5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

lead image

Menyusukan bayi akan jadi perkara yang merunsingkan jika anda tak tahu asas menyusu. Baca cara menyusukan bayi dengan betul untuk ketahui.

Menyusu anak boleh jadi pengalaman yang indah. Tapi, ia juga boleh jadi menyusahkan buat ibu baru pertama kali menyusu.

Sebagai ibu baru, anda perlu beri ruang pada diri untuk menyesuaikan diri dengan proses menyusu. 

Mengetahui cara menyusukan bayi dengan betul dapat membantu meringankan beban anda dan menjadikan pengalaman ini  pengalaman yang paling berharga. Apa yang penting, menyusu dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Cara menyusukan bayi: Bila boleh mula?

shutterstock 320584481 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

Ketika anda  masuk hospital untuk bersalin, beritahu nurse yang menjaga anda tentang perancangan anda untuk menyusu anak.

Penting untuk mula menyusu dalam masa satu jam selepas bersalin. Jangan biar nurse beri puting bayi atau botol pada anak anda.

Penggunaan botol atau puting bayi boleh mengganggu proses penyusuan kerana puting tiruan  berbeza dari puting anda. Badan sudah hasilkan kolostrum yang sangan berkhasiat untuk anak  yang baru lahir.

Anda mungkin fikir kolostrum yang anda hasilkan macam sikit dan tak cukup untuk anak. Tapi kolostrum penuh dengan nutrisi untuk bayi  hingga susu mula terjadi. Ini mungkin mengambil masa beberapa hari.

Bagaimana cara menyusukan bayi baru lahir?

perkara ibu menyusu patut buat 2 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

 

Bayi boleh tahu jika anda cemas dan rasa cemas ini boleh dipindah ke bayi  dan membuatkannya  struggle. 

Sebelum anda bersalin, penting untuk anda ambil masa  membaca atau menonton video yang boleh memberi anda idea tentang cara yang boleh diguna sebagai teknik penyusuan.

Ini adalah beberapa tip asas cara menyusukan bayi dengan betul:

1. Penyusuan kali pertama

Cuba susukan bayi  dari kali pertama dia dibawa ke anda. Letakkan bayi pada dada dan alihkan payudara pada bibir bayi. Ini akan mendorong bayi untuk membuka mulut terima dan cuba  menghisap.

2. Kedudukan

Mulut anak perlu memenuhi keseluruhan areola dan bukan sahaja di puting anda. Jika anda rasa sakit, jangan panik kerana ini juga adalah perkara biasa.

Perlahan-lahan masukkan jari di antara gusi bayi untuk longgarkan pegangan pada payudara dan cuba proses ini sekali lagi.

3. Lokasi

posisi menyusukan bayi 2 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

Memilih tempat yang sesuai untuk menyusu juga satu idea yang baik. Cari tempat dan posisi yang buat anda selesa akan memudahkan lagi proses penyusuan.

Setiap proses penyusuan mengambil masa lebih dari 20 minit dan jika anda berada dalam posisi yang tak selese, proses penyusuan boleh terganggu untuk anda dan bayi anda.

Ramai ibu  mengadu sakit belakang dan leher, ini biasanya terjadi apabila anda berada dalam kedudukan yang salah.

Kusyen dan bantal  lembut boleh membantu anda  mencari keselesaan jika posisi yang bayi  pilih akan buat anda tak selesa.

4. Minta nasihat

Anda mungkin akan mengalami bengkak susu, sakit puting atau mastitis. Jika perkara ini berlaku, minta nasihat dari doktor secepat mungkin kerana ia boleh menyebabkan keadaan jadi lebih teruk dan akan buat anda tak suka untuk menyusu bayi.

5. Selesa

Ada beberapa posisi yang anda boleh cuba sebelum menemui mana yang paling sesuai untuk anda dan bayi. Tapi, anda kena ingat, posisi ini akan berubah apabila bayi semakin membesar.

Cara menyusukan bayi: Berapa kerap perlu menyusu?

How long do babies need breast milk or formula 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

Ramai ibu kata jadual penyusuan adalah yang paling baik. Tapi, tak semua bayi selesa dengan cara ini.

Jika anda ada anak lain, anda akan perasan yang setiap pengalaman menyusu anak berbeza-beza. Setiap anak  unik dan mahu menyusu mengikut jadual yang berbeza, ini termasuk anak kembar!

Bayi baru lahir ada perut yang kecil, jadi mereka perlu diberi susu selalu. Bangun setiap dua jam pada waktu malam untuk menyusu adalah normal. Bayi akan menyusu dalam 8-12 jam sehari pada minggu pertama hidup.

Pada awalnya, anda boleh cuba untuk menyusu 10-15 minit setiap payudara dan ubah mengikut kesesuaian. 

Cara menyusukan bayi: Adakah anak saya terima susu yang cukup?

Ramai ibu tertanya-tanya sama ada mereka hasilkan susu yang cukup atau tak untuk anak lebih-lebih lagi jika mereka sering nak susu.

Jangan risau jika mereka kelihatan puas, lampin basah enam ke lapan kali sehari, buang air besar dengan lancar, tidur yang cukup dan berat bada bertambah, ini bermakna anak anda cukup susu.

Tapi perhatikan jika bayi anda resah, menangis, kelihatan lapar dan tak nampak puas selepas menyusu, mungkin mereka tak puas makan. Jika anda risau anak anda tak cukup susu, dapatkan nasihat doktor.

Menyusukan bayi sudah tentu menjadi mudah jika dapat sokongan dari ibu-ibu menyusu yang lain, jadi join group Facebook Komuniti Ibu Menyusu ini untuk info dan berkongsi dengan ibu-ibu lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stres betul bila bayi taknak menyusu, tapi ibu tahu 12 sebab bayi taknak menyusu ini tak?