3 cara tepat untuk merangsang puting payudara isteri, barulah isteri betul-betul puas!

lead image

Suami kena tahu cara merangsang puting payudara dengan tepat ini, barulah isteri benar-benar puas dan terangsang! Jom cuba, suami-suami semua?

Merangsang puting payudara adalah satu teknik foreplay yang patut semua suami mahir. Tapi, mahir juga bermaksud anda perlu melakukan cara merangsang puting dengan betul.

Setiap puting payudara wanita adalah berbeza, jadi sebab itu rangsangan yang tepat amat penting untuk buat isteri makin ghairah dan puas. 

Anda nak tahu apa cara merangsang puting yang betul? Mari kita kenali jenis-jenis puting payudara isteri anda terlebih dahulu.

Cara merangsang puting payudara mengikut bentuk puting

1. Puting kecil

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/bercinta saat ada bayi 1.jpg 3 cara tepat untuk merangsang puting payudara isteri, barulah isteri betul betul puas!

Puting berukuran kecil tak sepatutnya menjadi masalah. Lingkaran warna gelap di sekitar puting yang dikenali sebagai areola itu sendiri sebenarnya lebih sensitif berbanding puting. 

Jadi untuk puting kecil, suami boleh cuba merangsang bahagian areola dan bahagian atas payudara. Dengan cara merangsang puting payudara yang betul ini, pasti mudah untuk anda merangsang isteri anda.

2. Puting masuk ke dalam

Shirley Zussman, seorang pakar terapi dari New York mengatakan puting masuk ke dalam juga bukan satu masalah untuk merangsang payudara.

Suami masih boleh melakukan cara merangsang puting dengan normal (seperti melakukan sentuhan lembut) sehingga puting itu "naik" selepas ereksi.

Selain itu, isteri yang ada puting masuk ke dalam janganlah berasa rendah diri pula. Dalam hal ini, yakinlah yang puting anda itu masih tetap indah. Beri perhatian pada tubuh anda ketika berasmara.

3. Puting besar

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/payudara gatal 2 1 768x380.jpg 3 cara tepat untuk merangsang puting payudara isteri, barulah isteri betul betul puas!

Bagi isteri yang ada puting besar, anda lebih senang dirangsang! Puting besar memiliki sel saraf yang lebih sensitif.

Namun, suami masih disarankan untuk tidak melakukan cara merangsang puting payudara yang terlalu kasar dan ganas kerana ia mungkin boleh melukakan puting.

Cara merangsang puting bergantung kepada jenis puting dan kesabaran suami

Cara merangsang puting payudara yang betul sebenarnya bergantung besar pada jenis puting dan kesabaran suami. Apa yang lebih penting adalah anda memberitahu suami apa yang anda mahu.

Komunikasi yang berkesan menjaminkan hubungan seksual yang lebih sihat. Selamat mencuba! :)

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Rapatkan Hubungan Intim Suami Isteri Dengan Mencari Titik G-Spot Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!