Ehem! 6 "Rahsia" Mudah Anda Boleh Panaskan Aksi Di Ranjang

Ehem! 6 "Rahsia" Mudah Anda Boleh Panaskan Aksi Di Ranjang

Anda nak cuba panaskan aksi di ranjang? Ehem! Kami ada 6 rahsia yang terbukti mampu membantu anda menambah kepuasan ketika di ranjang dengan pasangan!

Kunci Rahsia Perkahwinan

Selain kasih sayang yang dicurahkan dalam membina keluarga bahagia antara anda, pasangan dan anak-anak, kita yang dah berkahwin ini patut meraikan satu perkara lagi – satuan cinta antara kita dan pasangan.

Salah satu cara meraikannya adalah dengan hubungan intim yang baik. 

Dan hubungan “ehem-ehem” yang baik memerlukan – stamina dan fleksibiliti.

Aduh… macam susah saja. Kena bersenam ke? Taklah!

Sebenarnya kami ada rahsia – 6 gerakan mudah yang dikaji oleh pakar dari Northwestern University yang anda boleh amal untuk cipta aksi “panas” di ranjang bersama pasangan.

P/S: Semua 6 cara mudah ini boleh diamal oleh wanita dan lelaki untuk kebahagian bersama! 

Jom tengok.

Kaitan:

Seks Buat Wanita Makin Cantik Dengan 13 Bukti Ini!

1 – Pigeon Pose

Tips penting #1: Aksi yang hebat di ranjang perlu “fleksibiliti” antara pinggul anda berdua.

Makin fleksibel pinggul anda, makin macam-macam gaya anda boleh cuba. Ehem! 

Jadi senaman gaya pigeon pose bagus untuk melatih lutut.

Ehem! 6

Kredit gambar: Fatherly

Caranya:

  • Lunjur kedua-dua kaki dengan tangan ke bawah.
  • Bengkokkan lutut kanan
  • Lunjukan kaki kiri ke belakang
  • Anda dapat rasa seperti “tekanan” di beri pada pinggul
  • Ulang gaya sama dengan gerakan kaki lain

Kalau anda rasa sakit lutut ketika melakukan gerakan, berhenti buat.

2 – Plank

Tips penting #2: 10 minit saja? Hmm… dengan senaman mudah ini, anda boleh lebih lama di ranjang! 

Ehem! 6

Kredit gambar: Fatherly

Caranya:

  • Seakan push up, berdiri atas siku anda
  • Luruskan badan
  • Genggam tangan dan gerakkan buku lali
  • Pejamkan mata, tarik nafas perlahan-lahan dan tahan selama 1 minit. 
  • Buat sebanyak 5 kali

Fokus dan main-mainkan ibu jari untuk elak bahu cedera. 

3 – Sphinx/Seal

Tips penting #3: Jom elak sakit badan/sakit belakang.

Aksi di ranjang yang panas lagi meninggalkan memori antara kalian perlukan tulang belakang yang sihat.

Ehem! 6

Kredit gambar: Freeport Yoga Company

Jadi… senaman ini akan membantu anda!

Caranya:

  • Meniarap dengan kaki lurus
  • Tangan di lantai. Angkat siku
  • Naikkan dada
  • Bertahan dalam posisi ini sambil renggangkan tangan
4 – Locust Pose

Helo, posisi seks missionary pun perlu usaha dari kedua-dua pihak tau. Jadi, anda perlu work out dengan senaman ini juga. 

Ehem! 6

Kredit gambar: Fatherly

Caranya:

  • Meniarap sambil mengangkat muka
  • Tangan lurus di sisi
  • Gerak dan luruskan kaki
  • Angkat badan perlahan-lahan dan panjangkan leher
  • Tarik nafas perlahan-lahan
5 – Senaman Lantai Pelvik

Tips penting #5: Kegel! Kegel! Kegel!

Selalu dengar perkataan kegel kan? Bagus sangat ke senaman ini? Jawapannya sangat bagus! 

Senaman kegel membantu lelaki mendapat ereksi yang lebih keras, tahan lebih lama dan capai orgasma yang lebih puas!

Bagi wanita pula, ia mengetatkan lantai pelvik dan memberi rasa umpp!

Tapi macam mana nak buat kegel? Okay, kegel adalah senaman di otot pelvik: otot antara bahagian punggung hingga alat sulit.

Ehem! 6

Kredit gambar: Lifehack

Dalam bahasa mudah kegel adalah senaman “kemutan” seperti anda tahan kencing.

Cuba buat dalam 10-15 minit!

6 – Pernafasan

Untuk lebih nikmat di ranjang, kunci #6: cara anda kawal nafas.

Tarik nafas perlahan-lahan, bersama-sama pasangan – gituwww baru boleh capai orgasma hebat!

Cuba prektis pernafasan ini:

  • Tarik nafas dalam-dalam (4 saat)
  • Lepas nafas perlahan-lahan (7-8 saat)
  • Sambung buat sebanyak 3-5 minit

Okay, kita cuba senaman/cara mudah ini dan tengok hasilnya… jeng jeng jeng!

Sumber rujukan: Fatherly

Kredit gambar: Fatherly

Baca juga:

Panduan Seks Berguna Untuk Ibu Bapa Yang Tidur Bersama Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner