10 cara mudah menghilangkan sakit belakang lepas bersalin

lead image

Sakit belakang selepas bersalin sering menyerang para ibu. Ada ke cara menghilangkan sakit belakang ini? Ada! Mari cuba 10 tips berikut.

Selepas bersalin, ibu terbuka untuk mengalami beberapa kesakitan. Contohnya seperti sukar nak buang air besar, bentan, sakit belakang, sakit pinggang dan sebagainya. Sakit belakang yang paling seksa!

Ada ke cara menghilangkan sakit belakang yang mudah? 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Alan M. Levine, profesor klinikal pembedahan ortopedik di University of Maryland, terdapat 10 tips dan cara menghilangkan sakit belakang dalam kalangan ibu baharu.

Antaranya seperti berikut:

Cara menghilangkan sakit belakang: 10 tips mudah

1 – Bersenam

cara menghilangkan sakit belakang, cara hilangkan sakit belakang, sakit belakang, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang lepas bersalin

Mulakan senaman selepas bersalin bagi memulihkan abdomen dan otot belakang. Anda boleh mula dengan 10 minit senaman regangan di atas lantai.

Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu sebelum memulakan sebarang senaman. Bagi ibu yang bersalin pembedahan, disarankan untuk memulakan senaman selepas enam minggu bersalin, dengan konsultasi daripada doktor.

2 – Kembalikan kelangsingan badan

Ya, ibu baru bersalin memang tidak digalakkan untuk berdiet. Namun, ini bukan tentang ‘diet’ yang anda fikirkan.

Bagi cara menghilangkan sakit belakang selepas bersalin, cuba untuk dapatkan semula berat normal anda seperti sebelum hamil dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi.

3 – Cara mengambil bayi

cara menghilangkan sakit belakang, cara hilangkan sakit belakang, sakit belakang, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang lepas bersalin

Elak daripada meregangkan lengan semasa ingin mengambil bayi.

Sebaliknya, anda boleh cuba membawa bayi dekat dengan dada anda sebelum mengangkatnya. Elakkan juga daripada memusingkan tubuh anda.

4 – Semasa menunduk untuk mengangkat bayi

Jika anda ingin mengangkat bayi anda dari lantai, bengkokkan lutut anda dahulu, dan bukannya dengan membengkokkan pingang.

Cangkung dahulu dan dekatkan otot perut anda serta angkat menggunakan kekuatan otot kaki anda.

5 – Masa makan bayi

cara menghilangkan sakit belakang, cara hilangkan sakit belakang, sakit belakang, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang lepas bersalin

Jika anda ingin mengangkat bayi anda keluar daripada kerusi makannya atau meletakkan bayi di dalam kerusi makan, tanggalkan atau ketepikan dahulu dulang atau meja pada kerusi makan bayi.

6 – Waktu di buaian atau katil

Semasa ingin mengangkat bayi dari buaian ataupun katil bayi, elakkan daripada mengangkat si manja. Sebaliknya, tarik bayi anda mendekati anda sebelum mendukungnya.

7 – Anduh bayi

cara menghilangkan sakit belakang, cara hilangkan sakit belakang, sakit belakang, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang lepas bersalin

Jika anda ingin memakai pengendong ataupun anduh bayi, pasangkan anduh di hadapan badan anda. Bukannya mengendong dengan cara meletakkan anduh bayi di belakang badan.

8 – Posisi dukung

Selalunya kita akan lihat ibu-ibu gemar mendukung bayi mereka dengan meletakkan di bahagian pinggul.

Jika anda mengikut cara ini, anda akan hanya menyebabkan bebanan di bahagian otot belakang badan anda. Jadi, tukar posisi mengendong bayi anda.

9 – Penyusuan

cara menghilangkan sakit belakang, cara hilangkan sakit belakang, sakit belakang, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang lepas bersalin

Posisi penyusuan yang salah turut menjadi punca ibu mendapat sakit belakang. Bagi mengelakkannya, bawa bayi anda ke arah payudara semasa sesi penyusuan.

Elakkan daripada badan anda membongkok ke arah bayi. Anda juga boleh menggunakan kerusi tegak semasa proses penyusuan berbanding memilih sofa lembut.

10 – Pilihan kenderaan

Kenderaan juga memainkan peranan dalam mengelakkan sakit belakang badan. Lebih baik jika anda menggunakan kereta empat pintu berbanding kereta dua pintu.

Hal ini adalah supaya anda mudah meletakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan bayi. Semasa ingin meletakkan bayi, pastikan anda memasukkan badan anda ke dalam kereta dan dengan menggunakan otot lengan, anda dudukkan bayi anda di dalam kerusi.

Elakkan daripada melutut di bahagian tempat duduk belakang kemudian meletakkan bayi pada kerusi keselamatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

sistem sokongan ibu bapa bekerja, support system, ibu bapa yang bekerja, rapat dengan anak-anak, tips untuk ibu bapa bekerja

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin