Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul Agar Kekal Lama & Bersih Untuk Bayi

Cara penyimpanan susu ibu yang betul penting untuk memastikan kebersihan & kesegaran susu kerana susu yang rosak atau tercemar boleh membahayakan bayi anda!

Cara penyimpanan susu ibu hendaklah dilakukan dengan betul, supaya ia tidak rosak dan selamat untuk diminum oleh bayi anda. Susu yang diberi terus dari payudara ibu memang lebih baik.

Walau bagaimanapun, ada di antara ibu-ibu yang terpaksa bekerja dan tidak mempunyai kelonggaran untuk menjadi suri rumah. Satu lagi contoh keadaan terdesak ialah apabila ibu terpaksa menjalani pembedahan. Ibu itu tidak akan dapat menyusu bayinya selama beberapa hari.

Oleh itu, ia adalah penting untuk ibu-ibu mengetahui tentang cara penyimpanan susu ibu yang betul untuk memastikan ia fresh sebelum diberikan kepada bayi anda. Jom ikut tips berguna yang kami sediakan di bawah ini:

Cara Penyimpanan Susu Ibu

#1. Cari bekas yang sesuai

cara simpan susu badan, cara penyimpanan susu badan, cara menyimpan susu ibu, penjagaan susu ibu

Bekas yang baik untuk menyimpan susu ibu adalah bekas yang diperbuat dari kaca atau plastik yang kedap udara seperti botol susu yang dapat ditutup dengan ketat, atau beg khas untuk susu ibu.

Jangan guna beg plastik lain yang bukan khas untuk susu ibu kerana ia berisiko untuk pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk.

#2. Guna bekas yang bersih

Bersihkan botol atau bekas susu dengan air dan sabun. Kemudian bilas dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin steriliser sebelum menyediakan susu seperti biasa.

Jika botol itu tidak digunakan, biarkan ia kering secara semulajadi. Pastikan ibu bapa membeli botol bebas BPA kerana botol jenis ini selamat dan tahan suhu panas.

cara simpan susu badan, cara penyimpanan susu badan, cara menyimpan susu ibu, penjagaan susu ibu

#3. Tips berguna penting

  • Susu yang telah dipam keluar mesti dimasukkan dalam peti sejuk. Ia hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik selama 4 jam, manakala di dalam cooler bag pula selama 7-8 jam (ikut berapa banyak ice pack di dalam).
  • Labelkan tarikh dan masa supaya mudah diingat dan disusun.
  • Cara penyimpanan susu ibu yang baik ialah dengan membahagikannya mengikut jumlah susu yang diambil oleh anak supaya tidak membazir susu yang tidak habiskan.
  • Susu yang tidak habis perlu dibuang dan tidak boleh bila disimpan kembali.
  • Jangan campur susu baru dengan baki susu ibu yang telah dipanaskan sebelum ini.
  • Jangan isi susu sehingga terlalu penuh. Biarakan ruang kosong kira-kira 2.5 cm dari atas.

#4. Suhu dan tempoh penyimpanan susu ibu

Jika ibu mengamalkan cara menyimpan susu ibu yang tepat, ia boleh bertahan selama 6 – 8 jam pada suhu bilik kurang dari 25°C. Selepas itu, susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk. Apabila disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4°C, susu ibu boleh disimpan selama 5 hari. Susu ibu yang disejukkan dalam cooler dengan pek ais boleh bertahan selama 24 jam.

Susu ibu yang telah dipam keluar juga boleh dibekukan terus jika peti sejuk di pejabat mempunyai peti ais. Apabila dibeku pada suhu -15°C, susu ibu boleh disimpan selama 3-4 bulan.

Ibu-ibu yang berjaya untuk menghasilkan bekalan susu yang banyak bolehlah melabur sedikit wang untuk membeli peti penyejuk beku khas untuk susu ibu. Apabila dibekukan pada susu – 18°C, susu ibu boleh disimpan selama 6 bulan.

Risiko Penyimpanan Susu Yang Salah

Cara simpan susu badan yang salah akan menyebabkan kehilangan nutrien susu tersebut malah ia akan memberi kesan kepada bayi. Berikut merupakan cara penyimpanan susu badan yang memberi kemudaratan buat bayi yang perlu anda elak supaya susu ibu kekal segar:

#1. Elakkan perubahan suhu yang mendadak

Selepas pam susu, biarkan terlebih dahulu susu pada suhu bilik. Kemudian sejukkan di peti ais bawah dan baru bekukan. Atau untuk panaskan susu, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia cair atau rendam dalam air paip pada suhu biasa. Pastikan susu betul-betul cair kemudian rendamkan dalam air suam. Jangan terlalu panas yaa.

Susu akan hilang khasiatnya jika dipanaskan terus dalam air mendidih atau perubahan susu yang mendadak. Jadi ibu perlu elak daripada melakukan perkara ini.

#2. Elakkan menggoncang susu ibu

Setelah panaskan susu, jangan goncangkan anda hanya perlu alirkan perlahan susu dan terbalikkan botol ke atas ke bawah sehingga sebati.

Susu ibu akan rosak jika digoncang, molekul protein dalam susu ibu akan hilang. Protein dalam susu ibu perlu dijaga untuk memelihara usus dan perut bayi.

#3. Buang susu yang rosak

Jangan simpan baki susu yang tidak habis atau susu ibu yang lebih 1 jam dipanaskan atau dibiarkan lebih 4 jam dalam suhu bilik.  Susu tersebut perlu dibuang ia boleh menyebabkan bayi kembung perut akibat minum susu yang telah rosak. 

#4. Elak campur susu pada suhu berbeza

Susu yang dipam pada hari yang sama tetapi masa berbeza boleh dicampurkan. Syaratnya suhu perlu sama. Jika anda gunakan single pam, sejukkan dulu susu dalam botol pam sesi 1. Bila pam sesi kedua biasanya lepas 3 jam. Botol kedua sudah sejuk. Ketika itu suhu adalah sama jadi ia boleh dicampurkan. Atau jika anda gunakan double pam, anda boleh campurkan susu dalam 1 botol yang sama dan boleh sejukkan dalam peti ais. Suhu sama ialah pada suhu bilik. Penjagaan susu ibu adalah sangat penting, ya!

#5. Elakkan dari campur susu ibu dengan benda lain

Sebolehnya khaskan 1 rak peti ais untuk letakkan susu ibu sahaja. Pastikan suhu peti ais stabil untuk susu tahan lebih lama. Jika bahan basah seperti ayam, ikan, udang di simpan di bahagian sejuk beku pastikan anda simpan dalam bekas yang tertutup dan kedap bau supaya bau bahan mentah tidak meresap ke dalam susu ibu. Ia boleh menyebabkan bayi tidak suka untuk minum susu yang ada bau lain atau rasa lain. 

Cara Menyediakan Susu Ibu Yang Telah Sejuk

cara simpan susu badan, cara penyimpanan susu badan, cara menyimpan susu ibu, penjagaan susu ibu

Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, cara terbaik untuk memanaskannya ialah dengan merendam botol atau beg susu ke dalam mangkuk/cawan berisi air panas. Jika susu tidak habis diguna, jangan guna ia semula selepas tempoh 24 jam.

Jangan panaskan susu ibu dengan microwave!

Ini adalah cara paling basic untuk penjagaan susu ibu.

Cara Menyediakan Susu Ibu Yang Beku

  • Nyahsejuk beku susu ibu di dalam peti sejuk selama 4 jam kemudian siram (masih dalam keadaan tertutup) dengan air sejuk yang mengalir.
  • Cairkan susu ibu dengan air suam dari paip sehingga ia cair sepenuhnya. Jangan cairkan susu beku dengan meletakkannya pada suhu bilik.
  • Selepas susu cair, rendamkan botol atau beg susu ke dalam mangkuk atau bekas yang mempunyai air panas.

Cara Perah Susu Ibu

Memerah susu ibu ialah apabila anda mengeluarkan susu dari payudara anda. Anda mungkin ingin memerah susu ibu kerana payudara anda terasa bengkak atau kerana anda ingin menyimpan susu ibu di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Setiap wanita boleh memerah jumlah susu pada kadar yang berbeza. Ia bergantung kepada banyak perkara, termasuk badan anda, makanan terakhir bayi anda, umur bayi anda dan kekerapan anda memerah.

Jika anda tidak dapat memerah banyak susu, rujuk dengan bidan, jururawat kesihatan kanak-kanak dan keluarga anda atau perunding laktasi untuk memastikan cara anda memerah adalah betul.

Di bawah merupakan tiga cara untuk para ibu perah susu:

#1. Perah susu menggunakan tangan

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air suam.
  • Urut perlahan-lahan payudara anda. Mulakan dari bahagian atas payudara anda dan sapuan ke arah puting anda. Urut bahagian bawah payudara anda juga. Lakukan ini beberapa kali untuk memastikan seluruh payudara diurut. Ini meningkatkan refleks let-down anda.
  • Letakkan pinggan plastik bersih atau mangkuk lebar di bawah payudara anda, sama ada di antara kaki anda atau di atas meja rendah, biarkan kedua-dua tangan anda bebas. Anda mungkin memerlukan tuala bersih di pangkuan anda untuk menangkap sebarang tumpahan atau untuk mengelap jari yang licin dan basah.

#2. Perah susu menggunakan pam manual

Pam payudara manual kebiasanya terdiri daripada pelindung payudara yang dipasang pada pemegang pam dan botol atau bekas pengumpulan. Sama seperti memerah tangan, langkah pertama dalam memerah susu ibu dengan pam manual ialah menjadikan diri anda lebih rileks dan selesa. Selepas itu, anda boleh urut lembut seperti yang diterangkan di atas.

  • Letakkan pelindung payudara pam terus di atas payudara anda dengan pusat puting anda.
  • Picit pemegang pam dengan perlahan dan berirama anda mungkin melihat hanya titisan susu dan kemudian ia akan menyembur.
  • Pam sehingga aliran susu anda berhenti.
  • Beralih ke payudara sebelah lagi. Anda boleh menukar posisi beberapa kali.

#3. Perah susu menggunakan pam elektrik

Pam payudara elektrik sama seperti pam manual, kecuali anda tidak perlu mengepam sendiri. Pasang pelindung payudara pada payudara anda. Seperti memerah susu ibu dengan tangan atau dengan pam manual, pastikan anda selesa dan santai untuk memulakan. 

  • Letakkan pelindung payudara pam terus di atas payudara anda dengan pusat puting anda.
  • Mulakan dengan sedutan rendah dan tingkatkannya ke tahap yang selesa untuk anda.
  • Pam sehingga aliran susu anda berhenti.
  • Jika anda menggunakan satu pam, tukar ke payudara yang satu lagi. Anda boleh berulang-alik beberapa kali.

Pro tip: Anda selalunya boleh mendapatkan lebih banyak susu dengan memerah tangan selepas aliran dengan pam berhenti.

Ikutilah garis panduan ini untuk cara penyimpanan susu ibu yang betul dan ikuti kesemua tips penjagaan susu ibu yang kami berikan di atas. Paling penting, sentiasa memastikan kebersihan ketika menyimpan susu ibu, kerana susu yang rosak atau tercemar boleh membahayakan bayi anda.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga: Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

Baca juga: Susu Ibu Boleh Jadi Tiba-Tiba Banyak Sebab 4 Perkara Ini, Itulah Pentingnya Kena Selalu Positif!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!