7 Cara Meningkatkan Kesuburan Bagi Suami Isteri, Tak Salah Kalau Cuba!

Masalah kehamilan boleh dikawal dengan beberapa tips ini. Jangan pernah give up untuk tahu cara meningkatkan kesuburan suami isteri ya!

Kesuburan antara kedua pasangan suami isteri adalah penting dalam usaha untuk mendapatkan zuriat dan demi perkembangan keturunan. Bukan sahaja wanita, malahan pihak lelaki juga mesti menjaga kesuburan diri agar mereka dapat menimang cahaya mata. Hari ini, ayuh kita semak apa cara meningkatkan kesuburan dan tips kesuburan penting yang anda perlu tahu.

5 Cara Meningkatkan Kesuburan, Tips Berguna Untuk Suami Isteri

1. Melakukan hubungan seks secara konsisten

cara meningkatkan kesuburan

Melakukan hubungan seks secara konsisten, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dapat meningkatkan kesuburan.

Kadangkala, pasangan anda, si isteri, tidak mengira masa subur mereka dengan tepat. Maka, jika anda melakukan aktiviti seks bersama dengan pasangan anda sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan kebetulan melakukannya semasa proses ovulasi, peluang kehamilan adalah lebih tinggi.

Jika pasangan anda dapat mengira waktu suburnya dengan tepat, berusahalah untuk melakukan aktiviti seks bersama pasangan anda sekali sehari untuk meningkatkan peluang persenyawaan.

Meskipun kualiti dan kuantiti air mani dan sperma boleh menurun setiap kali kita melakukan hubungan seks, ia sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah bagi lelaki yang sihat.

2. Mengekalkan berat badan ideal

Lelaki yang obese lebih cenderung untuk mempunyai jumlah sperma yang kurang.

Manakala, perempuan yang mempunyai berat badan berlebihan atau terlalu ringan pula boleh mengganggu proses ovulasi dan mengganggu hormon pembiakan wanita.

Maka, untuk menambah kesuburan, anda perlu mencapai berat badan yang ideal dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Tips kesuburan #3. Mengambil diet harian secara sihat

cara meningkatkan kesuburan wanita

Sumber gambar : ScienceDaily

Selain itu, anda juga perlu mengamalkan pemakanan sihat yang kurang kolestrol.

Anda juga perlu mengurangkan pengambilan lemak tepu. Ini adalah kerana lemak tepu boleh menganggu penghasilan estrogen. Kurangkan juga pengambilan makanan yang diproses.

Sebaiknya, pengambilan serat adalah amat baik untuk penghasilan hormon estrogen. Antara contoh serat yang baik ialah bijirin, kacang, sayur-sayuran, buah-buahan dan oat.

Selain itu, ambil juga Vitamin E. Ia boleh meransang pengeluaran telur (ovum). Contoh makanan yang kaya dengan vitamin E ialah brokoli, ikan berminyak dan kuning telur.

Asid Folik dan vitamin A juga penting untuk kesihatan janin. Manakala zink pula dapat menguatkan kepala sperma untuk menembusi ovum bagi proses persenyawaan.

4. Pengurusan stress yang bijak

Untuk menambah kesuburan diri, anda juga perlu belajar cara menguruskan stress dengan baik agar dapat mempengaruhi emosi dan kesihatan dalaman kita.

Stress yang melampau boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Malah, keinginan untuk bersama pasangan juga akan menjadi hambar!

Untuk mengawal kadar stress dalam diri, amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5. Jangan merokok dan meminum arak

tips kesuburan

Tahukah anda yang alkohol boleh mengurangkan kesuburan dan meningkatkan risiko untuk keguguran?

Merokok juga boleh meningkatkan risiko keguguran dan menyebabkan wanita tidak dapat menghasilkan telur. Malah, asap rokok juga boleh meningkatkan risiko keguguran. Maka jauhi dua perkara ini ya!

Cuba 5 tip mudah dan praktikal di atas dan semoga rezeki cahaya mata akan menjadi milik anda serta pasangan!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!