, tetapi ia boleh menampakkan payudara yang lebih penuh.  

Akan tetapi kalau ibu tersebut sedang berusaha untuk kurus semula, janganlah telampau kurus dengan terlalu cepat. Turunkan berat badan anda secara beransur-ansur supaya tidak menjejaskan penghasilan susu badan.

Cara ini juga akan memberikan sedikit masa agar kulit yang telah diregangkan akibat hamil dan penyusuan boleh kembali ke asal.

Akhir sekali, selain dari pemakanan yang seimbang, jangan lupa untuk minum air yang banyak setiap hari untuk menggalakkan keanjalan kulit.

Kadar kulit mengecut kembali ke asal bergantung kepada saiz badan ibu, berapa lama ibu itu telah bersaiz demikian, umur dan juga genetik ibu tersebut. Jadi tidak semestinya setiap kes payudara kendur boleh berjaya kembali ke keadaan asalnya

 

Sumber: Mommy Edition, Live Strong.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner