Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

lead image

Kalau anda malas mahu bersenam dan makan dengan seimbang, mungkin anda boleh cuba 9 cara kuruskan badan yang pelik ini pula. Mana tahu berat turun!

Macam mana cara kuruskan badan?

Memang cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan pemakanan seimbang dan bersenam.

Namun jika anda ingin perjalanan menurunkan berat badan anda lebih menarik, berikut adalah cara kuruskan badan yang pelik dan mungkin anda tidak pernah dengar.

Tetapi ia dikatakan berkesan untuk membantu anda menurunkan berat badan! Apa kata kita cuba?

Cara kuruskan badan #1  Manisan untuk sarapan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/10/turunkan berat badan 1.jpg Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

Foto kredit pxhere

Bagi mereka yang menggemari makanan bergula, ini adalah berita gembira!

Tambah sedikit manisan dalam sarapan anda seperti coklat cip atau madu. Ini membantu anda kurang teringin makan makanan manis kemudian nanti.

Cara kuruskan badan #2 Sarapan besar

Banyak kajian membuktikan mereka yang makan lebih banyak ketika sarapan turun lebih banyak berat badan. Ini kerana, sarapan pagi amat penting untuk metabolisma anda.

Cara kuruskan badan #3 Lilin vanila

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/10/turunkan berat badan 3.jpg Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

Foto kredit: Pixabay

Bau vanila menenangkan otak dan mengurangkan keinginan untuk makan makanan yang manis.

Lepas ini kalau anda nak bersantai sambil makan-makan, cuba nyalakan lilin dengan aroma vanila. Pasti nafsu makan anda akan berkurang.

Cara kuruskan badan #4 Minum air panas/suam

Air sejuk sememangnya sangat menggoda.

Tapi, air panas atau suam akan membuatkan anda lebih kenyang dengan lebih cepat. Ini akan mengurangkan pengambilan makanan anda.

Cara kuruskan badan #5 Pilih warna biru!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/10/turunkan berat badan 4.jpg Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

Foto kredit: Pixabay

Kajian menunjukkan warna merah, kuning, dan oren merangsang selera makan.

Sementara warna bertentangan seperti biru pula mengurangkan selera makan. Jadi, hidangkan makanan anda dengan lebih warna biru, seperti alas meja biru dan pinggan biru.

Cara kuruskan badan #6 Ikat reben keliling pinggang

Petua dari wanita Perancis ini mengatakan jika anda mengikat reben di bawah pakaian, anda mampu menjaga pengambilan makanan.

Jika reben jadi ketat, ini bermakna anda perlu berhenti makan.

Cara kuruskan badan #7 Mandi air sejuk

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/10/turunkan berat badan 5.jpg Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

Foto kredit: Flickr

Badan manusia mempunyai 2 jenis tisu lemak: lemak coklat dan lemak putih.

Lemak coklat menghasilkan haba untuk memastikan badan panas. Terdedah kepada suhu sejuk mengaktifkan lemak coklat dan membantu anda mengurangkan ia.

Cara kuruskan badan #8 Pudina

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/10/turunkan berat badan 2.jpg Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

Foto kredit wikimedia

Pudina bukan saja menyegarkan nafas, malah ia juga mampu mengurangkan selera makan. 

Jadi, semasa makan di restoran, dari memesan pemanis mulut, pesanlah teh pudina!

Cara kuruskan badan #9 Elakkan iklan

Kajian menunjukan yang iklan makanan ringan bijak merangsang selera. Jadi, adalah lebih baik untuk elak menonton iklan. Masa untuk bertukar kepada Netflix yang bebas iklan! 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

Air Masak Kunci Untuk Turun Berat Badan Dalam Masa 10 Hari, Ibu Harus Cuba!