Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

undefined

Tidak dinafikan posisi terbaik adalah di mana anda dan bayi berasa selesa dan relaks. Anda tidak perlu menegangkan badan anda semata-mata untuk terus menyusu. Ini antara posisi yang biasa dilakukan ibu-ibu dan anda boleh cuba mana yang selesa!

Buat ibu yang kali pertama menimang bayi tentu kekok saat menyusu bukan? Cara menyusu bayi baru lahir yang mana lebih selesa dan dapat memberi penyaluran susu yang tepat kepada bayi sentiasa menjadi tanda tanya.

Ada hospital menyediakan bantuan kepada ibu dengan menunjukkan cara menyusu bayi baru lahir yang betul, namun ada juga hospital yang tidak menyediakan langkah-langkah berikut. 

Setiap penyusuan bayi boleh dikatakan tidak sama sekiranya anda mempunyai bayi kolik atau reflux. Ia memerlukan posisi yang perlu mengurangkan sedikit kelajuan susu. 

Jadi anda perlu tahu posisi yang betul mengikut keadaan bayi anda juga ya.

Posisi & cara menyusu bayi baru lahir 

Tidak dinafikan posisi terbaik adalah di mana anda dan bayi berasa selesa dan relaks. Anda tidak perlu menegangkan badan anda semata-mata untuk terus menyusu. Ini antara posisi yang biasa dilakukan ibu-ibu dan anda boleh cuba mana yang selesa!

#1. Posisi membuai (cradle)

cara menyusu bayi baru lahir

Foto: Parents

Ini antara posisi yang cukup digemari ibu-ibu, selain ibu dalam posisi yang cukup relaks iaitu dalam keadaan bersandar, elakkan membongkok ya, ibu juga dapat memastikan bayi dalam keadaan selesa dan cukup selamat. 

Posisi ini memegang bayi dekat dengan perut anda, jadi bayi akan berasa selamat dan terasa di peluk. Sementara tangan anda sebelah lagi boleh menahan kepala dan leher bayi atau boleh memegang bahagian punggung dan kaki bayi untuk penahanan yang menyeluruh. 

#.2 Posisi football

cara menyusu bayi baru lahir

Posisi ini serasi untuk bayi yang baru lahir atau bayi yang lebih kecil. Ia juga sesuai untuk ibu-ibu yang menjalani pembedahan czer. Ia dapat memberi perlindungan pada luka anda di perut. Letakkan beberapa bantal di bawah lengan dan pegang bayi di atas lengan sambil menyokong kepalanya di tapak tangan.

Bayi perlu dipegang berdekatan dengan badan seperti memegang sebiji bola sepak. Ibu boleh menunjukkan mulut bayi ke puting susu. Posisi menyusu bayi ini agak meletihkan, jadi pastikan ibu guna lebih banyak bantal di bawah lengan untuk sokongan.

#3. Posisi mengiring 

Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

Ini adalah posisi yang biasa dilakukan ibu-ibu pada waktu malam. Posisi mengiring ini bagus untuk ibu yang dalam proses pemulihan dari kelahiran normal. Ia dapat mengurangkan tekanan pada luka episiotomi. 

Gunakan bantal sebagai lapik kepala anda untuk berasa lebih selesa, kerana menahan kepala anda dengan tangan akan membuatkan anda letih dengan cepat. Peluk bayi anda mendekati payudara anda, dan gunakan tangan sebelah lagi untuk mengangkat payudara anda dan ajukan puting terus ke dalam mulut bayi.

Pastikan mulut bayi melekap sempurna kemudian barulah ‘adjust’ ke posisi lebih selesa. Dengan posisi ini, ibu perlu sentiasa ‘alert’, jika boleh elakkan menyusu bayi hingga anda tertidur jika bayi anda baru lahir. 

#4. Posisi bayi melekap atas badan ibu

cara menyusu bayi baru lahir

Ini adalah untuk bayi yang mengalami masalah kolik atau reflux. Yang mana bayi akan muntah dengan jumlah yang banyak selepas penyusuan akibat terlalu banyak meminum susu ‘foremilk’ daripada ‘hindmilk’.

Jadi untuk mengelakkan situasi i i berlaku, ibu boleh pam sedikit susu awal bagi mengeluarkan sedikit ‘foremilk’ agar bayi dapat lebih susu dalam iaitu ‘hindmilk’. Malah dengan posisi ini ia dapat mengawal kelajuan susu. Ini kerana bayi yang baru lahir atau bayi yang kecil sukar untuk mengawal kelajuan susu apabila ‘let down’.

Bagaimana nak memastikan mulut bayi melekap sempurna? 

Letak bayi anda berhadapan dengan anda, kemudia tarik puting anda sepenuhnya dan suap ke mulut bayi. Mulut bayi perlulah betul-betul melekap dalam kawasan areola yang mana merupakan bahagian gelap di sekitar puting.

Mulut bayi yang melekap sempurna tidak akan menghasilkan bunyi hisapan pada bayi. Sekiranya ia terjadi keluarkan semula puting dan cuba memasukkannya kembali. Ini juga dapat mengelakkan puting ibu menjadi melecet, sebab itulah pentingnya lekapan sempurna mulut bayi ini. 

ABC dalam menyusu badan

Awareness (Kesedaran)

Sentiasa perhatikan tanda-tanda apabila bayi anda lapar dan segeralah menyusu setiap kali bayi anda inginkannya. Ini dipanggil penyusuan bila perlu. Untuk minggu yang pertama, anda mungkin akan menyusukan bayi anda 12 kali dalam 24 jam. Bayi yang lapar akan mencari-cari puting ibu apabila anda mendokongnya.

Dan ketika baring pula bayi akan menggerakkan tangan ke mulut dan menghasilkan bunyi seperti menghisap. Jangan tunggu sehingga bayi menangis, itu tanda bayi terlalu lapar. 

Bersabar

Menyusu badan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apabila anda dalam kesakitan tidak kiralah akibat luka czer atau luka episiotomi dalam masa yang sama payudara membengkak akibat bengkak susu, ditambah pula ada ibu yang mengalami puting melecet.

Jadi dengan terlalu banyak masalah ibu perlu sentiasa mengutamakan keperluan bayi yang ingin menyusu. Cukup tinggi tahap kesabaran untuk menyusu ini. Malah durasi untuk menyusu bayi pula mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit untuk sebelah payudara. Jangan pernah menyegerakan proses penyusuan ya, bayi perlu betul-betul kenyang untuk tumbesaran sempurna. 

Comfort (Selesa)

Ini adalah paling penting untuk anda menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi. Apabila anda berasa tenang dan selesa, susu akan mudah keluar dan memberi bayi anda minum dengan sempurna. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: WebMD

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!