Bayi Sorokkan Jantina Bila Scan? Ini 22 Cara Nak Tahu Anda Hamil Anak Lelaki Atau Perempuan

Cara nak tahu anak lelaki atau perempuan boleh diperhatikan melalui beberapa tanda ini. Jika anda mengandung anak lelaki, wajah kelihatan lebih berseri-seri

Selain daripada petua orang lama, terdapat beberapa kaedah lain atau cara mengetahui jantina bayi tanpa scan yang cepat dan terbukti tepat. Namun begitu, walaupun anda boleh mengetahuinya dengan tepat terdapat juga beberapa kesan atau risiko ketika melakukannya.

Sudah tentu dengan mengetahui jantina bayi, ia memudahkan anda untuk membeli pakaian si kecil itu. Namun, ada juga bayi sorokkan jantina mereka setiap kali imbasan dilakukan sehingga ibu ayah ternanti-nanti.

Justeru, melalui perkongsian ini kami kongsikan beberapa cara untuk mengesan sama ada anda mengandung anak lelaki atau perempuan.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Tanpa Scan 

cara mengetahui jantina bayi tanpa scan,  jantina bayi, cara mengetahui jantina bayi, jantina bayi dalam kandungan, scan jantina baby girl, gambar scan jantina bayi perempuan

#1. Suka makan manis atau masam 

Kata orang, kalau ibu suka makan benda manis, pedas dan yang sedap sahaja, itu tandanya ibu mengandung bayi perempuan. Manakala kalau ibu suka makan benda yang masam, masin dan makanan ringan, itu tandanya hamil anak lelaki.

#2. Denyutan jantung bayi

Semasa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan, jururawat atau doktor akan membaca denyutan jantung anak.

Jika denyutan jantung bayi 140 dan ke atas, itu maknya ibu hamil anak perempuan. Kalau denyutan jantung bayi berada bawah 140, itu tandanya bayi lelaki.

#3. Wajah berseri atau tak?

Orang tua yang berpengalaman melahirkan anak juga mengatakan kalau wajah ibu kelihatan kusam itu tandanya hamil anak perempuan. Kata mereka, anak yang dikandung itu tarik seri wajah ibu. Betul atau tak ye?

#4. Ibu alami morning sickness 

Jika anda mengandungkan bayi perempuan, maka kemungkinan untuk mengalami morning sickness, jauh lebih teruk berbanding anak lelaki.

Malah ada ibu yang langsung tidak mengalami morning sickness semasa hamil bayi lelaki. Wah, untungnya badan!

#5. Payudara kiri atau kanan mengalami pembesaran yang ketara

Perubahan pada payudara semasa hamil memang tidak dapat dielakkan. Sebab itu, kalau payudara kiri lebih besar, tandanya hamil bayi lelaki. Kalau sebelah kanan lebih besar itu maksudnya ibu mengandung anak perempuan.

#6. Emosi ibu, suka marah atau tidak? 

Emosi ibu semasa hamil juga berperanan dalam menentukan jantina bayi. Katanya kalau ibu suka marah-marah, cepat melenting atau lekas naik angin itu tandanya mengandung anak perempuan.

Tapi, kalau ibu lebih tenang dan cepat cool tanda hamil bayi lelaki. Setuju tak ibu?

#7. Suka tidur mengiring kiri atau kanan

Semasa tidur atau ketika bangun tidur, ibu boleh perhatikan sama ada anda suka mengiring tidur sebelah kiri atau kanan.

Ini kerana, jika cenderung mengiring sebelah kiri tandanya bayi lelaki. Manakala kalau suka sangat tidur mengiring ke sebelah kanan, itu tandanya ibu hamil anak perempuan.

#8. Bentuk perut ibu

Mengikut orang lama dahulu, jika perut ibu condong ke depan, maka diramalkan ibu sedang mengandung anak lelaki.

Sebaliknya jika perut lebih melebar ke bawah, ia dikaitkan dengan jantina bayi perempuan. Malah perut juga kelihatan bulat dan lebih rata.

#9. Penampilan semasa hamil

Ibu yang tidak suka bersolek, tak nak berhias, malas mandi dan sebagainya dikaitkan dengan kehamilan bayi lelaki.

Manakala itu kalau ibu mudah bersiap, pandai bergaya dan suka pakai cantik-cantik itu tandanya ibu sedang mengandungkan anak perempuan.

#10. Sifat ibu semasa hamil

Ada yang berpendapat, jika ibu hamil bayi lelaki mereka akan memiliki sifat atau karakter yang lebih tegas, kuat berpendirian dan lain-lain.

Namun, ia akan berlaku sebaliknya jika ibu hamil bayi perempuan seperti mudah sensitif, kuat menangis dan sebagainya.

#11. Pergerakan bayi 

Pergerakan bayi yang tidak terjangka sering dikaitkan dengan anak perempuan manakala pegerakan yang lebih teratur dikaitkan dengan hamil anak lelaki.

#12. Menggunakan jadual jantina

Kaedah ini diambil dari ilmuan dari makan kerajaan di Bejing, RRC melalui naskhah asli yang telah terkubur selama 700 tahun. Naskhah ini telah disimpan rapi oleh Institut Pengetahuan Beijing.

Caranya adalah dengan mengira umur ibu hamil serta bulan berapa benih mulai terbentuk dalam rahim. (bulan last period + umur ibu hamil) Kiraan genap ia adalah perempuan dan ganjil pula anak lelaki.

#13. Kalkulator kelahiran

Masukkan tarikh lahir ibu dan tarikh mula mengandung atau pun tarikh anda bakal bersalin nanti. Kalkulator ini akan mengeluarkan keputusan sama ada anda sedang mengandung bayi lelaki atau perempuan. 

#14. Kedudukan uri

Kaedah yang dikenali sebagai Ramzi’s Method oleh Doktor Saad Ramzi Ismail ini boleh mengetahui jantina bayi seawal 6 minggu kehamilan. Caranya adalah dengan melihat kedudukan plasenta bayi anda.

#15. Warna air kencing

Jika anda mengandung anak perempuan, warna air kencing adalah kuning samar.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Tanpa Scan Menurut Petua Orang Lama

cara mengetahui jantina bayi tanpa scan,  jantina bayi, cara mengetahui jantina bayi, jantina bayi dalam kandungan, scan jantina baby girl, gambar scan jantina bayi perempuan

  • Perut cenderung membulat dan mengalami morning sickness.
  • Selalu mual pada hidangan yang beraroma tajam.
  • Wajah tidak berseri namun kulit lebih lembut dan rambut sedikit menipis.
  • Punggung kelihatan lebih besar
  • Mengidam makanan yang berjus, manis dan buah-buahan
  • Emosi tak stabil seperti kuat menangis, sensitif, marah-marah dan lain-lain
  • Bayi suka mengiring sebelah kiri
  • Garis perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan terputus-putus
  • Jika anda mendukung anak perempuan orang lain, si kecil itu mudah menangis.
  • Ambil cincin perkahwinan, kemudian gantung atas perut selepas itu lihat ia bergerak ke kiri atau kanan. Kalau kanan itu bermaksud hamil bayi perempuan.
  • Samalah juga kalau anda kencing dalam air bikarbonat kalau tidak berbuih maksudnya bayi perempuan.

Bila Boleh Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan

cara mengetahui jantina bayi tanpa scan,  jantina bayi, cara mengetahui jantina bayi, jantina bayi dalam kandungan, scan jantina baby girl, gambar scan jantina bayi perempuan

Ketika disahkan hamil, soalan pertama yang akan bermain di fikiran ibu dan ayah pastinya berkaitan dengan jantina bayi. Selalunya si ayah akan mengharapkan anak lelaki, manakala si ibu pula sudah tentulah anak perempuan, kerana boleh berkongsi minat dan merias diri bersama-sama.

Penentuan jantina anak ini sebenarnya hanya dapat disahkan oleh doktor sahaja. Tapi walaupun begitu, ramai juga yang suka meramal jantina bayi mengikut beberapa faktor dan juga pengalaman orang lain ketika hamil seperti apa yang telah kami kongsikan di atas.

Berbalik kepada persoalan bilakah anda boleh mengetahui jantina bayi, doktor anda boleh menggunakan ujian yang berbeza mengikut peringkat kehamilan anda.

Namun begitu, terdapat beberapa risiko terhadap ujian yang dilakukan walaupun ia boleh dipercayai. Antara berikut adalah cara mengetahui jantina bayi anda iaitu :

#1. Persenyawaan in vitro (IVF) dengan pemilihan jantina

Bagi anda yang memilih untuk mengandung menggunakan kaedah IVF, anda boleh memilih jantina bayi yang anda inginkan. Penciptaan embrio adalah melalui gabungan telur matang dengan sperma yang dilakukan di luar badan. Embrio yang dicipta ini kemudiannya akan ditanam di dalam rahim anda.

Melalui prosedur ini, anda boleh mengenal pasti jantina embrio yang berbeza dan memilih embrio yang anda inginkan. Kaedah yang dilakukan ini adalah 99 peratus ketepatannya mengenai jantina bayi dalam kandungan.

#2. Ujian pranatal bukan invasif (NIPT)

Kaedah yang digunakan ini pula adalah pemeriksaan keadaan kromosom seperti Sindrom Down. Ujian ini dilakukan bagi mengetahui kebarangkalian terdapat gangguan kromosom dan ia boleh dilakukan pada 10 minggu kehamilan.

Sampel darah anda akan diambil dan dihantar ke makmal untuk membuat semakan kehadiran DNA janin yang dikaitkan dengan gangguan kromosom. Melalui ujian ini juga, jantina bayi dalam kandungan dapat ditentukan dengan tepat.

#3. Chronic villus sampling (CVS)

Ujian genetik ini turut digunakan untuk mengenal pasti Sindrom Down. Ujian ini memerlukan sampel vilus korionik iaitu sejenis tisu yang terdapat di dalam plasenta dan ia mengandungi maklumat genetik dan turut mendedahkan jantina bayi dalam kandungan anda.

Ujian ini adalah tepat tetapi berisiko dan ia dilakukan seawal minggu ke-10 atau ke-12 kehamilan. Namun begitu, terdapat segelintir wanita yang menghadapi kekejangan, keguguran, pendarahan dan kelahiran pramatang setelah melakukan ujian ini.

#4. Amniocentesis

Ujian ini pula dilakukan untuk mengetahui sebarang masalah berkaitan perkembangan janin. Doktor akan mengambil sedikit cecair amniotik yang mengandungi sel janin bagi melihat jika ada keabnormalan yang terjadi contohnya seperti Sindrom Down.

Ujian amniocentesis ini juga boleh mengenal pasti jantina bayi anda.

#5. Ultrasound

Ujian ini merupakan yang paling popular sekali untuk mengetahui jantina bayi. Ultrasound dilakukan menggunakan gelombang bunyi bagi mencipta imej bayi anda. Tujuannya adalah untuk mengetahui dan memeriksa perkembangan dan kesihatan bayi. 

Melalui ujian ini, doktor boleh mengetahui jantina bayi berdasarkan paparan imej yang tercipta. Kebiasaannya, doktor akan membuat temujanji ultrasound pada minggu ke 18 hingga 21 kehamilan. Malah, jantina bayi anda boleh diketahui melalui ultrasound seawal 14 minggu kehamilan.

Namun, ujian ini tidak 100% tepat disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti kedudukan bayi yang menyukarkan alat kelamin mereka untuk dilihat dengan jelas. Malah, terdapat juga kes apabila scan jantina baby girl namun saat dilahirkan adalah lelaki.

Melalui ultrasound ini juga anda boleh membuat gambar scan jantina bayi perempuan atau lelaki secara 2D, 3D, 4D atau 5D. Untuk dapatkan gambar scan jantina bayi perempuan atau lelaki yang lebih jelas dan terperinci, anda boleh pilih menggunakan scan 5D.

Kelebihan Mengetahui Jantina Bayi

Mengetahui jantina bayi lebih awal membantu ibu dan ayah dalam banyak hal terutamanya berkaitan kelengkapan bayi. Ibu tidak perlu lagi tersalah memilih pakaian dan sudah tahu apakah barangan dan dekorasi yang perlu dipilih.

Malah, ibu dan ayah juga tidak perlu lagi membuat list nama yang begitu panjang untuk kedua-dua jantina dan sudah pun boleh menetapkan nama yang bersesuaian untuk si manja.

Selain itu, bagi ibu khasnya sudah boleh berbual-bual dengan si manja anda menggunakan nama panggilan mereka. Pendek kata, banyak hal yang lebih menarik dan mudah setelah mengetahui jantina bayi.

  1. healthline.com (2020, Januari 22) How Soon Can You Find Out the Sex of Your Baby? www.healthline.com/health/pregnancy/when-can-you-find-out-sex-of-baby

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Cara Power Hamil Bayi Perempuan Secara Semula Jadi, Betulkan Teknik Ini Dulu!

Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Baca juga: Payudara Kiri Atau Kanan Lebih Besar? Jika Kiri Anda Mungkin Mengandung Bayi Lelaki!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!