Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!

lead image

Rupa-rupanya, cara menyimpan daging yang kita selalu buat selama ini salah! Patutlah daging cepat busuk dan tidak segar. Ini cara simpanan yang betul.

Cara menyimpan daging yang salah punca daging cepat busuk

Dengan ketibaan Hari Raya Haji, sudah semestinya ada parents yang dapat daging korban, kan? Tapi, tahukah anda kita sebenarnya telah mengamalkan cara menyimpan daging yang salah?

Sebab itu daging cepat busuk. Berikut antara teguran yang ditulis oleh seorang doktor haiwan tentang bagaimana cara menyimpan daging yang betul agar daging kekal segar.

Kalau anda tahu cara menyimpan daging yang betul, tak mustahil daging itu boleh bertahan sampai setahun!

Cara menyimpan daging dengan betul

AssalamualaikumPara pemirsaMohon dilihat fotonya dan dibaca dulu Sebelum dibagikan…Menjawab pertanyaan di bawah…

Posted by Drh Supriyanto on Tuesday, 14 August 2018

Pasti anda pernah dengar tips yang mengatakan anda tidak perlu mencuci daging kerana takut bakteria tersebar, kan? Cara tersebut sebenarnya salah!

Dr. Supriyanto dari Komuniti Kehaiwanan dan Perikanan Dinas Pertanian Yogyakarta, Indonesia menjelaskan, ini antara cara menyimpan daging yang betul. 

Apa yang kita amalkan sebelum ini sebenarnya salah.

1. Anda KENA cuci daging dengan bersih sebelum disimpan

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/08/cara menyimpan daging 2.jpg Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!

Ramai yang mengatakan jika daging dicuci dengan air, kuman boleh masuk ke dalam pori dan membuatkan daging cepat busuk. Salah atau betul?

Jawapannya: SALAH! Daging tidak berpori, ia terdiri daripada otot-otot. Daging cepat busuk kerana jumlah bakteria yang terhasil sebelum disimpan.

Jumlah bakteria boleh meningkat dan menempel pada daging kerana cara perlakuan terhadap daging salah, malah kerana suhu yang disimpan mampu mengembangkan kuman.

Jadi, anda perlu mencuci daging dengan bersih sebelum disimpan.

2. Potong daging kecil-kecil hanya menambah bakteria

Banyak ibu yang mengamalkan cara menyimpan daging dengan dipotong kecil, kemudian dimasukkan dalam plastik. 

Selepas itu, daging tidak terus disimpan dalam freezer, sebaliknya diletakkan dalam peti ais selama 4 jam dulu. Adakah ia betul?

Jawapannya: Cara menyimpan daging ini juga salah! Ia kerana pemotongan daging kecil-kecilan hanya akan meningkatkan jumlah kuman pada daging. 

3. Potong daging ikut portion masak dan terus simpan dalam freezer

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/08/daging kurban.jpg Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!

Ini merupakan cara menyimpan daging yang betul. Anda perlu terus memasukkan daging ke dalam freezer untuk sesi pembekuan. 

Suhu yang dingin boleh menghambat kuman yang ingin berkembang. Jadi, daging lebih boleh tahan lama. 

4. Bersihkan daging sebelum disimpan

Kalau daging kotor, atau kawasan kotor tersebut terlalu besar, ia harus dihiris dan dibuang sebelum disimpan. 

Jangan lupa selepas dibersihkan, anda perlu membungkus dan memasukkan daging tersebut ke dalam freezer.

5. Perhati suhu freezer anda

Kalau anda mahu daging yang masih segar, perhati suhu freezer anda. Suhu yang dingin boleh membunuh bakteria.

Suhu minimal yang disarankan pakar ialah minus 18°C.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

JANGAN bagi anak tembikai atau buah dari peti sejuk, mereka boleh keracunan makanan!