11 cara untuk buat suami lebih bahagia & gembira (mungkin ada anda tak buat lagi)

Para isteri, jom semak 11 cara menggembirakan suami ini. Mana tahu ada yang anda terlepas dan lupa untuk buat. Kebahagiaan suami keutamaan kita :)
11 cara menggembirakan suami anda
Selepas ada anak, kita selalu mendahulukan anak-anak berbanding pasangan. Tapi dalam menjaga anak, janganlah kita lupa untuk menjaga rumah tangga kita juga. Sebenarnya, cara menggembirakan suami mudah saja.
Apabila mereka gembira, tak adalah mereka akan buat perangai hingga asyik tengok telefon, mahupun asyik keluar lepak malam.
Cuba semak, adakah anda sebagai isteri ada melakukan 11 perkara ini pada suami? Kalau ada, baguslah. Cukup kasih sayang suami anda itu 😛
Cara menggembirakan suami #1 Berdoa untuknya

Kredit: Faith Matters
Jangan pernah mengambil mudah dengan kuasa doa. Dalam hidup yang penuh pancaroba ini, semua isteri haruslah mendoakan suami masing-masing.
Suami anda mungkin menghadapi kesukaran dalam sesetengah hal. Apa yang dia perlu adalah doa dari anda, isterinya.Â
Cara menggembirakan suami #2 Hormati suami
Salah satu cara menggembirakan suami yang paling senang adalah dengan menghormati dirinya.
Apabila anda hormat suami, suami akan lebih bersifat gentleman dan ingin melindungi anda.
Percayalah, walaupun ada ketikanya si isteri mungkin sukar untuk menghormati keputusan suami, tapi saat itu, suami anda sebenarnya hanya ingin melindungi anda dan anak-anak.
Cara menggembirakan suami #3 Tunjuk yang anda bangga dengan suami
Kredit: Care.com
Cakap tentang suami apabila dia tiada di rumah. Puji kelebihan suami di hadapan anak, kawan dan keluarganya. Jangan pula anda merendah-rendah dan menghina suami.
Benda kecil seperti memuji suami yang bersabar dengan anda pun sebenarnya cukup untuk membuatkan suami anda gembira dan rasa dihargai.
Cara menggembirakan suami #4 Sokong hobi suami
Tunjuklah sedikit minat pada hobi suami. Contohnya kalau suami suka bermain bola, pergi lihat permainannya atau benarkan dia menonton World Cup tanpa diganggu.
Dengar segala perbualan tentang hobinya itu walaupun anda tidak faham.Â
Cara menggembirakan suami #5 Beritahu yang dia seksi

Kredit: rakGhana.com
Sama seperti anda yang memerlukan penghargaan dari segi pujian, begitu juga suamimu. Katakan padanya yang dia kelihatan sungguh seksi dengan senyuman dan matanya itu.
Pasti terngiang-ngiang pujian anda itu di telinganya satu hari!
Cara menggembirakan suami #6 Beri dia masa me-time juga
Selepas 8 jam bekerja (atau lebih), pasti suami anda juga memerlukkan sedikit masa untuk berehat dan bertenang.
Biarkan dia mengambil masa me-time juga.
Cara menggembirakan suami #7 Ucap terima kasih apabila suami membantu

Kredit: footage.framepool.com
Luahkan ucapan terima kasih apabila suami cuba membantu di rumah. Apabila anda memuji usahanya itu, dia akan rasa dihargai.
Jadi, dia pasti akan mahu menolong anda lagi untuk mendapatkan rasa penghargaan tersebut.Â
Walaupun bukan selalu suami nak tolong buat kerja rumah, tapi anda janganlah kedekut nak cakap terima kasih, ya!
Cara menggembirakan suami #8 Cium dirinya setiap hari
Cara menggembirakan suami yang paling senang dan tidak mengeluarkan duit adalah dengan menciumnya setiap hari!Â
Cium di tempat yang biasa saja pun cukup. 30 saat. Cium dengan penuh ghairah atau cium yang penuh kasih sayang. Pasti suami akan merindui anda lepas dia pergi kerja!
Cara menggembirakan suami #9 Tunjuk pada anak yang anda menyayangi bapa mereka

Kredit: LinkedIn
Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang suami apabila anak-anaknya turut menghargai dirinya.
Anak-anak akan melihat perbuatan anda setiap hari. Tunjukkan pada mereka betapa anda menghargai suami anda itu.
Cara menambat hati suami #10 Buat benda kecil yang dia suka
Apabila kita menyayangi seseorang, kita tahu apa cara menggembirakan suami itu. Contohnya seperti kita boleh memasak makanan kegemaran suami.
Ataupun kita tahu pasukan bola mana yang dia suka, jadi kita boleh rakam rakaman permainan bola yang dia terlepas dan sebagainya.
Benda-benda kecil ini membuatkan suami lebih gembira kerana dia tahu anda amat menyayangi dirinya.
Cara bagi suami gembira #11 Cakap yang anda bangga dengan suami
Sebagai seorang lelaki, mereka dididik untuk tidak menunjukkan emosi. Tapi mereka sebenarnya sungguh sensitif.
Amat penting untuk anda memberitahu atau menunjukkan pada suami yang anda bangga dengan dirinya. Itulah cara menggembirakan suami!
Apa yang penting adalah kalian sama-sama berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina 😉
Kalau sudah cukup semua benda ini anda beri pada suami, cuba tag suami tanya – bahagia tak dia? Hehe!
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/8-tanda-suami-fikir-tentang-isteri/