Cara Menyusu Anak Ketika Beraya Di Rumah Orang Dengan Mudah & Cover Aurat

Cara menyusu bayi ketika beraya buat para ibu. Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh anda ketika menyusu di rumah orang

Memandangkan kita masih lagi berada dalam mood beraya, pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah terbuka dan sanak-saudara. Bagi ibu yang ada bayi buat kali pertama, mungkin tertanya-tanya bagaimana cara menyusu anak ketika menjadi tetamu di rumah orang, kan?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara menyusu bayi ketika beraya di rumah orang
  • Perkara perlu dielakkan oleh para ibu

Hal yang penting adalah membuat persiapan awal sebelum menjadi tetamu agar nanti memudahkan urusan anda mengawal bayi dan sekaligus mengelakkan mood beraya hilang gara-gara anak tidak kenyang menyusu.

Cara menyusu bayi ketika beraya di rumah orang

Menerusi satu video di Facebook, dikongsikan beberapa tips kepada para ibu menyusu bayi semasa beraya.

cara menyusu

Sehubungan itu, ini beberapa tips cara ibu menyusu hendak beraya di rumah dengan bayi:

1. Pilih baju mesra penyusuan (nursing friendly) yang mempunyai selak atau zip.

Untuk memudahkan penyusuan, para ibu disyorkan menggunakan baju yang mesra menyusu kerana ia mumudahkan serta menjimatkan masa dan tenaga. Ada pelbagai pilihan baju tersebut di pasaran termasuk yang jenis selak atau zip.

2. Gunakan tudung labuh untuk cover semasa menyusu. Tudung labuh sangat praktikal melindungi ibu ketika menyusukan bayi.

3. Gunakan nursing cover untuk menyusu sambil bergambar. Penggunaan nursing cover juga sesuai untuk melindungi ibu ketika menyusukan bayi.

cara menyusu

Selain itu, para ibu digalakkan untuk kerap menyusu dan menyimpan stok susu jika perlu. Terdapat juga beberapa perkara yang perlu dielakkan para ibu ketika beraya merangkumi:

1. Jangan memberi kuih, lemang dan ketupat pada bayi di bawah usia enam bulan

2. Jangan memberi air masak untuk bayi di bawah usia enam bulan kerana bayi hanya minum susu ibu dan susu formula sahaja.

Kredit foto: ummi najla

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu

Baca juga: Bila Menyusu Ramai Ibu ‘Auto’ Rasa Mengantuk & Boleh Lelap Sekali Dengan Anak, Ini Sebabnya!

Baca juga: Ibu Menyusu Badan Sentiasa Perlukan Support Suami, Mereka Kena Happy & Dihargai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!