Malu Ditegur Dagu Berlapis, Ini Bahan Semula Jadi & Senaman Yang Boleh Atasinya!

undefined

Malu dagu berlapis? Jangan risau, anda boleh lakukan 5 cara ini, antaranya hanya urutkan dengan minyak zaitun! Ya semudah itu tapi perlulah konsisten.

Bagi kaum wanita, memiliki dagu berlapis atau double chin tentunya sangat mengganggu hingga membuatkan diri rasa tidak cantik, gemuk dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah cara menghilangkan lemak leher atau double chin ini? 

Informasi ini diambil dari laman Healthline, di mana dagu berlapis ini juga dikenali dengan nama lemak submental iaitu keadaan yang selalu terjadi di bawah bahagian dagu. 

Selain itu, lemak leher ini sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi tidak semua orang yang memiliki dagu berlapis ini berada dalam kategori obesiti.

Punca dagu berlapis

dagu, dagu berlapis, lemak dagu

Foto: Pesona Pengantin

Walaupun obesiti adalah salah satu punca lemak leher, namun beberapa faktor ini juga turut menyebabkan ia terjadi:

  • Umur – Apabila bertambahnya usia, maka ia boleh menyebabkan kulit kendur hingga menampakkan dagu berlapis. 
  • Genetik – Mereka yang memiliki sejarah keluarga dagu berlapis berisiko untuk mengalaminya.
  • Penambahan berat badan – Lemak dapat menyebabkan kulit meregang dan hilang elastisasi. 
  • Penuaan – Apabila bertambah usia, kolagen kulit semakin lemah sekaligus menyebabkan kulit mengendur dan terjadinya dilihat berlapis. 

3 cara menghilangkan lemak dagu

#1. Gunakan putih telur

Bahan-bahan: 

  • 1 biji telur putih
  • 1 sudu susu tepung 
  • 1 sudu madu 
  • 1 sudu jus lemon 

Langkah demi langkah:

  • Pecahkan telur dan ambil bahagian putih sahaja
  • Kacau telur dengan susu, madu dan jus lemon
  • Sapu semua campuran tadi di seluruh rahang dan leher dengan urutan menegang
  • Biarkan selama 30 minit dan cuci bersih. Lakukan ini setiap hari

#2. Teh hijau untuk hilangkan dagu berlapis

Bahan-bahan:

  • 1 sudu teh hijau 
  • 1 gelas air panas 
  • Madu 

Langkah demi langkah: 

  • Masukkan satu sudu teh hijau ke dalam secawan air panas
  • Biarkan selama 5 ke 10 minit
  • Campur dengan madu dalam teh hijau tadi dan minum
  • Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk hasil terbaik

#3. Minyak zaitun disapu pada bawah dagu

dagu, dagu berlapis, lemak dagu

Foto: Nona

Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun 

Langkah demi langkah:

  • Ambil minyak zaitun dan panaskan sedikit
  • Sapu dengan lembut di bahagian rahang dan leher
  • Biarkan semalaman dalam satu ke dua jam sebelum dibilas
  • Lakukan langkah ini sekali setiap hari

4 cara menghilangkan lemak dagu dengan senaman 

Walaupun tiada bukti yang menyokong senaman dagu ini boleh singkirkan lemak leher, akan tetapi tiada salahnya jika anda mencuba aktiviti ini. Latihan ini boleh dilakukan 10 hingga 15 kali sehari. 

Luruskan rahang 

  • Tolehkan kepala anda ke belakang dan pandang ke atas. 
  • Mendorong rahang bawah ke hadapan bagi merasai regangan di bawah dagu.
  • Pegang rahang selama 10 minit. Relakskan rahang dan kembali ke posisi asal. 

Latihan bola 

  • Ambil bola berukuran 9 hingga 10 inci di dan letak di bawah dagu.
  • Tekan dagu ke bawah ke arah bola tersebut.
  • Ulangi 25 kali sehari.

Senaman rahang bawah

  • Pusingkan kepala anda ke kanan. 
  • Gesel rahang bawah ke hadapan.
  • Tahan selama 5 ke 10 minit. 
  • Ulangi proses ini dengan sebelah kiri pula

Urutan

dagu, dagu berlapis, lemak dagu

Foto: Mingguan Wanita

Urut bawah dagu dengan menggunakan belakang tapak tangan. Anda juga boleh gunakan minyak urut atau arometerapi. Urut dengan pergerakan dari belakang dagu ke hadapan dengan pantas. Ulang beberapa kali dalam 10 minit, ia boleh membantu menengangkan kulit. 

Jaga pemakanan 

Pemakanan aat penting apabila anda mencecah usia 30-an. Pengambilan makanan berlemak akan sentiasa memberi efek kepada fizikal badan. Malah ia juga tidak elok untuk kesihatan. Stamina anda juga akan berkurangan apabila anda sering mengambil makanan tinggi lemak seperti makanan segera, bergoreng dan makanan manis. 

Apabila anda ‘eat clean’ dan melakukan senaman, secara tidak langsung badan dan wajah akan tampil langsing! Kesemuanya mengenai keseimbangan. Anda tidak boleh lakukan senaman sahaja dan langsung tak menjaga pemakanan begitu juga sebaliknya. Ayuh ibu-ibu anda mampu hilangkan dagu berlapis itu!

Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook theAsianparent Malaysia.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Beautyinsider.sg 

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 5 Cara Hilangkan Lemak Di perut 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!