X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu

5 min bacaan
Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang MenyusuCara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu

Cara menyusukan bayi baru lahir bukan sekadar sumbat saja puting ke dalam mulut bayi, anda perlu pastikan posisi serta jadual penyusuan yang betul!

Sekiranya anda baru saja bergelar ibu, tentunya menyusukan bayi antara salah satu rutin baru anda. Namun adakah anda tahu cara menyusukan bayi dengan betul?

Cara menyusukan bayi perlu diambil tahu dengan teliti, baik melekapkan puting dengan betul dalam mulut bayi, posisi menyusu, bila perlu menyusu dan berapa lama perlu menyusu. 

Dan ibu-ibu perlu ingat, bukan asal bayi menangis saja tandanya nak susu ya. Ada ibu-ibu baru yang bila bayinya menangis saja disumbatnya puting payudara. Salah tu, bayi baru lahir akan menangis selalunya untuk 4 sebab ini, lapar, tidak selesa lampin basah, perut kembung atau mengantuk. 

Dalam banyak-banyak persoalan tentang cara menyusukan bayi, ramai ibu yang tidak tahu berapa lama perlu menyusu bayi ni, adakah selama mana yang mereka mahu? Atau patut ada ‘timing’ ketika mereka menyusu?

Anda boleh tahu lebih lanjut dengan penjelasan di bawah.

Berapa kerap perlu saya menyusu bayi baru lahir?

cara menyusukan bayi

Bayi baru lahir perlu menyusu secara on demand, iaitu mengikut permintaan bayi anda.

Bayi baru lahir sepatutnya diberi susu secara on demand iaitu mengikut permintaan bayi. Kenali corak penyusuan bayi anda dan cuba menyusukannya sebelum dia terlalu lapar.

Ini kerana anda berdua masih sedang menyesuaikan diri dengan penyusuan susu badan. Adalah lebih senang untuk menyusu bayi baru lahir yang tenang berbanding bayi yang menangis kelaparan.

Corak penyusuan setiap bayi tidak sama, tapi jangan bimbang, anda akan lebih biasa dengan corak ini selepas beberapa minggu.

Baca juga: Dah Nak Mula Bekerja, Bayi Tak Mahu Menyusu Botol, Ikuti Tips Ini

Panduan kekerapan & cara menyusukan bayi 

  1. Minggu pertama

Anda sepatutnya tahu cara menyusukan bayi baru lahir sekurang-kurangnya 10-12 kali setiap hari.

Biar bayi anda menyusu sehingga dia puas dan selagi dia masih menghisap secara aktif. Tukar ke payudara lain apabila satu payudara telah dikosongkan.

Bangunkan bayi anda setiap 2 jam pada waktu siang untuk menyusu.

Pada waktu malam pula, bangunkan bayi anda setiap 4 jam untuk menyusu atau apabila dia memerlukannya.

  1. Minggu ke-2 – 6

Apabila bayi anda semakin besar, anda bolehlah mengurangkan kekerapan menyusu dalam sehari ke sekitar 8 hingga 12 kali. Sesetengah bayi masih perlu menyusu setiap 2 jam, jadi ikutlah naluri diri dan terus menyusu mengikut permintaan bayi anda. 

Berapa lama saya perlu menyusu bayi baru lahir?

Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu

Anda masih perlu menyusu bayi baru lahir secara on demand. Ini juga bermaksud bayi anda akan menentukan berapa lama dia menyusu, selagi masih perlu.

Jika ibu menamatkan sesi penyusuan terlalu awal, bayi anda akan menangis jika dia belum puas minum lagi.

Biasanya seorang ibu akan menyusu bayi baru lahir selama 20-30 minit, namun ini masih bergantung kepada tahap kelaparan bayi anda. 

Tanda bayi lapar

  • Rooting – apabila anda menyentuh pipi bayi anda, dan dia berpaling untuk mencari puting ibu
  • Membuka dan menutup mulut
  • Memukul dada atau lengan ibu berulang kali
  • Menarik pakaian ibu
  • Menghisap tangan, jari kaki, atau pakaian
  • Bayi akan menangis sebagai langkah terakhir 
  • Jangan tunggu terlalu lama sebelum menyusu bayi baru lahir dan kalau boleh jangan tunggu hingga bayi menangis.
  • Ini hanya akan menyebabkan ibu baru lebih stres ataupun ia akan menjadi lebih susah untuk menyusu.

Tips berguna untuk ibu tentang cara menyusu bayi baru lahir

Kosongkan payudara anda sepenuhnya sebelum bertukar kepada payudara yang lain.

Menyusu dengan kerap atau untuk masa yang lama adalah normal.

Pada mulanya najis bayi baru lahir berwarna hitam. Ia akan bertukar jadi coklat dan akhirnya berwarna kuning macam sos mustard.

Menyusu dengan kerap pada waktu malam juga perkara biasa. Bayi anda akan tahan lebih lama tanpa menyusu. Ini biasanya berlaku apabila bayi sedang mengalami peningkatan pertumbuhan.

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Apabila bayi anda sudah puas menyusu, dia akan melepaskan puting ibu ataupun kurang menghisap. Dia juga boleh tertidur selepas menyusu. Ibu boleh cuba menyusu dari payudara yang lain jika dia terbangun dan masih ingin menyusu.

Jangan percaya petua menyusu dengan masa yang pendek boleh membantu puting yang sakit dan pecah. Jangan lupa kalau sesi penyususan anak terlalu pendek, dia perlu menyusu lebih kerap. Apabila anda tidak mengosongkan payudara semasa menyusu, ini boleh menyebabkan masalah lain seperti payudara kembang.

cara menyusukan bayi

Bagaimana jika kurang susu ibu?

Berat badan yang tidak naik adalah tanda bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya.

Malangnya, ada juga ibu yang kekurangan susu. Jika bayi anda selalu menangis kelaparan walaupun selepas menyusu banyak kali, ada kemungkinan dia tidak cukup susu.

Di bawah adalah 2 cara biasa untuk mengetahui jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya atau tidak:

  1. Tidak naik berat badan

Jika berat badan bayi anda tidak bertambah, anda mungkin perlu mendapat nasihat doktor atau pakar laktasi.

  1. Kurang lampin basah/kotor 

Bayi anda sepatutnya menghasilkan lampin basah/kotor mengikut umur dia. Pada hari pertama dia sepatutnya menghasilkan sekurang-kurangnya satu lampin; hari ke-dua dua lampin, dan sebagainya.

Jika ibu bapa mempunyai sebarang pertanyaan, jangan malu untuk bertanya dengan doktor anda. Mereka sedia membantu dan memberi nasihat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Baby Center

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu
Kongsikan:
  • 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

    5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

  • Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

    Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

    Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

    5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

  • Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

    Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

    Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.