Malu Suami Tegur Dagu Berlapis, Ini Bahan Semula Jadi & Senaman Yang Boleh Atasinya!

lead image

Malu dagu berlapis? Ha..tak perlu lagi risau sebab kami ada jalan penyelesaian terbaik buat anda!

Bagi kaum wanita, memiliki dagu berlapis atau double chin tentunya sangat mengganggu hingga membuatkan diri rasa tidak cantik, gemuk dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah cara menghilangkan lemak leher ini? 

Informasi ini diambil dari laman Healthline, di mana dagu berlapis ini juga dikenali dengan nama lemak submental iaitu keadaan yang selalu terjadi di bawah area dagu. 

Selain itu, lemak dagu ini sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi tidak semua orang yang memiliki dagu berlapis ini berada dalam kategori obesiti.

Punca lemak leher atau double chin 

cara menghilangkan lemak leher, cara hilangkan lemak leher, lemak leher, double chin, langkah menghilangkan lemak leher, cara hilangkan double chin, lemak dagu, cara hilangkan dagu berlapis, cara hilangkan lemak dagu

Kredit: Media Family

Walaupun obesiti adalah salah satu punca lemak leher, namun beberapa faktor ini juga turut menyebabkan ia terjadi:

  • Umur – Apabila bertambahnya usia, maka ia boleh menyebabkan kulit kendur hingga menampakkan dagu berlapis. 
  • Genetik – Mereka yang memiliki sejarah keluarga dagu berlapis berisiko untuk mengalaminya.
  • Penambahan berat badan – Lemak dapat menyebabkan kulit meregang dan hilang elastisasi. 
  • Penuaan – Apabila bertambah usia, kolagen kulit semakin lemah sekaligus menyebabkan kulit mengendur dan dagu dilihat berlapis. 

4 cara menghilangkan lemak leher 

#1. Cara menghilangkan lemak leher – Putih telur 

Bahan-bahan: 

  • 1 biji telur putih
  • 1 sudu susu tepung 
  • 1 sudu madu 
  • 1 sudu jus lemon 

Langkah demi langkah:

  • Pecahkan telur dan ambil bahagian putih sahaja. 
  • Kacau telur dengan susu, madu dan jus lemon
  • Sapu semua campuran tadi di seluruh rahang dan leher 
  • Biarkan selama 30 minit dan cuci bersih. Lakukan ini setiap hari. 

#2. Cara menghilangkan lemak leher – teh hijau 

Bahan-bahan:

  • 1 sudu teh hijau 
  • 1 gelas air panas 
  • Madu 

Langkah demi langkah: 

  • Masukkan satu sudu teh hijau ke dalam secawan air panas
  • Biarkan selama 5 ke 10 minit. 
  • Campur dengan madu dalam teh hijau tadi dan minum
  • Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk hasil terbaik. 

#3. Cara menghilangkan lemak leher – minyak zaitun

Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun 

Langkah demi langkah:

  • Ambil minyak zaitun dan panaskan sedikit
  • Sapu dengan lembut di bahagian rahang dan leher.
  • Biarkan semalaman dalam satu ke dua jam sebelum dibilas. 
  • Lakukan ini sekali setiap hari. 

3 cara menghilangkan lemak leher dengan senaman 

cara menghilangkan lemak leher, cara hilangkan lemak leher, lemak leher, double chin, langkah menghilangkan lemak leher, cara hilangkan double chin, lemak dagu, cara hilangkan dagu berlapis, cara hilangkan lemak dagu

Kredit: Laser looks

Walaupun tiada bukti yang menyokong senaman dagu ini boleh singkirkan lemak leher, akan tetapi tiada salahnya jika anda mencuba aktiviti ini. Latihan ini boleh dilakukan 10 hingga 15 kali sehari. 

Luruskan rahang 

  • Tolehkan kepala anda ke belakang dan pandang ke atas. 
  • Mendorong rahang bawah ke hadapan bagi merasai regangan di bawah dagu.
  • Pegang rahang selama 10 minit. Relakskan rahang dan kembali ke posisi asal. 

Latihan bola 

  • Ambil bola berukuran 9 hingga 10 inci di dan letak di bawah dagu.
  • Tekan dagu ke bawah ke arah bola tersebut.
  • Ulangi 25 kali sehari.

Senaman rahang bawah

  • Pusingkan kepala anda ke kanan. 
  • Gesel rahang bawah ke hadapan.
  • Tahan selama 5 ke 10 minit. 
  • Ulangi proses ini dengan sebelah kiri pula. 

Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook theAsianparent Malaysia.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Beautyinsider.sg 

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

6 Kebaikan Mandi Air Sejuk Untuk Kesihatan Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!