Bagaimana cara mengetahui kehamilan 1 minggu? Anda kena lihat 6 tanda ini

lead image

Bagaimana cara mengetahui kehamilan 1 minggu? Ini mungkin soalan ramai bakal ibu-ibu baru di luar sana. Jom, kami kongsikan tanda-tandanya.

Keterujaan untuk menimang cahaya mata memang seronok, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali bakal menjadi ibu. Tapi, kadang-kadang serba salah untuk buat pemeriksaan di klinik kerana takut terlalu awal. Jadi bagaimana cara mengetahui kehamilan 1 minggu?

Tanda-tanda kehamilan 1 minggu secara amnya memang sudah diketahui oleh ramai wanita, bukan. Jom kita lihat adakah ia sama dengan apa yang anda tahu.

6 cara mengetahui kehamilan 1 minggu

Untuk cara mengetahui kehamilan 1 minggu, anda perlu melihat tanda-tanda hamil yang akan terjadi. Mari kita lihat, beberapa tanda-tanda hamil pada bakal ibu yang mengesahkan cara mengetahui kehamilan 1 minggu:

Tanda hamil #1 Tidak datang haid

src=http://www.radianthealthmag.com/wp content/themes/radiant/timthumb.php?src=http://www.radianthealthmag.com/wp content/uploads/2014/04/Amenorrhea.jpg&h=331&w=661&zc=1&a=C Bagaimana cara mengetahui kehamilan 1 minggu? Anda kena lihat 6 tanda ini

Terutamanya bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, haid lambat adalah antara beberapa petanda yang mungkin menunjukkan anda hamil.

Tetapi, bagi wanita yang mempunyai haid tidak teratur, anda mungkin harus melihat tanda lain juga.

Tanda hamil #2 Payudara menjadi terlalu sensitif

Salah satu tanda awal kehamilan dan cara mengetahui kehamilan 1 minggu ialah apabila anda merasa payudara terutamanya di sekitar puting menjadi lebih sensitif.

Adakala hingga hendak memakai baju dalam juga harus berhati-hati kerana ia terlalu sakit. Bukan sahaja itu, payudara juga seakan lebih besar kerana bengkak dan tegang.

Itu merupakan cara mengetahui kehamilan 1 minggu yang jarang salah!

Tanda hamil #3 Mual atau ‘morning sickness’

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/cara ketahui kehamilan 1 minggu 2.jpg Bagaimana cara mengetahui kehamilan 1 minggu? Anda kena lihat 6 tanda ini

Ini antara satu tanda yang paling seksa sekali bagi bakal ibu. Salah satu cara mengetahui kehamilan 1 minggu yang selalu terbukti tepat adalah apabila anda kerap ras mual-mual ingin muntah.

Mual-mual atau ‘morning sickness‘ sebenarnya bukanlah berlaku di waktu pagi sahaja, malah ia boleh berlaku sepanjang hari. Ia selalunya berlarutan sepanjang trimester pertama dan ia sangat memenatkan!

Para suami, bantu isteri anda. Sekiranya mereka kerap muntah, mereka mungkin berisiko kurang air. Pastikan anda mengingatkan isteri untuk kekal hidrat dan makan 14 bahan ini.

Tanda hamil #4 Lesu dan cepat penat

Salah satu cara mengetahui kehamilan 1 minggu adalah dengan melihat kadar kecergasan badan anda. Jika anda tiba-tiba asyik cepat letih sekarang, ehem…

Perubahan hormon dan fizikal ketika hamil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memang sangat memenatkan. Ini kerana badan bekerja untuk menyesuaikan diri.

Janganlah mengata isteri anda malas sekiranya dia sering berehat atau tertidur. Dia sendiri tidak dapat melawan rasa lesu yang dialaminya. Badannya bakal melalui perubahan yang besar, berikannya sokongan.

Tanda hamil #5 Pendarahan atau ‘spotting’

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/cara mengetahui kehamilan 1 minggu 1.jpg Bagaimana cara mengetahui kehamilan 1 minggu? Anda kena lihat 6 tanda ini

Ada wanita yang akan tiba-tiba mengalami pendarahan sedikit atau ‘spotting‘. Spotting ini menunjukkan terjadinya ‘implantation bleeding‘ atau pendarahan implantasi.

Pendarahan ini adalah kesan daripada proses penanaman telur di dalam rahim. Pendarahan ringan ini kadang kala disertai dengan rasa kejang di bahagian perut.

Tanda hamil #6 Perut berangin dan rasa tidak sedap

Bakal ibu mungkin akan kerap rasa kembung atau tidak sedap perut. Dan ini memang normal di minggu pertama. Perut tidak selesa pada ibu hamil juga boleh membawa kepada masalah sembelit.

Jadi untuk mengelakkaan masalah ini, makanan makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti sayuran hijau dan kurangkan makanan yang pedas.

Semoga perkongsian kami tentang cara mengetahui kehamilan 1 minggu ini berguna untuk anda. Jangan lupa untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan doktor juga ya? Jaga diri dan kandungan anda 🙂

 

 

 

 

Sumber : Dedaun

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!