Benarkah Jantina Bayi Boleh Dikesan Melalui Degupan Jantung Bayi Semasa Dalam Kandungan?

Saat paling dinantikan oleh ibu ayah semasa wanita hamil tentunya mengetahui jantina anak!

Walaupun dunia semakin maju dengan perkembangan teknologi, namun hakikatnya mitos dan tips karut masih lagi digunapakai oleh masyarakat. Contohnya jantina bayi boleh dikesan melalui ciri fizikal ibu semasa hamil, atau ritma degupan jantung janin di dalam rahim ibu.

Boleh percaya ke?

Degupan Jantung Janin Boleh Kesan Jantina Bayi?

cara mengetahui jantina bayi, cara mengetahui jantina anak cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan, mengetahui jantina bayi, mitos jantina bayi, acara periksa jantina bayi dalam kandungan, ciri ciri mengandung anak perempuan, kalkulator jantina bayi, denyutan jantung bayi lelaki dalam kandungan

Serig dikatakan bahawa jika degupan jantung janin lebih tinggi dari 140 per minit menandakan anda hamil bayi perempuan, dan degupan di bawah itu bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

Hakikatnya, tiada kajian yang membuktikan bahawa degupan jantung merupakan salah satu cara mengetahui jantina bayi ya! Jantung bayi mula berdegup pada usia kehamilan memasuki 8 minggu dan perkara ini boleh diketahui melalui pemeriksaan ultrasound oleh doktor.

Degupan jantung pada awalnya adalah pada ritma 90 hingga 110 bpm, dan akan meningkat setiap hari sehingga sekitar 140-170 walau apa pun jenis jantina bayi. Kemudian degupan jantung akan turun semula ke 120-160 per minit.

Keadaan ini akan berubah pada setiap kali pemeriksaan, bergantung kepada usia kehamilan dan aktiviti bayi di dalam rahim anda.

cara mengetahui jantina bayi, cara mengetahui jantina anak cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan, mengetahui jantina bayi, mitos jantina bayi, acara periksa jantina bayi dalam kandungan, ciri ciri mengandung anak perempuan, kalkulator jantina bayi, denyutan jantung bayi lelaki dalam kandungan

Ya, memang bayi perempuan memiliki degupan jantung yang lebih cepat berbanding lelaki, namun hal ini berlaku hanya selepas bayi dilahirkan. Ini membuktikan yang semasa di dalam kandungan, kepantasan degupan jantung dipengaruhi oleh usia kandungan, bukannya jantina bayi!

Sebagai ibu bapa pastinya kita tidak sabar mengetahui jantina bayi kan? Jantina bayi sememangnya sudah terbentuk saat terjadinya pembuahan, malah sebelum anda mendapati diri hamil.

Alat kelamin bayi masih belum terbentuk namun ini berdasarkan pembawaan kromosom X atau Y yang dibawa.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dengan Tepat

cara mengetahui jantina bayi, cara mengetahui jantina anak cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan, mengetahui jantina bayi, mitos jantina bayi, acara periksa jantina bayi dalam kandungan, ciri ciri mengandung anak perempuan, kalkulator jantina bayi, denyutan jantung bayi lelaki dalam kandungan

Berikut merupakan beberapa cara mengetahui jantina bayi:

#1 Ujian Darah

Tujuan utama ujian sebenarnya bukan untuk mengetahui jantina bayi, sebaliknya untuk mengesan sebarang keadaan genetik yang tidak normal pada bayi. Namun ini merupakan ujian paling tepat bagi mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Penting untuk anda tahu yang ujian ini tidak disarankan kepada wanita yang hamil kembar, hamil dengan sperma penderma atau yang menerima pemindahan tulang sum sum.

#2 Pemeriksaan Genetik

Selain ujian darah, doktor mungkin juga akan memberi pilihan melakukan amniocentesis atau chorionic villi sampling (CVS). Ujian ini juga boleh mengesan abnomaliti pada bayi dalam kandungan sekaligus mengetahui jantina bayi.

Ujian ini lebih tepat namun lebih berisiko menyebabkan keguguran kerana ujian ini dilakukan pada usia kehamilan 10 hingga 13 minggu.

Oleh kerana ujian ini membawa  risiko untuk bayi, maka tidak disarankan untuk ibu hamil dengan keadaan berikut melakukan ujian ini:

  • Telah melakukan ujian darah dan menunjukkan hasil positif
  • Memiliki keadaan kromosom tertentu
  • Hamil di atas usia 35 tahun
  • Sejarah genetik tertentu dalam keluarga

#3 Ultrasound

Ultrasound merupakan cara mengetahui jantina bayi paling popular bagi kebanyakkan pasangan, yang dilakukan pada usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Dalam pemeriksaan ini juga doktor akan memeriksa setiap keseluruhan tubuh bayi dalam kandungan.

Melalui ultrasound, kita dapat melihat perkembangan bayi, keadaan tubuh dan jumlah air ketuban serta keadaan uri di dalam rahim. Dengan posisi bayi yang betul, jantina bayi juga dapat dilihat dengan baik.

Jadi ibu ayah sudah tahu jantina bayi anda?

Minggu berapa sesuai untuk saya scan jantina bayi?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Tepatkah Imbasan Ultrasound Dalam Menentukan Jantina Bayi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!