Akibat nak bayi tidur cepat, ramai ibu TERSALAH bancuh susu anak seperti ini!

lead image

Sekarang ini ramai sangat ibu bapa yang cepat 'terpengaruh' dengan tips yang salah hingga tak sedar ia menguncang bahaya pada anak

Membesar dalam komuniti orang Asia, pasti ramai ibu muda pernah terdengar cara menidurkan bayi dengan letak bijirin seperti Nestum dalam botol susu

Baik atuk, nenek, ibu, ayah atau saudara sekalipun, semua kata perkara yang sama. 

“Eh, Milah anak engkau susah tidur kan? Cuba bancuh susu dia dengan Nestum. Mesti dia tidur lena”.

“Anak kau itu lapar Tina, tak cukup susu tambah saja bijirin dalam botol susu dia!” 

Dengar saja orang kata macam ini, mulalah kita pun terikut-ikut. 

Lebih mengejutkan, ada kajian kata makanan pejal boleh diberi pada bayi tiga bulan. Hal ini membantu si kecil tidur lebih tenang dan tak ganggu tidur malam parents. 

Tapi patutkah ibu bapa mengikut kajian yang macam ‘tak betul’ ini? Adakah ia selaras dengan kehidupan sebenar si cilik itu?

Jom kita analisis dengan lebih terperinci tentang cara menidukan bayi ini. 

Cara menidurkan bayi: letak Nestum dalam botol susu?

cara menidurkan bayi, tips tidurkan bayi, cara tidurkan bayi, letak bijirin dalam botol susu, letak nestum dalam botol susu, cara tidurkan bayi dengan cepat, cara bayi tidur lama, cara bayi tidur lena, cara bayi tidur nyenyak, tips anak tidur, tips mudah tidurkan anak

Kredit: modern.com

Menurut JAMA Pediatrics, memberi makanan pejal pada bayi seawal enam bulan beri kelebihan pada ibu dan bayi. Malah kajian telah dibuat pada 1,303 bayi tiga bulan dan dibahagikan pada dua kumpulan.  

Keputusan kajian menunjukkan:

  • Bayi tidur lebih lama jika minum susu dibancuh Nestum atau bijirin lain
  • Bayi tidak kerap bangun malam 
  • Bayi kurang masalah tidur berbanding si kecil yang menyusu secara eksklusif selama enam bulan

Apa pandangan anda terhadap keputusan kajian ini? Adakah ia benar-benar selamat dan relevan? 

Cara menidurkan bayi dengan tambah Nestum, ini risiko yang mungkin dialami 

cara menidurkan bayi, tips tidurkan bayi, cara tidurkan bayi, letak bijirin dalam botol susu, letak nestum dalam botol susu, cara tidurkan bayi dengan cepat, cara bayi tidur lama, cara bayi tidur lena, cara bayi tidur nyenyak, tips anak tidur, tips mudah tidurkan anak

Adakah cara menidurkan bayi dengan letak bijirin dalam botol susu boleh diguna pakai? Jom kita lihat apa implikasi yang mungkin boleh berlaku. 

  • Kemungkinan risiko alahan/alergi 
  • Masalah obesiti 
  • Ketidakselesaan usus dan perut akibat sistem pencernaan tidak matang 
  • Pengurangan susu ibu dan formula akibat terlalu kenyang 
  • Mengurangkan pengeluaran susu ibu 
  • Ganggu pencernaan susu ibu dan susu formula
  • Risiko tercekik dan mengakibatkan kematian 

Cara menidurkan bayi dengan kaedah ini adalah SALAH. Malah kebanyakan pakar pediatrik turut tidak bersetuju jika bijirin diletakkan dalam botol susu semata-mata nak mudahkan anak tidur. 

Apatah lagi perkenalkan makanan pejal terlalu awal sedangkan pencernaan mereka belum bersedia. 

Letak Nestum dalam botol susu adalah cara menidurkan bayi yang SALAH 

 

cara menidurkan bayi, tips tidurkan bayi, cara tidurkan bayi, letak bijirin dalam botol susu, letak nestum dalam botol susu, cara tidurkan bayi dengan cepat, cara bayi tidur lama, cara bayi tidur lena, cara bayi tidur nyenyak, tips anak tidur, tips mudah tidurkan anak

Kredit: Red News Wire

Oleh itu, ibu bapa seharusnya tidak melulu ikut cara menidurkan bayi yang salah ini. 

Adakah anda pasti bayi sudah pandai menghisap dan menelan makanan pejal sedangkan usia mereka terlalu awal untuk diberi makanan? 

Seterusnya kalau anda potong lubang susu lagi besar, adakah si kecil itu tahu mengawalnya nanti? 

Ini adalah ciri-ciri paling mustahak anda perlu tahu sebelum perkenalkan anak dengan makanan pejal. 

Lain-lain cara menidurkan bayi 

  • Mewujudkan rutin tidur yang sekata setiap hari 
  • Membuat persekitaran tidur yang selamat, selesa dan nyaman. 
  • Dendangkan lagu berentak perlahan 
  • Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW supaya si kecil terbuai 
  • Menepuk halus punggung bayi sambil bermain-main rambut si kecil itu 

Dengan itu, ibu bapa harus lebih bijak menentukan apa yang baik dan tidak pada anak. Letakkan kesihatan dan keselamatan anak sebagai yang UTAMA dalam rutin kehidupan seharian. 

Semoga artikel ini memberi anda informasi yang berguna. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Rosanna Chio. Artikel ini mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga

5 jenis muzik yang akan buat bayi anda tidur semudah ABC!