5 Cara Menghangatkan Cinta di Kamar, Ini Pasti Buat Suami Lebih Sayang!
Buntu bila suami buat tak tahu semasa anda ingin bersama? Nah, ini 5 cara merangsang suami agar si dia juga tak tahan untuk melakukan hubungan intim.
Semasa melakukan hubungan intim, isteri perlu tahu cara merangsang suami yang wajar supaya diri tidak kalah semasa di pertarungan itu.
Namun begitu, tidak kira suami atau isteri, kedua-duanya perlu mendapatkan rangsangan ini supaya mencapai orgasma iaitu rasa nikmat dan ghairah yang dirasakan.
Antara lelaki dan perempuan, lelaki lebih cepat terangsang iaitu sekitar dua ke 10 minit, manakala wanita memerlukan masa yang lebih lama iaitu 10 ke 20 minit.
Walaupun begitu, ada juga sesetengah lelaki yang memerlukan rangsangan yang lebih lama.
Jika ini terjadi pada anda, maka kalian harus mencari cara merangsang suami yang ideal supaya kenikmatan melakukan hubungan kelamin itu dapat dirasai bersama.
5 cara merangsang suami yang boleh isteri praktikkan
#1. Cara merangsang suami – Isteri menjelajah tubuh suami
Apabila melakukan hubungan seks, biasanya suami menjadi teraju utama dan habiskan banyak masa untuk menjelajah tubuh isteri supaya cepat terangsang.
Namun, isteri juga boleh buat hal sama sebagai cara merangsang suami agar mencapai klimaks. Salah satunya adalah dengan menyentuh alat sulit atau menyentuh puting suami.
Selain itu, anda boleh juga membelai bahagian dada dan perut suami serta membelai ke seluruh tubuhnya dari atas sampai bawah. Dengan ini tentunya membuatkan suami ingin lebih tahu untuk melakukan hubungan yang lebih lagi.
#2. Cara merangsang suami – Membelai bahagian tubuh belakang
Untuk merangsang suami bukan pada alat sulit semata-mata tapi isteri juga boleh sentuh di bahagian lain seperti punggung dengan meraba di sekitar area tersebut sekaligus mempercepatkan rangsangan pada suami tercinta. Malah orgasm suami juga lebih bertahan lama.
#3. Produk pelincin zakar
Jika isteri melakukan rangsangan dengan memegang zakar suami, apa kata anda menggunakan produk pelincin yang membuatkan ia lebih baik.
Selain itu, anda juga boleh menyunyah ais batu terlebih dahulu kerana ia dapat memberikan stimulasi kelembapan mulut dengan rasa dingin sekaligus merangsang lebih banyak pada hujung saraf alat sulit suami.
#4. Memberi ekspresi wajah
Ucapkan pada suami bahawa anda terasa sungguh nikmat dengan apa yang dia lakukan dan senang dengan perlakuan suami itu. Dengan cara ini juga, suami lebih bersemangat untuk melakukan adegan yang seterusnya.
Kalau nak tahu, suami memang suka bila sang isteri memberitahu yang dia tertarik dengan cara penyampaian suami ketika hubungan seks terutama apabila disampaikan dengan penuh kasih dan sayang.
Jadi berkomunikasi antara satu sama lain semasa melakukan hubungan intim juga dapat menyemarakkan lagi keintiman tersebut dan berlangsung dengan penuh keseronokkan.
#5. Memberi fokus pada hujung alat sulit suami
Hujung zakar adalah sebahagian besar saraf yang dapat mempercepatkan rangsangan pada suami maka isteri harus memberi perhatian lebih pada area tersebut.
Gunakan tangan anda dengan main di bahagian itu atau menggunakan mulut dan menjelah sekitar tempat itu secara tak langsung anda akan dapat lihat betapa mudah suami mulai terangsang.
Lepas baca ini, adakah anda tertarik untuk mencubanya malam ini? Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Saiz Zakar Suami TERLALU Besar, Ini Cara Berkesan Menikmati Seks Tanpa Rasa Sakit!
Baca juga: 9 posisi senggama untuk suami dengan zakar kecil – isteri pasti lebih puas!
Baca juga: 5 cara semula jadi panjangkan zakar, tak payah risau lagi isteri tak puas!