Bila anak batuk terutama berkahak kita juga ikut jadi tak selesakan? Rasa kasihan pun ada bila melihat anak kecil terutama bayi bernafas dalam keadaan tak selesa. Jadi bagaimana cara menghilangkan kahak bayi anda?
Sedangkan kita yang dewasa ini pun bila batuk sakit pada abdomen, apatah lagi bayi kecil yang menghadapi masalah batuk ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara menghilangkan kahak bayi
- 5 cara hilangkan kahak bayi dengan mudah dan berkesan
- Mencegah bayi daripada batuk, selesema
Batuk dengan selesema ini pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil.
Cara menghilangkan kahak bayi

Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.
Tentu saja kita sebagai ibu bapa risau kan? Sebab mereka bukannya pandai untuk keluarkan kahak sendiri.
Sampai satu peringkat memang sangguplah kita ni sebagai ibu bapa sedut hingus pada hidung anak-anak sebab risau keadaan tersebut akan membuatkan anak kita tu tidak selesa untuk bernafas dan lemas.
Bila sedut tu, banyak keluar, lega rasanyakan? Jadi bagaimana caranya untuk menghilangkan kahak bayi anda?
5 cara hilangkan kahak bayi dengan mudah dan berkesan
Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan dan mengeluarkan kahak bayi dan anak kecil. Antaranya termasuklah:
#1. Mandikan anak anda dengan air suam
Memandikan anak yang batuk atau selesema dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka. Air suam yang menimbulkan wap akan membantu melapangkan pernafasan anak yang batuk atau selesema.
#2. Keluarkan kahak selepas mandi air suam
Selepas mandi air suam, cuba buatkan anak mengeluarkan kahak ketika ini kerana kahak agak cair pada waktu itu. Jadi agak mudah sedikit untuk anda membantu anak mengeluarkan kahaknya.
#3. Sedut secara manual
Gunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi. Jangan sedut gunakan mulut terus ke hidung anak kerana bakteria daripada mulut anda juga boleh membawa jangkitan kepada anak.
Selain itu, hingus anak dikhuatiri membawa virus pula kepada anda.
#4. Wapkan anak

Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar.
Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
#5. Tepuk-tepuk belakang anak (cupping)
Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.
Ini akan membantu melonggarkan rongga pernafasan untuk memudahkan kahak keluar.
Mencegah bayi daripada batuk, selesema

Ada beberapa pencegahan yang boleh diambil ibu bapa bagi mengelakkan anak daripada diserang batu atau menghidap selesema Antaranya termasuklah:
1. Petua hilangkan kahak bayi: Pastikan rumah bersih
Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih
2. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran dalam rumah
Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.
3. Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
Kurangkan penggunaan pendingin hawa di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.
4. Udara segar dalam rumah
Tak salah untuk anda tanam indoor plant. Tetapi lebih mudah jika anda berkemampuan boleh beli penapis udara. Banyak kegunaanya.
Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.
5. Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk
Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Bayi Batuk Berkahak, Buat Tepukan Percussion & Beri Susu Badan Antara Tips BERKESAN!
Baca juga: Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam
Baca juga: Nafas Bayi Berbunyi Kahak Kroh-Kroh, Bila Ibu Perlu Risau?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!