Suami malas nak foreplay? Buat 3 strategi ini untuk isteri capai klimaks

lead image

Suami anda malas foreplay? Jom cuba 3 cara merangsang suami agar bergairah untuk foreplay ini. Pasti dia takkan malas lagi!

Dewi (30 tahun) selalu mengeluh mengatakan suaminya malas foreplay. Hal itu menyebabkan dia tertanya-tanya, apakah cara merangsang suami agar bergairah untuk melakukan foreplay padanya?

Suaminya selalu terburu-buru ingin terus beraksi di ranjang dan tidak mahu foreplay. Sedangkan setiap wanita pasti mahu foreplay dulu barulah dia puas, kan?

Dalam maksud lain, setiap isteri mahukan suaminya bertindak perlahan-lahan. Sebelum ke menu utama, apa kata lalui proses pemanasan dulu. Tujuannya untuk memancing ghairah.

Sebenarnya, masalah yang dihadapi Dewi ini ialah masalah umum yang sering dihadapi oleh isteri.

Ia membuatkan mereka tercari-cari bagaimana cara merangsang suami agar bergairah untuk melakukan foreplay.

Bagaimana cara merangsang suami agar bergairah untuk melakukan foreplay?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/PosicionesSexualesMujerBajita2.jpg Suami malas nak foreplay? Buat 3 strategi ini untuk isteri capai klimaks

Tapi, para isteri harus tahu sesuatu benda sebelum mencari cara merangsang suami agar bergairah untuk melakukan foreplay.

Menurut tinjauan yang pernah dilakukan oleh sebuah jenama kondom, di Malaysia, foreplay bukanlah benda paling wajib dibuat ketika berasmara.

Malah, ramai pasangan yang tidak tahu apa itu foreplay! Rata-rata pasangan suami isteri hanya melakukan foreplay selama 14 minit saja. 

Sedangkan purata normal yang patut dicapai untuk kepuasan ialah 17 minit!

Tapi mengapa? Ini kerana konsep foreplay itu sendiri disalah ertikan oleh suami isteri. Menurut pakar seks, Elizabeth Santosa, ramai pasangan yang anggap foreplay itu hanya sentuhan fizikal.

“Foreplay lebih daripada itu. Ia boleh jadi kata-kata godaan lembut yang boleh menyentuh pasangan.

Malah, bercumbu dan berpelukan juga salah satu cara foreplay! Jika pasangan anda malas melakukan foreplay, isteri yang akan rugi kerana tidak mencapai klimaks.”

Tapi jika suami malas nak melakukan foreplay, apa cara merangsang suami agar bergairah melakukannya?

Kami ada 3 strategi ini yang anda boleh cuba!

Cara merangsang suami agar bergairah melakukan foreplay

#1 Isteri kena tahu tentang badan sendiri

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/02/titik rangsang wanita 8.jpg Suami malas nak foreplay? Buat 3 strategi ini untuk isteri capai klimaks

Salah satu cara merangsang suami agar bergairah untuk melakukan foreplay dengan lebih lama ialah isteri sendiri kena kenal tubuh badan mereka.

Oleh sebab seks merupakan topik taboo di Malaysia, ramai wanita malah lelaki tidak mengenali tubuh mereka dengan betul. 

Untuk mendapatkan hubungan seks yang memuaskan, isteri kena bijak mengeksplorasi diri. Cari mana titik g-spot anda.

Bahagian mana yang anda suka suami pegang? Selepas anda dapat jawapannya, sila beritahu pasangan anda.

#2 Pilih masa yang tepat

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/image 3.jpg Suami malas nak foreplay? Buat 3 strategi ini untuk isteri capai klimaks

Untuk mencuba cara merangsang suami agar bergairah melakukan foreplay, anda kena bijak memilih waktu. 

Janganlah pilih waktu di mana suami sibuk atau kepenatan. Ketika itu jika anda ajak dia bersembang, memang dia takkan layanlah. 

#3 Jadi role model pada suami

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/7939972c c71e 468f 941c eb1d0a544b36 couple kissing in bed andrew zaeh.jpg Suami malas nak foreplay? Buat 3 strategi ini untuk isteri capai klimaks

Siapa kata lepas kahwin, anda kena jadi role model pada anak-anak saja? Anda juga kena jadi role model untuk suami!

Biasanya, suami mungkin tidak tahu apa yang diinginkan isteri. Sebab itu komunikasi satu benda penting.

Tapi jika anda tahu mahu mengulang sesuatu benda berulang kali, lakukanya dalam bentuk bahasa tubuh. Apa yang anda mahu suami buat pada anda ketika di ranjang?

Proses mencapai klimaks memang tidak boleh dilakukan serta merta. Tapi jika anda terus melakukan 3 cara merangsang suami agar bergairah untuk melakukan foreplay ini, nescaya satu hari nanti anda akan dapat sesi senggama yang mindblowing!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Panduan agar isteri capai KLIMAKS selama 15 minit – suami wajib cuba!